Latihan Separa Perubatan Di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Latihan Separa Perubatan Di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Latihan separa perubatan
Tarikh Peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) telah pun diedarkan kepada para pelajar. Justeru itu, pasti ibu bapa sedang sibuk menguruskan jadual pembelajaran anak-anak agar mereka mampu mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM).

Seterusnya mampu menempatkan diri untuk menyambung pengajian yang lebih tinggi lagi. Dan kini masa yang di tunggu-tunggu oleh para pelajar bakal SPM akan tiba. Setelah selesai sahaja menduduki SPM dan setelah keputusan SPM diumumkan mereka boleh memilih untuk memohon menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi atau pun bekerja.

INFO!!!
Bagi melihat jadual peperiksaan SPM boleh klik di pautan dibawah ini:-
http://lp.moe.gov.my/index.php/jw-spm/935-spm-jadual-waktu-peperiksaan-sijil-pelajaran-malaysia-2020

Sekiranya, pelajar lepasan SPM berminat untuk memohon latihan separa perubatan ini boleh memohon dipautan ini https://www.spa.gov.my/spa/panduan/kelayakan/latihan-separa-perubatan. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memohon latihan separa perubatan untuk mengikut Latihan Separa Perubatan di Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM).

Bagi mereka yang mahu bekerja dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) anda digalakkan memohon latihan separa perubatan ini kerana mereka yang memohon latihan ini LAYAK ditawarkan pelantikkan tetap atau kontrak ke skim perkhidmatan yang berkaitan dengan perkhidmatan awam ini. “Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan”.

Permohonan latihan separa perubatan akan dibuka 2 kali setahun iaitu pada JANUARI & JULAI. HANYA Latihan juruteknologi pergigian dan Latihan juruterapi pergigian membuat pengambilan sebanyak sekali setahun iaitu ambilan bulan JULAI SAHAJA. 

Latihan Separa Perubatan ini terdapat dua jenis iaitu:-

  • Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma (Tempoh latihan selama 3 tahun)
  • Latihan Separa Perubatan bertaraf Sijil (Tempoh latihan selama 2 tahun)

Syarat Kelayakan Latiha Separa Perubatan:-
• Warganegara Malaysia
• Pemohon WAJIB mempunyai SPM/ Sijil setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia
• Sekurang-kurangnya mendapatkan Gred C dalam matapelajaran Bahasa Melayu (SPM/ setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia)
• Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan akademik minimum di peringkat SPM/ setaraf dengannya.

Kategori Pemohon dan had umur:-

a) Calon yang merupakan lepasan SPM
WAJIB berumur tidak kurang daripada 17 tahun dan TIDAK lebih daripada 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.

b) Calon yang merupakan salah satu pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam am yang layak DIPERTIMBANGKAN Peningkatan Secara Lantikkan (PSL)

√ umur TIDAK boleh melebihi 51 tahun pada tarikh tutup permohonan
√ Telah sah jawatan dalam perkhidmatan
√ Mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85%

INFO!!!
Penilaian Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) akan dibuka setiap 12 bulan sekali dalam setiap tahun. Tujuan LNPT ini adalah bagi memastikan pegawai Perkhidmatan Awam mencapai semua KPI yang diberikan oleh Jabatan.

c) Pemohon yang merupakan Pegawai Sedang Berkhidmat lain yang dilantik dalam perkhidmatan awam/badan berkanun/pihak berkuasa tempatan

  • Umur TIDAK melebih 38 tahun pada tarikh tutup permohonan
  • Telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
  • Mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun)

Jenis Latihan Separa Perubatan:-

a) Setaraf Diploma terdapat 10 jenis latihan iaitu:-
  1. ​Latihan Jururawat
  2. ​Latihan Penolong Pegawai Perubatan
  3. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  4. ​Latihan Juru X-Ray
  5. ​Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
  6. ​Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
  7. ​Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  8. ​Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  9. ​Latihan Juruteknologi Pergigian (Sesi Pengambilan Julai sahaja)
  10. ​Latihan Juruterapi Pergigian (Sesi Pengambilan Julai sahaja)
b) Setaraf Sijil mempunyai 2 jenis iaitu:-
  • ​Latihan Pembantu Kesihatan Awam
  • ​Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

Jadi, bagi calon yang mempunyai KELAYAKAN untuk memohon Latihan Separa Perubatan digalakkan untuk memohon latihan tersebut. Bukan senang untuk menempatkan diri dalam penjawat awam ini.

PERINGATAN!!!
Bagi calon yang ingin memohon Latihan Separa Perubatan ini WAJIB lihat dahulu syarat minimum akademik di peringkat SPM bagi calon lepasan SPM atau setaraf dengannya.

Pihak kami akan sentiasa update info terkini berkenaan dengan permohonan di Suruhajaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi calon lepasan SPM dari semasa ke semasa.

Rujukan:-
1) https://www.spa.gov.my/spa/panduan/kelayakan/latihan-separa-perubatan
2) http://lp.moe.gov.my/index.php/jw-spm/935-spm-jadual-waktu-peperiksaan-sijil-pelajaran-malaysia-2020

5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Jawatan penulis sambilan diperlukan( Maklumat Lanjut )