KWSP : Caruman Pilihan Sendiri 2022

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

KWSP caruman pilihan sendiri bagi menjamin persaraan anda. Hal ini disebabkan pihak KWSP telah membuat pelbagai caruman buat semua TIDAK termasuk hanya pada mereka yang diwajibkan di bawah Akta KWSP 1991 sahaja. Kini pihak caaruman pekerja sudah membuka caruman sukarela daripada mereka yang tidak tertakluk di bawah undang-undang KWSP sahaja. Ianya bagi memudahkan ahli untuk menabung untuk hari tua anda. 

KWSP

KWSP : Caruman Pilihan Sendiri 2022

TAHUKAH ANDA!!!

Satu kelebihan bagi anda sekiranya anda melakukan caruman pada pihak KWSP bagi kegunaan di hari persaraan.

Syarat-syarat kelayakan caruman pilihan sendiri

Syarat kelayakan caruman pilihan sendiri adalah seperti :-

  • Warganegara Malaysia & pemastautin tetap
  • Ahli KWSP

Terdapat 4 cara mendaftar untuk menjadi ahli KWSP. Antara 4 cara mendaftar untuk menjadi ahli adalah dengan:-

1) Mendaftar secara automatik

Apabila KWSP menerima caruman pertama daripada majikan, anda akan menjadi ahli secara automatik. Pendaftaran ini dibuat atas nama dan nombor mykad anda yang dinyatakan di dalam borang KWSP 6 (Borang A). Akaun anda hanya akan diaktifkan setelah pihak KWSP mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Info Tambahan :  Perbezaan Sekolah Wawasan, Kluster, Primier, Bestari, dan SBT

2) Pendaftaran menerusi kaunter KWSP

Sekiranya anda mendaftar keahlian menerusi kaunter KWSP, maka anda hanya perlu menggunakan mykad untuk mendaftar. Anda boleh mendaftar sebagai ahli di mana-mana kaunter KWSP.

INFO TAMBAHAN!!!

Sekiranya pengesahan gagal atau anda bukan warganegara Malaysia anda perlu menlengkapkan Borang KWSP 3 (Daftar). Anda akan menerima notis dengan nombor ahli KWSP sebaik pendaftaran diluluskan.

3) Menerusi i-akaun (majikan)

Pendaftaran keahlian KWSP menerusi i-akaun (majikan) dengan maklumat anda. Pendaftaran menerusi i-akaun (majikan) ini lebih mudah dan anda akan menerima notis beserta nombor ahli KWSP apabila pendaftaran telah berjaya.

4) Menerusi KIOSK KWSP

Anda boleh mendaftar sebagai ahli di mana-mana lokasi yang mempunyai kiosk dengan hanya menggunakan mykad dan pengesahan cap ibu jari sahaja. Dengan cara ini anda akan menerima notis beserta nombor ahli KWSP sekiranya pendaftaran berjaya.

PERINGATAN!!!

Setiap nombor ahli adalah unik dan ianya nombor akaun anda yang bakal digunakan di dalam setiap urusan bersama pihak KWSP. Justeru itu, amatlah penting bagi memaklumkan nombor keahlian anda kepada majikan baru bagi memastikan bayaran caruman dapat dikreditkan secara berterusan dan tepat ke dalam akaun anda.

Apakah yang anda perlukan bagi KWSP : caruman pilihan sendiri

Bagi caruman pilihan sendiri anda memerlukan :-

a) Borang bayaran caruman pilihan sendiri – KWSP 6A(1)

Info Tambahan :  STPM, Asasi, Diploma, Vokasional - Yang Mana Lebih Baik Tahun 2023?

b) Pembayaran adalah melalui perbankan internet, tunai, draf bank atau cek

  • Menerusi perbankan internet (Pemindahan wang secara Elektronik)
    • MBSB Bank
    • Maybank (M2U)
    • RHB Bank
    • Public Bank
    • Bank Mualamalat
    • Alliance Bank
    • Hong Leong Bank
    • Bank Islam
    • CIMB Bank
    • Kuwait Finance House
  • Kaunter Ejen Bank (tunai/ cek)
    • BSN
    • Maybank
    • Public Bank
    • RHB Bank

Bagi bank RHB, bayaran tunai dan cek TIDAK diterima. Hanya penggunaan pembayaran melalui kad debit dan pindahan debit sahaja diterima.

  • Kaunter Ejen Bank (Ejen Bank (EB) BSN )
    • Kaunter KWSP

Tunai (maksimum RM500)/ cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar.

Kwsp

NASIHAT!!!

Pihak KWSP TIDAK MENGGALAKKAN ahli membuat bayaran secara tunai di kaunter TERUTAMANYA bagi bayaran melibatkan amaun yang besar.

Bagi caruman secara sukarela ini, tiada had pembayaran secara minimum tetapi bagi caruman maksimum setahun adalah sebanyak RM60,000 bagi setiap caruman sukarela. 

***Caruman simpanan adalah bergantung kepada pihak anda dan tiada paksaan diatas caruman maximum anda***

Antara caruman sukarela adalah seperti caruman:-

Akhir sekali, bayaran mestilah dibuat kepada kumpulan wang simpanan pekerja. Sekiranya, bayaran dibuat melalui cek atau bank draf, nombor rujukan ahli dan bulan caruman perlu dicatatkan di bahagian belakang. Ianya bagi memudahkan rujukan dilakukan kemudia hari sekiranya pembayaran tidak masuk ke dalam akaun pencarum. 

Pada masa yang sama, cara ini memudahkan lagi pihak bank untuk mengesan tarikh pembayaran pencarum. Sekiranya anda tidak melakukan perkara tersebut ditakuti ianya akan menyukarkan anda untuk mengesan pembayaran anda yang floating. 

*** KESEJAHTERAAN ANDA PADA MASA HADAPAN ADALAH KEPENTINGAN KAMI ***

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *