Laluan Kerjaya Lepasan STPM 2020

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Laluan kerjaya lepasan STPM 2020 sudah menjadi buah mulut para ibu masa kini. Hal ini disebabkan keputusan STPM baru sahaja keluar dan menyebabkan ibu bapa lebih gemar menjadikan topik keputusan ini sebagai tajuk utama perbualan mereka. Justeru itu, bagi memudahkan lagi pelajar STPM untuk ketahui kerjaya yang sesuai buat mereka, mereka perlu tahu kehendak diri mereka sendiri dahulu.

Laluan Kerjaya Lepasan STPM 2020

Laluan kerjaya


Sekiranya menyebut laluan kerjaya, yang bermain di minda adalah menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti Ijazah Sarjana Muda. Walaubagaimana sekalipun, pandangan masa kini dan dahulu adalah berbeza kerana ibu bapa dahulu beranggapan sekiranya anak berlajar tinggi baru mempunyai masa hadpaan yang cerah. Tetapi, kini mereka yang TIDAK berpeluang untuk menyambung pengajian juga mampu berjaya.

Sebelum kita meneruskan penerangan laluan kerjaya lepasan STPM 2020 yang TIDAK mendapat peluang untuk menyambung pengajian, kami akan menerangkan serba sedikit berkenaan dengan laluan kerjaya lepasan STPM 2020 yang berjaya menyambung pengajian.

Laluan kerjaya lepasan STPM 2020 adalah seperti:-

1) Menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda 

Laluan kerjaya

Sekiranya anda mendapat peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi maka jangan lepaskan peluang itu. Ambil peluang yang BUKAN semua orang mampu perolehi justeru itu bersyukurlah akan peluang yang anda perolehi.

Kelebihan pelajar lepasan STPM yang berjaya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah adalah:-

  • Mempunyai masa hadapan yang cerah dalam mendapatkan pekerjaan yang lebih baik
Info Tambahan :  Semak Permohonan Kemasukan ke UITM (Asasi Undang-undang Sesi 2)

PERINGATAN!!!

Walaupun anda berjaya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah tetapi ianya BUKANLAH TIKET 100% untuk anda memperolehi masa depan yang cerah. Hal ini disebabkan, ajal, maut mahupun rezeki adalah di tangan ALLAH.

Terkadang mereka yang berjaya mendapat pengajian Ijazah Sarjana Muda ini akan TIDAK peroleh pekerjaan yang stabil TERUTAMANYA pada musim pandemik ini. Justeru itu, Ijazah BUKANLAH tiket untuk mendapat kehidupan yang lebih selesa.

  • Pemikiran yang lebih terbuka kerana bergaul dengan pelbagai orang
  • Mudah menerima pandangan umum dan berfikir jauh

Setelah anda TAMAT pengajian ini mungkin anda akan menyambung lagi pengajian ke peringkat yang lebih tinggi daripada Ijazah seperti Master mahupun PHD. Walaubagaimana sekalipun, BUKAN semua pelajar lepasan Ijazah mampu untuk menyambung pengajian. Justeru itu, pilihan yang terbaik adalah bekerja dahulu dalam bidang yang anda kehendaki. 

2) Bekerja

Laluan kerjaya

Sekiranya anda memilih laluan kerjaya lepasan STPM 2020 adalah bekerja maka JANGAN MERENDAH DIRI kerana itu adalah laluan kerjaya pilihan anda. 

TAHUKAH ANDA!!!

Pada masa kini, antara teori dan amali (pengalaman) pihak pengambilan pekerja lebih memilih amali. Maka, sekiranya anda memilih untuk bekerja maka teruskan sahaja hajat anda.

Amali disini bermaksud seperti:-

  • Amali dalam bidang automotif seperti baiki kereta/ motosikal
  • Amali dari segi design baju atau menjahit
  • Ilmu dari segi membuat kek & roti
  • Amali dari segi pembinaan dll
Laluan kerjaya

Malaysian Qualifications Agency MQA

Sekiranya anda sudah mempunyai ilmu dalam bidang seperti ini anda boleh memohon bantuan kerajaan seperti MQA, Kolej komuniti atau kolej kemahiran yang ada menawarkan sijil kelayakan. Maka dengan itu, walaupun anda memilih untuk bekerja dan BUKAN menyambung pengajian yang lebih tinggi tetapi akhirnya anda mampu untuk memperoleh sijil kelayakan walaupun lambat. 

“Sedangkan kura-kura sentiasa berusaha untuk mengejar arnab inikan pula manusia”

Seterusnya, anda juga boleh menjadi dropship dalam perniagaan secara atas talian. Perniagaan dropship ini pada musim pandemik ini sangat popular dan maju maka anda boleh menceburi bidang ini dengan lebih meluas lagi. Sekiranya anda sudah berjaya, anda boleh mendapatkan bantuan daripada pihak kerajaan untuk mengembangkan lagi perniagaan anda.

Info Tambahan :  KPT: 6 Kategori Pelajar Yang Dibenarkan Pulang Ke Kampus Mulai 1 Mac

Sejak pandemik ini melanda, pelbagai inisiatif yang telah pihak kerajaan ambil untuk membantu usahawa kecil dan sederhaan. Maka, ambil peluang yang disediakan ini dan jangan dipersia-siakan. TETAPI PASTIKAN anda menggunakan saluran yang betul untuk menjadi dropship dalam sesuatu barangan itu.

Akhir sekali, anda boleh memulakan perniagaan sendiri sekiranya ahli keluarga anda mampu untuk menyediakan wang permulaan perniagaan. Walaubagaimana sekalipun, anda perlu beringat bahawa untuk memulakan perniagaan anda perlu mempunyai ilmu yang cukup. Ianya bagi MENGELAKKAN anda daripada kena tipu oleh pihak yang tidak sepatutnya. 

“Ilmu itu penting kerana tanpa ilmu ditakuti anda di ibaratkan seperti layang-layang yang putus talinya”

Pada masa ni, kejayaan seseorang adalah terletak kepada usaha anda BUKAN pada tahap pendidikan anda. Anda mampu untuk berjaya sekiranya anda mempunyai keinginan untuk berjaya. Diharapkan perkongsian ini mampu membantu anda untuk membuat pilihan dalam laluan kerjaya anda.

Rujukan :-

https://www.mqa.gov.my/

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments