LHDN : Cara Pembayaran Cukai LHDNM

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

LHDN merupakan salah satu badan untuk mengutip cukai bagi mereka yang berkelayakan. Pembayaran pencukaian boleh dibuat menerusi online banking. Perkhidmatan ini menggunakan FPX sebagai gateway untuk pengguina membayar cukai. Pembayaran cukai melalui perbankan lebih mudah dan mempercepatkan proses pembayaran. Apa yang penting internet haruslah berfungsi dengan baik.

TAHUKAH ANDA!!!

Pengguna perlu mempunyai akaun perbankan internet dengan mana-mana bank yangh menyertai FPX. Sila KLIK Di PAUTAN INI bagi mengetahui senarai bank yang terlibat.

Senarai bank yang diiktiraf oleh pihak LHDN untuk pihak pembayar cukai membayar cukai menggunakan pembayaran atas talian FPX adalah seperti berikut:-

LHDN : Cara Pembayaran Cukai LHDNM 1

  • Affin bank/ Affin Islamic
  • Agro bank
  • Alliance bank/ Alliance bank Islamic
  • Ambank/ Ambank Islamic
  • Bank Islam
  • Bank Muamalat
  • Bank Rakyat
  • Bank Simpanan Nasional
  • BNP Paribas
  • CIMB Bank/ CIMB Islamic
  • Citi bank
  • Deutsche Bank
  • Hong Leong Bank/ Hong Leong Bank Islamic
  • HSBC/ HSBC Islamic
  • Kuwait Finance House
  • Maybank/ Maybank Islamic
  • OCBC Bank/ OCBC Al-Amin
  • Public Bank/ Public Islamic BBank
  • RHB Bank/ RHB Islamic Bank
  • Standard Chartered/ Standar Chartered Saadiq
  • UOB Bank
Info Tambahan :  Pakej 5G Rahmah: Internet Pantas Telefon Pintar Mampu Milik 2023

Anda boleh melayari laman web dibawah untuk melakukan pembayaran melalui FPX. Laman web yang terlibat adalah seperti berikut:-

  1. ByrHasil
  2. e-PCB 
  3. e-Data PCB 
  4. e-CP39 

LHDN : Cara Pembayaran Cukai LHDNM

1) Perkhidmatan ByrHasil untuk bayaran cukai melalui kad kredit

Pembayar cukai boleh membuat bayaran cukai pendapatan dan cukai keuntungan harta tanah menggunakan kad kredit secara dalam talian. Walaubagaimana sekalipun, pembayar cukai yang menggunakan kad kredit akan dikenakan 0.8% caj pentadbiran apabila menggunakan pembayaran menerusi kad kredit.

LHDN


Laman web perkhidmatan ByrHasil untuk bayar cukai melalui kad kredit adalah menerusi laman web “KLIK DISINI” 

TAHUKAH ANDA!!!

Bermula 12/10/2015 LHDNM dengan bank yang dilantik memperkenalkan Ezypay dengan caj pentadbiran pengeluaran kad yang lebih konpetitif. Ezypay hanya KHAS buat pemegang kad kredit Maybank SAHAJA.

LHDN

2) Bayaran cukai di Kaunter Pusat Bayaran LHDNM

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan melakukan penyelarasan semula perkhidmatan kaunter Pusat Bayaran LHDNM di Kuala Lumpur, Kucing dan Kota Kinabalu. Ianya selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan penggunaan medium bayaran secara atas talian (e-bayaran). Pada masa yang sama, ianya bagi meningkatkan kecekapan proses pemugutan cukai. 

“Laksanakan Tanggunjawab Anda untuk membayar cukai bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan”

Mulai 1 APRIL 2021, kaunter perkhidmatan di semua pusat bayaran LHDNM hanya akan menerima bayaran seperti:-

  • Cukai keuntungan Harta Tanah (CKHT) – Pegangan cukai 3% oleh pemeroleh hartanah di bawah seksyen 21B Akta CKHT 1976 (Borang CKHT502)
  • Cukai Pendapatan Penghiburan Awam (Seniman Kembara)
  • Cukai Pegangan
  • Bayaran Kompaun
  • Bayaran Cukai Pendapatan menggunakan kad kredit/ kad debit
Info Tambahan :  Pakej 5G Rahmah: Internet Pantas Telefon Pintar Mampu Milik 2023

Kaunter Pusat Bayaran Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kucing turut menyediakan kaedah pembayaran menggunakan kad kredit dan kad debit. Pembayaran ini boleh digunakan untuk jenis kad kredit VISA, MASTERCARD, AMERICAN EXPRESS yang dikeluarkan di Malaysia. Kod bayaran yang dibenarkan bagi bayaran kad kredit/ kad debit di kaunter pusat bayaran LHDNM (individu) adalah seperti berikut:-

LHDN


Bayaran yang TIDAK DISENARAIKAN seperti di atas akan dihentikan penerimaanya di kaunter Pusat Bayaran LHDNM. Selain daripada yang disenaraikan ini pembayaran boleh dibuat melalui kaedah pembayaran seperti berikut:-

  • MyTax pada portal rasmi LHDNM (www.hasil.gov.my) melalui perkhidmatan ezHasil > ByrHasil
  • Portal perbankan internet bank komersial yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM
  • Kaunter Pos Malaysia dan bank komersial yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM
  • Mesin deposit tunai bank yang dilantik sebagai ajen kutipan LHDNM
  • Mesin juruwang automatik (ATM) bank yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM 

Laksanakan Tanggunjawab anda untuk membayar cukai. Tanggunjawab ada di tangan anda bukan pada orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *