Laluan Kerjaya Pada Musim Pandemik 2021

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Laluan kerjaya pada musim pandemik ini sangat mencabar fizikal dan mental. Justeru itu, pelbagai alternatif perlu di ambil bagi memastikan kelestarian kehidupan pada masa akan datang. Justeru itu, sebagai graduan mahupun pelajar lepasan SPM/ STPM anda WAJIB ketahui laluan kerjaya pada musim pandemik ini.

Laluan Kerjaya Pada Musim Pandemik 2021

Terdapat pelbagai cabang laluan kerjaya pada musim pandemik ini untuk anda ikut. Laluan yang diberikan ini pelbagai dan ianya bergantung kepada diri anda untuk mengikuti laluan yang mana.

Antara laluan kerjaya pada musim pandemik ini adalah:-

1) Ikuti Program yang disediakan oleh pihak kerajaan

Terdapat pelbagai alternatif yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Dan setiap satu alternatif yang disediakan oleh pihak kerajaan adalah berbeza-beza mengikut situasi semasa. Justeru itu, bagi mereka yang sudah kehilangan pekerjaan anda boleh memohon untuk mengikuti program yang telah disediakan oleh pihak kerajaan.

Antara program yang telah disediakan oleh pihak kerajaan antaranya adalah:-

Laluan kerjaya pada musim pandemik

MyFutureJobs merupakan salah satu alternatif pihak kerajaan untuk lehbantuan pekerjaan walaupun hanya dalam jangka masa yang singkat.

Walaubagaimana sekalipun, cara ini dapat membantu anda untuk mendapatkan pengalaman sesuatu yang baru. Pengalaman yang diperolehi ini akan memudahkan lagi anda untuk meneruskan kehidupan yang akan datang kerana sesungguhnya pengalaman itu penting buat setiap individu. 

Penjana kerjaya merupakan salah satu program yang menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka yang mengalami masalah untuk mendapatkan pekerjaan. Justeru itu, bagi mereka yang mengalami maslaah untuk mendapatkan kerjaya pada musim pandemik ini, anda perlu mengikuti saluran yang betul untuk penjana kerjaya ini. Walaupun ianya merupakan satu yang baharu tetapi ianya dapat membantu untuk melestarikan kehdiupan mereka yang dalam kesusahan.

Info Tambahan :  KWSP Menambah Baik Kelulusan Pengeluaran I-sinar

Justeru itu, pihak kerajaan telah menambahbaik program ini dengan mengurangkan had kelayakan gaji kepada pekerja. Ianya bagi memudahkan pihak yang berkaitan dapat membantu mengambil pekerja walaupun mereka menghadapi kesukaran. Tujuan sebenar pihak kerajaan menambahbaik had pengurangan gaji ini bagi menambah kadar pengambilan pekerja dan mengurangkan kadar penganguran semasa.

Had pengurangan gaji daripada:-

  • RM1,500 kepada RM1,200
  • Daripada tempoh pengajian kontrak dilonggarkan 12 bulan kepada 6 bulan.

2) Lahirkan pekerjaan baharu

Maksud melahirkan pekerjaan baharu bermaksud, anda sendiri yang melahirkan pekerjaan baharu buat orang yang sedang menganggur. 

a) Syarikat Penghantaran Makanan

Contoh paling mudah adalah syarikat penghantaran makanan seperti food panda, grab food, halo dll. Semua syarikat penghantaran makanan ini mampu mengajikan pekerja maka rakyat Malaysia TIDAK akan kehilangan sumber pendapatan.

Adakah syarikat penghantaran makanan ini mampu menyediakan gaji yang lumayan kepada pekerja?

Soalan ini sukar untuk dijawab kerana setiap pekerjaan akan menyediakan gaji mengikut kelayakan seseorang. Justeru itu, pada musim pandemik ini JANGAN memilih pekerjaan berdasarkan gaji tetapi pilihlah sesuatu pekerjaan untuk menyara ahli keluarga anda. 

“Kekayaan yang dimiliki didunia TIDAK akan kekal abadi yang akan kekal abadi adalah doa anak yang soleh, amal jariah dan ilmu yang bermanfaat”

b) Dropship

Laluan kerjaya pada musim pandemik

Selain daripada syarikat penghantaran makanan, anda juga boleh melahirkan pekerjaan secara online seperti dropship. Walaubagaiamana sekalipun, untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya anda WAJIB mempunyai ilmu dalam bidang perniagaan. Justeru itu, anda DIGALAKKAN untuk menghadiri seminar atau kelas jangka pendek yang diadakan oleh pihak Kolej Komuniti atau IKBN sekiranya ada. 

“JANGAN malu untuk memulakan sesuatu kerana permulaan langkah pertama itu penting untuk melahirkan insan yang berjaya”

c) Catering

Pada musim pandemik seperti ini, biasanya barisan hadapan akan mempunyai kekangan masa untuk meneydiakan makanan buat ahli keluarga makka mereka akan menggunkan perkhidmatan penyediaan makanan bagi memberi ahli keluarga makan. Justeru itu, sekiranya anda mahir dalam bidang penyediaan makanan maka anda boleh menjual makanan bagi menambahkan pendapatan seharian.

Info Tambahan :  5 Panduan Lulus MUET Dengan Cemerlang

PERINGATAN!!!

Semua laluan kerjaya ini boleh melahirkan keuntungan yang lumayan TETAPI anda perlu BIJAK dalam menyediakan perkhidmatan yang tepat dan dipercayai. Ilmu perniagaan juga penting dalam memulakan perniagaan seperti ini.

3) Kemahiran

Laluan kerjaya pada musim pandemik

TAHUKAH ANDA!!!

Kemahiran merupakan salah satu bidang yang sedang menjadi tumpuan ramai TERUTAMANYA pada musim pandemik ini. Antara kemahiran yang popular pada masa ini adalah kemahiran dalam bidang IT.

Mengapa bidang IT menjadi suatu bidang yang popular?

Bidang IT menjadi semakin popular kerana kemahiran atau kecekappan setiap pelajar dalam menggunakan internet untuk PdpR yang menjadi semakin PENTING pada alfa 21 ini. Justeru itu, sekiranya anda mahir dalam bidang IT anda mampu menggunakan kepelbagaian server internet untuk menambah kelajuan internet anda. Jsuteru itu, bidang kemahiran ini menjadi salah satu bidang yang PENTING pada masa ini.

Diharapakan dengan perkongsian ini serba sedikit dapat membuka mata orang awam yang kehilangkan pekerjaan untuk bangkit semula dariapda kejatuhan. Jatuh TIDAK semestinya TIDAK boleh bangkit malahan mereka yang sering jatuh akan bangkit dengan jayanya. Apa yang penting letakkan 100% pengharapan dan bantuan hanya kepada ALLAH. Maka, ALLAH akan membantu setiap hambanya yang mengharapakan bantuan-NYa.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments