LHDN : Cara Pendaftaran Fail Cukai Pendapatan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

LHDN

LHDN : cara pendaftaran fail cukai pendapatan bagi mereka yang belum ketahui untuk mendaftar TERUTAMANYA bagi mereka yang pertama kali hendak mendaftar. Pemohon boleh mendaftar fail cukai pendapatan bagi mendapatkan nombor rujukan cukai. Justeru itu, anda boleh lakukan pendaftaram mulai tarikh anda mula bekerja. 

LHDN : Cara Pendaftaran Fail Cukai Pendapatan

Cara pendaftaran fail cukai pendapatan dua cara. Salah satu cara pendafttaran cukai adalah menerusi:-

1) Secara Manual iaitu dengan pergi ke cawangan LHDN

Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dikemukan ke cawangan yang berhampiran dengan alamat surat menyurat anda. Pemohon juga boleh pergi ke mana-mana cawangan LHDN yang dapat memudahkan pemohon melakukan urusan pada masa akan datang tanpa merujuk kepada alamat surat menyurat.

Bagi pemohon yang buat pertama kalinya hendak mendapatkan nombor pendaftaran rujukan cukai anda perlu mengemukan dokumen pendaftaran seperti berikut:-

  • Satu salinan borang penyata pendapatan (Borang EA/EC) terkini / slip gaji terkini
  • Satu salinan kad pengenalan/ kad pengenalan polis/ passport antarabangsa
  • Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada)

Dokumen ini semua diperlukan bagi melakukan pendaftaran buat kali pertama dan anda LAYAK membayar cukai atau tidak. Dokumen ini juga menjadikan salah satu bukti bahawa setiap data yang anda kemukan adalah benar. 

Info Tambahan :  Kad Siswa 2023: Cara Untuk Dapat dan Faedah

2) Secara online

Permohona pendaftaran cukai pendapatan menerusi online lebih memudahkan urusan pemohon. Hanya dengan satu klik sahaja anda sudah mendaftar nobor rujukan cukai pendapatan anda. Anda boleh mendaftar secara online di e-daftar 
LHDN


Dokument yang perlu dikemukan bagi pendaftaran secara online adalah seperti dokumen:-

  • Paspot bagu BUKAN warganegara
  • Sijil pendaftaran poerniagaan (bagi individu yang menjalankan perniagaan)

Di dalam laman web e-daftar, pemohon boleh mendaftar no rujukan bagi:-

  • Individu
  • Syarikat
  • Majikan
  • Perkongsian
  • Perkongsian Liabiliti terhad

Sekiranya anda mempunyai masalah pendaftaran secara online ini, anda boleh melakukan aduan di 03-8913 3800

PERINGATAN!!!

Setiap individu yang BOLEH DIKENAKAN CUKAI dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan kepada pihak LHDNM. Individu tersebut bertanggunjawab untuk:-

  • Daftar nombor cukai pendapatan/ kemaskini maklumat
  • Lapor pendapatan tahunan
  • Bayar cukai pendapatan

Syarat untuk mendaftar nombor cukai pendapatan sekiranya anda adalah seorang:-

  • Individu berstatus BUJANG yang menerima pendapatan penggajian MELEBIHI RM 34,001 setahun (SELEPAS potongan KWSP)
  • Individu yang sudah berkahwin dan pasangan TIDAK BEKERJA yang menerima pendapatan penggajian TIDAK MELEBIHI RM46,001 setahun
  • Individu yang menjalankan perniagaan (walaupun perniagaan mengalami kerugian)
  • Pekerja baharu yang dikenakan potongan cukai bulanan (PCB)
  • Individu yang mempunyai pendapatan yang boleh dikenakan cukai
  • Individu yang menjual atau membeli hartanah
Info Tambahan :  myBSN: 4 Tips Penting Sijil Simpanan Premium myBSN

PERHATIAN!!!

Sekiranya anda mendapati bahawa anda mempunyai dua fail cukai pendapatan dalam satu masa, anda DINASIHATI untuk merujuk ke cawangan yang mengendalikan fail cukai pendapatan bagi tujuan pengemaskinian status fail tersebut

Cara Mengemaskini Maklumat

LHDN

Cara untuk mengemaskini maklumat diri atau alamat surat menyurat dallam rekod LHDNM adalah sepperti berikut:-

Antara maklumat yang perlu dikemaskini sekiranya terdapat perubahan adalah:-

  • Alamat surat menyurat
  • Alamat perniagaan (jika ada)
  • Alamat email peribadi
  • Nombor telefon yang BOLEH DIHUBUNGI
  • Nombor paspot (Bagi Individu yang berstatus BUKAN warganegara)
  • Nama dan nombor akaun bank
  • Status perkahwinan
  • Maklumat ejen cukai (jika berkenaan) 

INFO TAMBAHAN!!!
Bagi mengemaskini alammat surat menyurat, alamat email peribadi dan nombor telefon SILA gunakan Borang Permohonan Pertukaran Alamat (CP600B) dan salinan dokumen pengenalan bagi tujuan tersebut. Tetapi bagi tujuan mengemaskini maklumat peribadi yang lain, anda dikehendaki untuk mengemukan satu surat pemberitahuan beserta dokumen sokongan yang berkaitan.

Marilah kita melakukan TANGGUNJAWAB sebagai pembayaran cukai pendapatan. Ianya bagi memudahkan urusan pihak kerajaan pada amsa akan datang. Kelangsungan hidupan pada masa akan datang bermula pada hari ini. Justeru itu, jalankan amanah sekiranya anda LAYAK untuk membuat pembayaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *