Laluan Kerjaya dan Permohonan Guru

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Guru merupakan profesion yang diminati ramai, ini terbukti apabila ramai yang akan memohon sekiranya permohonan dibuka. Permohonan guru ini bukanlah mudah kerana ia semakin hari makin rumit dengan jumlah permohonan dan persaingan sengit.

Guru dan Permohonan Guru
Guru dan Permohonan Guru

Mungkin banyak alasan permohonan guru ini meningkat, ada yang betul-betul berminat dan ada yang hanya ingin mendapat kerja yang lebih terjamin. Kerjaya Guru dikatakan kerja yang terjamin kerana ia adalah berada dalam sektor kerajaan dan selalu dianggap kerja yang mudah.

Hakikat sebenar menjadi seorang Guru kini tidak semudah dan terjamin seperti yang selalu diperkatakan. Tugas guru kini lebih rumit dengan pelbagai cabaran yang datang dari pelbagai arah termasuk cabaran didikan pelajar, didikan perlakuan pelajar, peningkatan aras ilmu, dokumentasi. Selain itu, tugas lain juga secara tidak langsung diberikan kepada guru sebagai pelengkap kepada asuhan dan didikan pelajar yang berjaya dari segi Jasmani, emosi, rohani, intelektual dan spiritual. Untuk melaksanakan tugas tersebut tidak mustahil ramai guru yang menganggap biasa sekiranya terpaksa bekerja sehingga lewat petang, hadir ke sekolah waktu cuti dan membuat kerja-kerja sekolah walaupun dirumah.

Info Tambahan :  6 Langkah Mudah Semak Lebihan Bayaran PTPTN

Tugas Guru

Kami rasa tidak perlu kami huraikan lebih lanjut tugas guru. Tugas guru boleh dibahagi kepada 2 iaitu tugas secara langsung atau tidak langsung. Maklumat berkaitan tugas guru ini pernah menjadi viral di laman sosial dengan setiap guru menyenaraikan tugas mereka sehingga mencapai angka 100 dan lebih. Mungkin tugas utama guru  boleh dikira banyaknya, tetapi penetapan tugas tersebut terlalu terbuka sehingga ia boleh dipecahkan kepada pelbagai tugas mengikut arahan dari pihak atasan dari semasa ke semasa.

Baru-baru ini Menteri Pendidikan ada menyebut di akhbar bahawa tugas guru akan dikurangkan bermula 2017. Khabar itu menunjukkan keperihatinan kerajaan dan kementerian bekenaan dalam membela nasib guru. Namun demikian adakah ia akan dilaksanakan nanti? Sejauh mana keberkesanannya nanti? Persoalan tersebut akan terjawab pada 2017 nanti. Diharapkan harapan guru terus terbela.

Cara Popular Permohonan Guru

Untuk tidak mengecewaknan pelajar yang berminat untuk mohon guru, dibawah kami sediakan maklumat ringkas cara popular kini untuk menjadi pendidik atau guru.

  • PISMP – Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan adalah program untuk lepasan SPM semasa sahaja. Pelajar yang cemerlang dan lulus tapisan personaliti dan Medsi akan ditawarkan PISMP. Pelajar akan belajar di PISMP selama 5 tahun untuk keluar sebagai guru yang biasanya ditempatkan di sekolah rendah. PISMP ini jika dahulu selalu disebut Maktab perguruan atau KPLSPM.
  • Ijazah Sarjana Muda ( Pendidikan ) – Guru dari laluan ini ialah dari pelajar lepasan STPM/matrikulasi setaraf yang berjaya menghabiskan pengajian di pusat pengajian tinggi dengan memperoleh Ijazah sarjana muda yang mempunyai ( pendidikan ). Perkataan pendidikan pada nama ijazah tersebut membuktikan bahawa lepasan ijazah tersebut ada mengambil subjek pendidikan seperti pedagogi dan subjek lain untuk melayakkan permohoanan sebagai guru. Selepas ijazah diperolehi, pelajar tersebut perlu memohon penempatan dan akan dipanggil temuduga untuk ditempatkan sebagai guru. Kebiasannya guru dari laluan kerjaya ini akan ditempatkan di sekolah menengah.
Info Tambahan :  FlySISWA 2023: Bantuan Penerbangan Pelajar Semenanjung-Borneo

Cara diatas merupakan 2 cara popular dan biasa dibuka untuk menjadi guru, namun demikian terdapat juga cara lain seperti kemasukan  j-Qaf, interim dan kes khas. Cara lain tersebut adalah bergantung kepada dasar dan keperluan semasa dunia pendidikan atas arahan kementerian. Mengenai KPLI juga, sebenarnya KPLI memang sudah tidak dibuka kepada lepasan Ijazah yang bukan pendidikan. Mungkin ada punca ia tidak dibuka, kemungkinan fokus utama adalah pelajar pendidikan yang masih belum mendapat penempatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *