KWSP : Cara Untuk Menyemak No Keahlian

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

KWSP

KWSP : Cara untuk menyemak no keahlian adalah semudah 123. Hal ini dapat memudahkan lagi urusan ahli yang ingin mendapatkan no keahlian dan membua I-akaun dengan lebih mudah. Dengan adanya I-akaun anda boleh mengetahui baki di Akaun 1 dan Akaun 2 hanya dengan menggunkan phone sahaja.

Cara mendapatkan I-akaun

Cara mendapatkan I-akaun adalah dengan cara :-

1) Ahli WAJIB ketahui no keahlian anda

2) Setelah anda mempunyai no keahlian, anda WAJIB mendownload aplikasi I-akaun di telefon pintar anda

3) Setelah selesai mendownload aplikasi tersebut, anda WAJIB memasukan :-

  • No keahlian
  • Cipta kata laluan yang mudah untuk anda ingati 

4) Setelah itu, anda boleh mengekses I-akaun di telefon pintar anda 

“I-akaun memudahkan anda untuk membuat permohonan yang anda inginkan dan memudahkan anda membuat permohonan I-sinar atau I-citra”

KWSP : Cara Untuk Menyemak No Keahlian

Antara cara mudah untuk menyemak no keahlian adalah dengan cara seperti:-

1) Walk in ke kaunter 

Pada musim pandemik ini, kebanyakan urusan yang hendak dibuat dikaunter KWSP perlu mendapatkan temujanji dahulu menerusi laluan ONLINE. Tujuan urusan temujanji ini bagi MENGELAKKAN daripada berlakunya kesesakan di kaunter. Pada masa yang sama, dengan wujudnya temujanji ini dapat memastikan penjarakan sosial antara satu sama lain seperti yang telah DISARANKAN oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kwsp


Kelebihan mendapatkan temujanji ketika hendak ke kaunter yang berdekatan adalah:-

  • Dapat menjimatkan masa kepada ahli yang ingin berurusan dengan pihak KWSP
  • Tidak perlu beratur panjang untuk membuat urusan di kaunter
  • Dapat berurusan dengan pihak yang berkenaan dengan segera 
Info Tambahan :  Skim Perkhidmatan Dengan Syarat Lantikan Sijil Matrikulasi KPM 2020

Perkara yang perlu dititikberatkan semasa menghadiirkan diri ke kaunter KWSP adalah kad pengenalan dan orang yang datang adalah ahli yang ingin ketahui no keahlian anda. TIDAK BOLEH orang lain yang hadir untuk mendapatkan no keahlian KECUALI ahli sudah meninggal dunia TETAPI wakil perlu membawa surat atau sijil kematian ahli. 

2) Walk in ke KIOSK 

Walk in ke KIOSK ini sama seperti ke kaunter yang berdekatan, walaubagaimana sekalipun KIOSK ini lebih kecil berbanding dengan kaunter atau pejabat yang sebenar atau yang berdaftar. Pada masa yang sama, kiosk adalah lebih dekat walaupun anda BUKAN tinggal ditengah-tengah bandar.

Justeru itu, terdapat kiosk yang berdekatan maka ianya lebih memudahkan ahli untuk membuat urusan berkenaan dengan pihak berkenaan terutamanya bagi ahli yang tinggal diluar bandar. 

PERHATIAN!!!

Anda TIDAK BOLEH meminta no keahlian orang lain kecuali ahli sudah meninggal dunia dan anda mempunyai sijil kematian ahli tersebut. Maka anda LAYAK untuk mendapatkan no keahlian ahli tetapi WAJIB mengikut terma dan syarat permohonan seperti yang telah ditetapkan oleh pihak berkenaan. 

3) Walk in ke pihak ketiga KIOSK 

Pihak ketiga KIOSK bermaksud terdapat kiosk yang berada dibank. Walaubgaaimana sekalipun, kebiasaanya pihak ketiga lebih banyak dalam satu-satu tempat, ianya bagi memudahkan lagi urusan ahli untuk membuat satu-satu urusan berkenan dengan KWSP. Waktu urusan bagi pihak ketiga KIOSK adalah mengikut waktu urusan tempat tersebut BUKAN MENGIKUT WAKTU urusan di pejabat KWSP. 

Info Tambahan :  Jawatan Pekerja Sambilan Harian di English Language Teaching Centre, Malaysia (ELTC)

PERHATIAN!!!

Terkadang pihak ketiga KIOSK adalah lambat sedikit kerana line internet terkadang slow. Justeru itu, pengunaan perkhidmatan pihak ketiga akan sedikit slow berbanding dengan kaunter yang sebenar.

Cara untuk mengetahui lokasi pejabat/ kiosk/ pihak ketiga kiosk adalah dengan cara seperti ini:-

  • Pergi ke laman web Rasmi KWSP (https://www.kwsp.gov.my)
  • KLIK carian seperti dibawah ini agar memudahkan ahli untuk mendapatkan carian lokasi KIOSK atau Kaunter yang beroperasi 

4) Hubungi KWSP

Solusi terakhir atau mudah buat ahli yang mahu menyemak no keahlian adalah dengan cara menghubungi KWSP. Dengan cara anda menghubungi KWSP lebih mudah dan dapat MENGELAKKAN diri anda daripada bertempur dengan orang ramai. 

NASIHAT KEPADA AHLI!!!

Cabaran dalam menghubungi pihak KWSP adalah anda perlu bersabar untuk menunggu giliran anda dilayan oleh pihak KWSP. Justeru itu, kesabaran yang penuh perlu ada kepada mereka yang gemar untuk menghubungi pihak ini.

Anda hanya perlu menghubungi :-
Pihak pengurusan perhubungan di talian 03-8922 6000
Waktu Operasi : Isnin – Jumaat (8 pagi sehingga 6 petang)

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments