KWSP Menambah Baik Kelulusan Pengeluaran I-sinar

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Semakin lama Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) 2.0 ini dilaksanakan semakin ramai rakyat yang kehilangan pekerjaan. Justeru itu, setelah melalui pelbagai rundingan, pihak KWSP menambah baik kelulusan pengeluaran I-sinar. Hal ini bagi memastikan semua pihak mendapat keselesaan bersama dan mengelakkan rakyat hidup dalam kesusahan. Pihak KWSP telah melaksanakan pembayaran I-sinar secara interim.

“Interim bermaksud sejumlah bayaran yang dibayar lebih awal kepada pemohon I-sinar kategori 2 sementara permohonan mereka diproses sepenuhnya oleh pihak KWSP”

PERINGATAN!!!

Pemohon WAJIB membuat pengisytiharan kendiri kerana mengalami PENGURANGAN PENDAPATAN sebanyak 30% dan ke atas serta telah memuat naik segala dokumen sokongan secara atas talian.

“PENGISYTIHARAN KENDIRI bermaksud maklumat pengurangan pendapatan yang dikunci masuk oleh ahli semasa membuat permohonan I-sinar adalah BENAR dan BETUL berdasarkan dokumen sokongan yang sahih dimuat naik di I-sinar online”

KWSP Menambah baik Kelulusan Pengeluaran I-Sinar

I-sinar

Jumlah pembayaran interim I-sinar adalah sehingga RM1,000 yang merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan permohonan I-sinar yang dipohon tertakluk kepada JUMLAH BAKI SIMPANAN dalam akaun 1 ahli. Penambah baikkan yang telah pihak KWSP lakukan adalah mereka yang sudah memohon pengeluaran I-sinar. Pembayaran interim ini akan dibayar bermula 26 Januari 2021.

Info Tambahan :  YPJ 2023: Permohonan, Syarat dan Panduan Lengkap

TAHUKAH ANDA!!!

Bagi ahli yang baru melakukan permohonan I-sinar dibawah kategori 2, bayaran interim ini akan dibayar dalam masa 7 hari dari tarikh permohonan dibuat.

Tujuan sebenar pembayaran intrem ini diberikan kepada ahli yang memohon I-sinar kategori 2 adalah bagi membantu meringankan beban kewangan dan keperluan mendesak ahli. Meringankan beban terutamanya bagi mereka yang terkesan akan cabaran pandemik COVID -19 dan bencana alam yang di alami oleh beberapa buah negeri pada bulan Januari yang lepas.

“Pihak kerajaan TIDAK mampu memberikan bantuan secara keseluruhan bagi mereka yang terkesan akan pandemik ini. Justeru itu, pihak kerajaan menyediakan alternatif yang lain bagi pemohon agar mereka mampu meneruskan kehidupan walaupun agak sukar TERUTAMANYA bagi mereka yang kehilangan pekerjaan”

Sekiranya, pihak KWSP mendapati pengistiharaan kendiri TIDAK BENAR dan Tidak disokong dengan dokumen pengurangan pendapatan sebanyak 30% dan ke atas yang sahih maka pihak KWSP akan menghentikan pembayaranm seterusnya. Ianya bagi mengelakkan pemohon menggunakan wang simpanan KWSP dengan cara yang salah.


“Walaupun wang simpanan KWSP ini adalah hak kekal pemohon, tetapi tujuan sebenar pihak KWSP memberikan syarat yang ketat dalam pengeluaran wang KWSP bagi memastikan pemohon mempunyai wang simpanan pada hari tua”
*** Musim pandemik ini sebenarnya mengajar kita menjadi seorang yang bijak dalam menyimpan duit dan hanya menggunakan duit pada perkara yang perlu sahaja ***

Pembayaran interim akan dibuat mengikut kaedah pembayaran pilihan ahli semasa permohonan I-sinar iaitu secara pengkreditan terus ke akauan bank ahli atau secara arahan bayaran.

Terdapat syarat pengeluaran wang simpanan KWSP I-sinar. Walaupun pihak KWSP telah menambah baik kelulusan pengeluaran tetapi syarat UTAMA pengeluran tidak akan berubah. Antara syaratnya adalah:-

Baki Wang Simpanan KWSP WAJIB RM100 di dalam setiap akaun ahli

  • Contoh situasi 1:-
Info Tambahan :  Pusat Tuisyen KAMI: Membangun Peluang Melalui Pendidikan Berkualiti

KWSP Menambah Baik Kelulusan Pengeluaran I-sinar 1

Ahli mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan memohon untuk membuat pengeluaran sehingga RM 10,000 dan memilih RM 5,000 sebagai pembayaran pertama. Dibawah adalah jadual pembayaran sekiranya permohonan diluluskan.

  • Contoh situasi 2:-

KWSP Menambah Baik Kelulusan Pengeluaran I-sinar 2

Ahli mengalami pengurangan gaji sebanyak 30% TETAPI BAKI wang di akaun KWSP hanya tinggal RM800 maka, ahli hanya boleh mengeluarkan wang KWSP sebanyak RM700 sahaja. Baki RM100 perlu disimpan di dalam akaun KWSP kerana itu adalah syarat simpanan. Pada masa yang sama, baki wang RM100 bertujuan bagi memastikan ahli mendapat manfaat sebagai ahli KWSP.

Dokumen yang perlu disediakan oleh pemohon

Antara dokumen yang perlu disediakan adalah:-

1) Slip/ penyata gaji SEBELUM pengurangan pendapatan tertinggi dalam tempoh 12 bulan sebelum tarikh permohonan (gaji, elaun tetap, elaun kerja lebih masa, elaun lain TIDAK TERMASUK BONUS)

DAN

Slip/ penyata gaji SELEPAS pengurangan pendapatan keseluruhan, pendapatan bulan semasa atau satu bulan terdahulu (gaji, elaun tetap, elaun kerja lebih masa, elaun lain TIDAK TERMASUK BONUS)

2) Notis pengesahan majikan berkenaan pemotongan gaji dan/ atau elaun dan/ atau tuntutan kerja lebih masa

3) Dokumen sokongan lain yang membuktikan pengurangan pendapatan seperti penyata bank

Panduan Permohonan Baharu

KWSP Menambah Baik Kelulusan Pengeluaran I-sinar 3

  1. Layari Laman web Rasmi KWSP dan pilih permohonan baharu
  2. Pilih situasi anda dengan menjawab “YA” atau “TIDAK”
  3. Isikan nombor kad pengenalan dan no telefon bimbit
  4. Tekan “TERUSKAN”
  5. Sahkan identiti anda melalui pengesahan OTP atau soalan keselamatan
  6. Tetapkan amaun pilihan
  7. Tetapkan bayaran bulan pertama dan tekan “TERUSKAN”
  8. Lengkapkan maklumat pemohon yang wajib diisi
  9. Lengkapkan maklumat pembayaran dan tekan “TERUSKAN”
  10. Lengkapkan maklumat pengurangan pendapatan
  11. Semak semua maklumat dan tandakan (√) sebelum tekan “HANTAR”

Sekiranya, anda layak menerima pengeluaran KWSP I-sinar, gunakan duit tersebut dengan bijak. ELAKKAN diri daripada melakukan pembaziran kerana kita tidak tahu bilakah pandemik ini akan beransur pulih dalam komuniti kita.

Rujukan:-
1) https://www.kwsp.gov.my/ms/home

2) https://isinar.kwsp.gov.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *