KWSP : Cara Caruman I-saraan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

I-saraan

Sekiranya anda bekerja sendiri dan ingin membuat simpanan untuk skim persaraan anda pada masa akan datang maka anda boleh membuat caruman simpanan menerusi akaun KWSP : I-saraan. Hal ini disebabkan, pihak KWSP sudah memberi ruang kepada mereka yang bekerja sendiri untuk membuat caruman menerusi KWSP I-Saraan. Ianya bagi memastikan mereka yang bekerja sendiri juga mempunyai wang simpanan untuk masa hadapan.


Tujuan pengenalan I-saraan ini adalah bagi:-

  • Menyediakan saluran untuk golongan yang bekerja sendiri dan bagi mereka yang tiada pendapatan tetap, tetap mencarum untuk masa hadapan
  • Meningkatkan jumlah mereka yang bekerja sendiri untuk mencarum di KWSP
  • Ianya salah satu inisaitif kerajaan untuk membantu golongan yang bekerja sendiri menabung untuk masa akan datang agar mereka juga mempunyai sinar harapan yang baharu

KWSP : Cara Caruman I-saraan

KWSP : Cara Caruman I-saraan 1

Pasti ramai yang masih tidak ketahui cara untuk membuat caruman simpanan bagi mereka yang bekerja sendiri. Oleh itu, mari kita ikuti penulisan ini sehingga tamat agar anda tidak tertinggal walaupun satu langkah untuk membuat caruman di KWSP I-saraan ini. 

“Menerusi I-saraan ini, anda akan mendapatkan 15% setahun atau sehingga RM250 (Maksimum) setahun daripada pihak kerajaan” 

PERINGATAN!!!

Insentif khas caruman ini bermula tahun 2018 sehingga tahun 2022 SAHAJA.
Syarat Kelayakan Permohon
Antara syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:-

1) Warganegara Malaysia
2) Berumur 55 tahun dan ke bawah
3) Pemohon bekerja sendiri
4) Telah membuat pilihan I-saraan di dalam borang permohonan KWSP 16G(M)
5) Ahli KWSP 

Dokumen yang diperlukan semasa melakukan permohonan adalah seperti berikut:-
a) MyKad atau kad pengenalan diri
b) Bayaran melalui cek, wang tunai dan secara online
c) Porang I-saraan : KWSP 16G(M) (bagi pendaftaran kali pertama)
d) Borang I-saraan : KWSP 6A(2) semasa bayaran

Had Caruman I-saraan

TIADA had bayaran MINIMUM bagi caruman KWSP I-saraan ini. Justeru itu, sekiranya pencarum hanya mampu membuat caruman RM10 sebulan, mereka juga boleh untuk membuat caruman. Walaubagaimana sekalipun, had MAKSIMUM caruman bagi I-saraan adalah RM60,000 setahun bagi semua caruman sukarela.

Manfaat Ahli KWSP yang masih ramai tidak ketahui lagi. Antara manfaat Ahli KWSP adalah:-

  • Mendapat dividen setiap tahun.
  • Bantuan kematian sekiranya ahli meninggal dunia.

Ianya dikenali sebagai akhirat kematian. Justeru itu, waris ahli boleh memohon akhirat kematian bagi menguruskan urusan pengkebumian si mati. Walaubagaimana sekalipun, tuntutan akhirat kematian ini perlu beserta dengan surat kematian ahli KWSP.

  • Pengeluaran simpanan

Bagi ahli KWSP, anda akan mempunyai dua akaun simpanan iaitu akaun 1 dan akaun 2. Terdapat beberapa kriteria yang membolehkan ahli mengeluarkan duit didalam akaun 1 mahupun akaun 2.

Walaubagaimana sekalipun, ianya tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP. Salah satu syarat penegluaran wang simpanan KWSP akaun 1 yang sedang popular adalah pengeluaran wang KWSP I-sinar.

“Walupun anda berasa anda sentiasa bersinar kerana berjaya mengeluarakan wang KWSP I-sinar tetapi anda perlu sentiasa beringat untuk menggunakan wang tersebut kerana ditakuti anda tidak menggunakan wang tersebut ke jalan yang betul”
  • Mendapat pelepasan cukai LHDN

Bagi mereka yang mempunyai caruman KWSP ini, mereka LAYAK mendapat pelepasan cukai daripada LHDN ini. Justeru itu, pasti akan lebih ramai peniaga atau mereka yang bekerja sendiri mencarum ke KWSP. Ianya bagi mendapatkan pelepasan cukai walaupun sedikit.

Pembayaran caruman I-saraan
Cara pembayaran wang caruman I-saraan adalah seperti berikut:-

1) Perbankan Elektronik

  • Maybank
  • Public Bank
  • RHB Bank
  • Bank Muamalat
  • CIMB Bank

2) Kaunter Ejen Bank (Tunai cek)

  • BSN
  • Maybank
  • Public Bank
  • RHB Bank

3) Ejen Bank yang berdaftar

Ejen Bank (EB) Bank

4) Kaunter KWSP

Tunai (maksimum RM500)/ Cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar. 

I-saraan

INFO!!!

Sekiranya anda sudah mempunyai I-akaun KWSP, maka anda TIDAK perlu membuat I-akaun baru. Pastikan 2 bulan sebelum pendaftaran I-saraan anda perlu memastikan TIADA sebarang caruman dari pihak majikan anda.

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan skim I-saraan ini anda boleh menghubungi:-

– Porta Rasmi KWSP
– Telefon : 03-89226000
– Faks : 03-89226222
– Enquiry

Diharapan segala perkongsian yang diberikan mampu membantu menyelesaikan masalah anda. Walaupun bekerja sendiri anda layak untuk menabung di wang simpanan KWSP. Hal ini bagi memastikan masa hadapan anda lebih terjamin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *