Langkah Pencegahan Semasa Pembukaan Sekolah Tahun 2021

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Langkah pencegahan semasa pembukaan sekolah tahun 2021 ini yang perlu pihak sekolah amalkan. Langkah pencegahan ini bagi membantu memudahkan lagi urusan pihak sekolah semasa kemasukan pelajar ke sekolah semula. Justeru itu, pelajar dan pihak sekolah WAJIB mengikuti langkah pencegahan ini bagi MENGELAKKAN penularan virus COVID -19 ini.

Langkah Pencegahan Semasa Pembukaan Sekolah Tahun 2021

Langkah pencegahan

Antara langkah pencegahan semasa pembukaan sekolah tahun 2021 ini adalah seperti :-

a) Pihak sekolah

1) Pengurusan sekolah perlu melakukan nyahkuman/ disinfeksi permukaan yang mudah dicemari kuman

Sebelum para pelajar menjejakkan kaki mereka di sekolah, pihak sekolah WAJIB melakukan nyahkuman/ disinfeksi pada permukaan yang mudah dicemari kuman ATAU kawasan yang kerap digunakan oleh para pelajar. Pada masa yang sama, pihak sekolah juga perlu BIJAK memberi peringatan kepada para pelajar berkenaan dengan virus COVID -19 ini.

Pihak sekolah WAJIB mengajar dan memberi penerangan berkenaan dengan pandemik ini. Justeru itu, pihak sekolah boleh:-

  • Membuat poster bagi memberi penerangan berkenaan dengan pandemik COVID -19
  • Memberi penerangan menerusi video yang dihasilkan oleh pihak KKM atau team kesihatan yang ada bagi memudahkan pelajar TERUTAMANYA kanak-kanak untuk fahami situasi ini
  • Para guru perlu sentiasa memberikan peringatan kepada pelajar berkenaan dengan situasi semasa pendemik ini
Info Tambahan :  Biasiswa Jepun MEXT 2023: Semua yang Anda Perlu Tahu

2) Penjarakan meja pelajar sejauh satu meter

Penjarakan perlu dilaksankan di setiap kelas. Justeru itu, pihak sekolah perlu menghadkan keppan pelajar dalam setiap kelas. Ianya bagi mengelakkan pelajar daripada berkumpul secarra beramai-ramai di dalam satu kelas. Penjarakan meja HARUSLAH satu meter diantara satu meja ke satu meja yang lain. 

3) Sekiranya terdapat warga sekolah yang disahkan positif COVID -19 sekolah tidak perlu ditutup. Memadai kerap lakukan nyahkuman disinfeksi

Sekiranya pelajar sekolah di dapati terjangkiti virus COVID -19 ini maka pihak sekolah perlu melakukan nyahkuman disinfeksi. Sekolah TIDAK perlu ditutup tetapi hanya perlu melakukan nyahkuman secara segera bagi MENGELAKKAN kawasan pelajar yang terjangkiti sudah dinyahkuman. 

4) Scan MySejahtera 

Langkah Pencegahan

Semua pelajar yang hadir kesekolah WAJIB scan Aplikasi MySejahtera. Ianya bagi memudahkan pihak berwajib mengenalpasti sekiranya terdapat jangkitan atau penularan disekolah. Justeru itu, semula pelajar WAJIB scan MySejahtera sebelum masuk ke sekolah. 

b) Para pelajar dan Guru

1) Basuh tangan dengan sabun dan air atau hand santizer

Kerap membasuh tangan atau gunakan hand santizer untuk membunuh kuman. Justeru itu, pihak sekolah WAJIB menyediakan hand santizer di setiap kelas bagi memastikan pelajar menggunakan hand santizer dengan kerap. Bagi kanak-kanak sekolah rendah, anda perlu menyediakan video untuk mengajar mereka mencuci tangan atau hand santizer dengan betul. 

Info Tambahan :  Selepas SPM 2023 Apa yang Kita Boleh Buat?

2) Jarakan diri sejauh satu meter sekiranya bergejala dan nampak orang bergejala 

Tindakan penjarakan ini bagi MENGELAKKAN diri daripada mudah terjangkiti. Walaubagaimana sekalipun, para guru perlu sentiasa mengingati para pelajar supaya sentiasa menjaga jarak semasa musim pandemik COVID -19 ini. 

***ANDA MENJAGA JARAK MAKA ANDA MAMPU MENYELAMATKAN DIRI ANDA DAN KELUARGA ANDA***

3) Pakai pelitup mulut dan hidung (mask)

Kerap menggunakan pelitup mulut dan hidung TIDAK kira anda bergejala atau TIDAK. Pastikan anda menggunkan pelitup mulut dan hidung dengan betul. Patahkan besi di bahagian hidung bagi memastikan penggunaan face mask lebih perfect. Kekalkan penggunaan pelitup mulut dan hidung dengan betul, ikuti SARANAN pihak KKM bagi mengetahui penggunaan pelitup mulut dan hidung dengan betul.

Langkah Pencegahan



Diharapan setiap satu cadangan dan langkah pencegahan semasa pembukan sekolah tahun 2021 ini diikuti dengan sepenuhnya. Ianya bagi MENGELAKKAN daripada penularan virus ini semakin menyeluruh di seluruh kawasan sekolah. Kita mampu mengubahnya sekiranya kita mengikut segala SOP yang disediakan oleh pihak KKM dan MKN. 

***SELAMAT PULANG KE SEKOLAH SEMUA PELAJAR***

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top