Laluan kerjaya dan permohonan guru akan menjadi salah satu laluan kerjaya yang menjadi rebutan pelajar lepasan SPM. Hal ini disebabkan, menjadi seorang pendidik merupakan salah satu impian setiap insan. Permohonan guru ini TIDAK mudah kerana jumlah permohonan adalah tinggi dari hari ke hari. Disebabkan oleh itu, pesaingan untuk mereka yang mahu memohon kerjaya ini adalah tinggi.
Walaupun pesaingan di dalam bidang ini semakin meningkat dari setahun ke setahun tetapi masih ramai yang tidak lihat laluan kerjaya sebagai seorang guru ini. Hal ini disebabkan ada yang memohon kerjaya ini kerana:-
- Mengikut kawan-kawan
- Atas dasar kerjaya yang lebih terjamin
- Atas desakan ibu bapa
Kerjaya guru terlihat mudah walaubagaimana sekalipun kerjaya ini mempunyai TANGGUNJAWAB yang berat. Justeru itu, sekiranya anda benar-benar berminat maka pohonlah kerjaya guru ini.
PERINGATAN!!!
Amanah menjadi seorang guru ini sangat besar kerana menerusi pendidikan ini mampu melahirkan generasi yang celik akal tidak kira dari segi ilmu dunia mahupun akhirat.
Masih ramai yang tidak ketahui bahawa tugas seorang guru ini sangat besar kerana terdapat pelbagai cabaran TERUTAMANYA pada musim pandemik ini. Justeru itu, sekiranya anda benar-benar meminati bidang ini maka teruskanlah melakukan permohonan.
Antara tugas tenaga pengajar adalah:-
- Mendidik perilaku seorang pelajar
- Memberi ilmu bagi meningkatkan aras ilmu para pelajar
- Pendiidkan dari segi rohani, jasmani, intelektual dan spiritual
Laluan Kerjaya dan Permohonan Guru 2021
Walaupun terlihat mudah tugasan guru ini, tetapi sebenarnya TANGGUNJAWAB yang dipikul oleh seorang insan yang bergelar guru adalah besar. Justeru itu, hargailah guru anda kerana tanpa mereka siapalah kita.
Antara laluan kerjaya bagi seorang guru adalah:-
- Tenaga pengajar di sekolah harian kerajaan (Rendah/ Menegah)
- Tenaga pengajar di sekolah Swasta (Bukan guru daripada sekolah kerajaan)
- Tenaga pengajar di MRSM/ Intergrasi (Pengambilan pendidik sedikit berbea dengan pengambilan pendidik menerusi sekolah harian kerajaan)
- Tenaga pengajar bagi pelajar tadika/ pra-sekolah (Bagi pelajar atau calon guru yang mengambil pendidikan permulaan kanak-kanak)
- Mengajar di pusat Tuisyen (Bekerja atau buka sendiri pusat tuisyen)
- Penulis buka pendidikan (Bagi guru/ pendidik yang bijak dalam menulis buku pendidikan)
Sebenarnya laluan kerjaya seorang guru ini besar tetapi masih ramai yang tidak mampu untuk mencapainya. Jangan terlalu menyempitkan fikiran sehingga kita tidak mampu untuk melebarkan sayap kerjaya pendidikan ini. Diharapkan nasib seorang guru akan terbela pada masa akan datang.
“Guru adalah pelita hidup bagi setiap insan yang bergelar pelajar”
Tanpa seorang guru tiadalah Perdana Menteri yang bijak dalam menjaga Negara, tiadalah Doktor yang bijak dalam ilmu perubatan, tiadalah Jururawat yang cekap dalam menangani masalah pesakit COVID -19 dll. Justeru itu, jangan kecilkan laluan kerjaya seorang guru itu sendiri.
Cara Permohonan Guru
Antara cara permohonan guru adalah:-
- PISMP – Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan merupakan program untuk lepasan SPM SEMASA sahaja. Pelajar yang cemerlang dan lulus tapisan personaliti dan Medsi akan ditawarkan PISMP.
TAHUKAH ANDA!!!
Pelajar PISMP akan belajar selama 5 tahun untuk keluar sebagai guru yang biasanya ditempatkan di sekolah rendah.
- Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan) – calon guru dari laluan ini ialah dari pelajar lepasan STPM/ lepasan Matrikulasi/ Asasi dan setaraf yang berjaya menghabiskan pengajian di pusat pengajian tinggi dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan).
INFO TAMBAHAN!!!
Selepas pelajar mendapat Ijazah diperolhi, pelajar tersebut perlu emmohon penempatan dana akn dipanggil temuduga untuk ditempatkan sebagai guru. Bagi calon guru lepasan Ijazah Sarjana Muda (Pendidkan) ini akan dihantar atau ditempatkan di sekolah menengah.
Sekarang pelajar atau calon SPM/ STPM dan setaraf sudah fahami laluan kerjaya dan permohonan guru bagi lepasan SPM/ STPM dan setaraf. Biasanya laluan kerjaya itu luas sekiranya anda tahu cara untuk mengembangkan kerjaya tersebut. ELAKKAN memberi pengharapan pada satu jalan kerjaya sahaja. Laluan kerjaya seorang guru itu luas sekiranya anda bijak dalam memperluaskan kerjaya tersebut.