

Sebelum ini kami ada menjawab persoalan pelawat bagaimana dan bila sepatutnya untuk kemaskini keputusan STPM 2014 ulangan. Dalam maklumat tersebut ada menyatakan bagi mereka yang mengulang STPM bolehlah kemaskini keputusan terbaru mereka untuk memperbaiki permohonan UPU masing-masing minggu pertama bulan mei 2015.
Tarikh Kemaskini UPU Lepasan STPM 2014 Ulangan
Untuk pengetahuan, sistem kemaskini UPU telahpun dibuka kepada mereka yang mengulang STPM 2014. Kemaskini fasa 2 ini hanya kepada lepasan STPM 2014 yang telahpun memohon sebelum ini. Sistem kemaskini telahpun dibuka mulai 1 Mei 2015 sehingga 6 Mei 2015.
Sistem kemaskini dibuka hanya beberapa hari dan diharapkan calon segera bertindak bagi mengelakkan ketinggalan atau masalah dalam permohonan nanti. Untuk membuat kemaskini anda boleh terus ke Laman rasmi kemaskini UPU di Laman Rasmi UPU.
Semoga maklumat yang ingin disampaikan ini dikongsi bersama rakan lain bagi membantu mereka memperbaiki keputusan permohonan UPU masing-masing.