Kini suri rumah boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas di bawah I-suri. Bantuan I-suri ini bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara. Justeru itu, pihak kerajaan masih lagi meneruskan insentif ini bagi memastikan kehidupan suri rumah terjamin pada masa akan datang.
Faedah Bantuan I-Suri RM480
Setiap caruman pasti akan mempunyai pulangannya. Sama juga dengan bantuan I-suri yang telah diperkenalakan sejak 2018 lagi, bantuan ini akan menyediakan beberapa faedah kepada pencarum. Antara faedah bantuan I-suri ini adalah:-
- Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480/setahun termasuk tahun 2021
- Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka(sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun) dan masih boleh membuat penegluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan
- Menerima dividen tahunan KWSP
- Bantuan Kematian : RM2,500 (Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP)
- Bantuan hilang upaya turut disediakan
Golongan Yang Layak Mencarum
Masih ramai lagi golongan suri rumah di luar sana yang tidak tahu akan faedah bantuan I-suri kepada diri mereka. Pada masa yang sama, mereka tidak tahu akan ke wujudan caruman I-suri yang sudah lama di perkenalakan oleh pihak KWSP. Justeru itu, hari ini kami akan berkongsi golongan yang layak memohon caruman I-suri ini.
Antara golongan yang layak adalah:-
- Diri sendiri (isteri)
- Suami kepada pasangan yang layak
Syarat Kelayakan Permohonan
Antara syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:-
- Warganegara Malaysia
- Belum mencapai umur 60 tahun
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR/ wanita (KIR)
- Golongan suri rumah yang berdaftar dalam pangkalan data Kemiskinan Nasional (eKasih)
Cara dan saluran Bayaran
Terdapat 4 cara dan saluran bayaran untuk mencarum ke I-suri ini. Antara caranya adalah:-
1) Perbankan Internet
- Maybank
- Public Bank
- RHB Bank
- Bank Muamalat
- CIMB Bank
- Bank Islam
- KFH (caruman pilihan sendiri sahaja)
- Hong Leong Bank
2) Kaunter Ejen Bank
- BSN
- Maybank (Tunai/cek)
- Public Bank
3) Kaunter Ejen Bank
- Ejen Bank (EB) BSN
4) Kaunter KWSP
Tunai (MAKSIMUM RM500) / cek di semua kaunter KWSP ibu Negeri termasuk KWSP Muar
PERINGATAN!!!
Pemohon hendaklah berdaftar dalam sistem e-kasih dahulu. Ia termasuklah isteri dan ketua isi rumah wanita (balu, bercerai atau bujang).
KWSP : Pemohonan Bantuan I-Suri
Bagi mereka yang memenuhi syarat permohonan LAYAK untuk memohon bantuan I-suri ini. Anda perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP dengan membawa MyKad serta dua borang ini untuk melakukan permohonan I-suri ini
Dua borang tersebut adalah:-
- Borang I-suri – KWSP 16G (M) BORANG (pemohon bagi pendaftaran buat kali pertama SAHAJA)
- Borang I-suri – KWSP 6A (2) BORANG (borang digunakan untuk pembayaran)
INFO!!!
Bagi peserta e-kasih yang belum menjadi ahli KWSP, boleh mendaftar di kiosk atau kaunter KWSP berhampiran.
“Caruman ini akkan melibatkan 359,065 wanita yang berdaftar dengan sistem e-kasih”
Semak Status Pendaftaran I-suri
Setiap permohonan pasti akan mempunyai status sama ada anda layak mendapatkan bantuan tersebut atau tidak. Justeru itu, bagi mereka yang sudah melakukan permohonan bantuan I-suri ini anda pasti mahukan ketahui status anda. Justeru itu, cara menyemak status pendaftaran I-suri adalah:-
- Anda perlu melayari portal Rasmi e-kasih di pautan yang disediakan “KLIK DISINI”
- Anda perlu memasukan maklumat no kad pengenalan dan klik cari untuk semak pendaftaran
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan I-suri, sila layari http://www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan (03-8922 6000). Bagi mengetahui maklumat lanjut berkenaan dengan insentif I-suri boleh menghubungi Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (03-8000 8000).
Diharapkan penerangan ini dapat membantu wanita di luar sana untuk mencarum secara sukarela KWSP I-suri untuk kelestarian masa hadapan.