Laluan Kerjaya Bagi Lepasan SPM 2021

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Terdapat beberapa laluan kerjaya bagi lepasan SPM ini. Laluan kerjaya ini bagi meningkatkan lagi taraf kehidupan semua pelajar lepasan SPM. Justeru itu, mereka WAJIB ketahui laluan kerjaya mereka selepas tamat pengajian di Sekolah Menengah. Sebelum kita meneruskan penulisan berkenaan dengan laluan kerjaya bagi lepasan SPM ini, anda WAJIB ketahui faktor pilihan laluan kerjaya anda dahulu.

PENGUMUMAN!!! 

Keputusan SPM 2020 bakal Diumumkan pada 10 Jun 2021 ini. Maka dengan itu bermula lah perjalanan kehidupan anda sebagai pelajar lepasan SPM

Antara faktor penyebab anda memilih laluan kerjaya ini adalah disebabkan oleh:-

  • Minat bagi pelajar yang mahu menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM
  • Kewangan
  • Minat untuk bekerja selepas tamat pengajian

Semua faktor di atas akan mempengaruhi pemilihan laluan kerjaya anda. Ada yang bakal memilih untuk menyambung pengajian dan ada yang bakal bekerja selepas sahaja tamat penjaian di Tingkatan 5.

Semua pilihan ini berada di tangan anda. Pilihan ini bergantung kepada diri setiap individu dan setiap individu mempunyai kepelbagaian faktor penyebab untuk memilih laluan kerjaya ini.

Laluan Kerjaya Bagi Lepasan SPM 2021

Laluan kerjaya

Terdapat beberapa laluan kerjaya bagi lepasan SPM 2021 adalah seperti:-

1) Sambung Pengajian ke Peringkat yang LEBIH tinggi

Menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi mempunyai dua laluan iaitu :-

  • Peringkit Sijil, Diploma, Matrikulasi atau Pra Universiti (STPM).
  • Laluan kep peringkat kemahiran
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Kedua-dua laluan ini akan menyediakan pelajar peluang untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Walaubagaimana sekalipun terdapat sedikit perbezaan di antara kedua-dua laluan ini.

Info Tambahan :  9 Kepentingan Menguasai Bahasa Asing

Antara perbezaannya dan persamaan laluan kerjaya ini adalah:-

Laluan kerjaya

2) Berhenti menyambung pengajian

Sekiranya pelajar berhenti menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, anda boleh melalui 3 pilihan ini. Antara 3 pilihan yang menjadi pilhan para pelajar lepasan SPM adalah seperti:-

  • Membina kerjaya/ bekerja
  • Menganggur
  • Berkahwin 
***SEMUA PILIHAN BERADA DITANGAN ANDA, ANDA YANG MENENTUKAN PILIHAN ANDA SENDIRI***

Sekiranya anda memilih untuk membina kerjaya/ bekerja anda boleh mencuba untuk menjadi:-

a) Bekerja dalam sektor Perkhidmatan Awam

Sekiranya anda berminat untuk bekerja di dalam sektor Perkhidmatan Awam anda boleh memohon untuk mendapatkan pekerjaan tersebut. Anda pelru membuka laman Web Rasmi SPA untuk mendapatkan maklumat lanjut. Menerusi sektor Perkhidmatan Awam ini terdapat pelbagai jenis jawatan yang boleh dipohon justeru itu, anda hanya perlu bijak memilih mengikut kelayakan sekiranya ada kekosongan jawatan 

TAHUKAH ANDA!!!

Terdapat 11 jawatan mengikut kelayakan PMR/ PT3 dan 19 jawatan untuk kelayakan SPM. Justeru itu, sebagai calon lepasan SPM anda boleh membuat pemilihan jawatan selagi ada kekosongan.

b) Bekerja di dalam sektor Swasta

Sekiranya di dalam sektor Perkhidmatan Awam tiada kekosongan, anda boleh bekerja di dalam sektor Swasta. Di dalam sektor ini terdapat pelbahagi jenis kerjaya yang anda boleh ceburi antaranya:-

  • Sale Assistant (Pembantu Jurujual)
  • Pembantu Perkhidmatan Pelangan
  • Pembantu penghantaran atau dispatch
  • Perkilangan
  • Bidang perhotelan dll
Info Tambahan :  UPUOnline : Pengiraan Merit Lepasan SPM/ Setaraf

Dalam sektor swasta ini, perkara penting yang perlu pelajar lepasan SPM ketahui adalah anda perlu lepas sesi temuduga dan syarat kelayakan yang diberikan. Sekiranya kedua-dua perkara itu anda lepas maka tiada istilah anda tidak dapat bekerja di dalam syarikat tersebut. 

“Selain syarat kelayakan yang diberikan, anda WAJIB yakin akan setiap apa yang ALLAH telah sediakan buat kita. Sesungguhnya, ianya adalah yang terbaik”

Biar lambat kita dapat melihat kerjaya kita daripada kita langsung TIDAK mampu mendaki untuk berjaya. Kerjaya itu ibarat kita sedang mendaki gunung, sekiranya anda mahu berjaya maka anda perlu BIJAK dalam melahirkan kerjaya. 

c) Berniaga/ menjadi usahawan

Sekiranya anda TIDAK berminat untuk bekerja dibawah orang atau TIDAK minat untuk mendapatkan teguran daripada orang ramai maka anda boleh mulakan perniagaan anda. Anda boleh memulakan perniagaan secara kecil-kecilan atau memulakan perniagaan online secara dropship. Sekiranya anda sudah berjaya dalam perniagaan maka anda boleh melebarkan lagi sayap anda.

Diharapakan dengan perkongsian ini mampu untuk membuka peluang atau laluan kerjaya kepada pelajar lepasan SPM pada tahun ini mahupun tahun sebelumnya. Pendidikan yang tinggi merupakan satu tiket untuk mendapat kerjaya yang lebih baik.

Walaubagaiamana sekalipun, tanpa adab yang baik juga tidak akan mampu untuk melambagkan tingginya tahap pendidikan seseorang itu. Justeru itu, jadilah insan yang seiring iaitu tinggi ilmu dan tinggi adabnya. 

***KITA HIDUP DI BUMI INI SEBAGAI KHALIFAH ALLAH JADI KITA PERLU SENTIASA MENGINGATI ALLAH***
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments