LHDN : Pelepasan Cukai Taksiran Tahun 2020

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

LHDN

Bermula bulan Mac pihak LHDN akan memulakan tugas mereka untuk mengutup cukai taksiran tahunan. Justeru itu, bagi mereka yang layak membayar cukai pasti sedang sibuk mencari resit pembelian barangan anak-anak, keperluan anak mahupun ibu bapa.

Ianya bertujuan untuk mendapatkan pelepasan pembayaran cukai taksiran atau pengurangan pembayaran cukai taksiran. Justeru itu, kami akan menerangkan serba sedikit berkenaan dengan pelepasan Cukai Taksiran Tahun 2020 yang perlu dibayar di kaunter LHDN.

Sepanjang tahun 2020, terlalu banyak yang kita lalui sehingga ramai yang kehilangan pekerjaan. Justeru itu, pelbagai inisiatif telah kerajaan dan pibak LHDN ambil bagi membantu mereka yang terkesan akan masalah pandemik ini TERUTAMANYA bagi mereka yang membayar cukai.

Justeru itu, bagi mengurangkan beban rakyat Malaysia disebabkan oleh pandemik ini, pihak kerajaan dan LHDN telah menyediakan satu plan insentif baharu. Plan insentif baharu yang diperkenalkan bagi pelepasan cukai taksiran 2020 adalah seperti berikut:-

  • Pelepasan cukai istimewa Penjana sebanyak RM2,500 bagi pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet yang efektif pada tarikh 1 Jun 2020
  • Pelepasan cukai baru PENJANA sebanyak RM1,000 iaitu pelepasan cukai untuk perbelanjaan perjalanan dalam negara. Ianya dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021
  • Pengecualian cukai keuntungan harta tanah (CKHT)/ Real Property Gains Tax (RPGT) untuk jualan rumah kediaman yang terhad kepada tiga buah rumah

LHDN : Pelepasan Cukai Taksiran Tahun 2020

LHDN

Selaian daripada plan insentif kerajaan yang baharu ini, pelepasan cukai Taksiran Tahun 2020 yang sebelum ini digunakan juga masih lagi digunapakai oleh pihak LHDN.

Antara pelepasan cukai taksiran yang boleh dituntut adalah seperti berikut:-

1) Individu 

Pelepasan cukai taksiran bagi individu adalah sebanyak RM 9,000. potongan ini adalah secara automatik sekiranya anda melakukan pendaftaran e-filing.

2) Individu OKU

Pihak kerajaan juga sungguh prihatin akan nasib mereka yang kurang upaya ini. Justeru itu, bagi mereka yang kurang upaya akan mendapat pelepasan cukai sebanyak RM 6,000.

3) Ibu bapa

Info Tambahan :  Perbezaan Sekolah Wawasan, Kluster, Primier, Bestari, dan SBT

LHDN

Bagi pelepasan cukai ibu bapa ini terbahagi kepada dua pecahhan iaitu :-

  • Melakukan pembayaran kos rawatan ibu bapa

Bagi anak yang membiayai kos rawatan ibu bapa, kepelruan khas dan penjagaan ibu bapa. Semua ini anda boleh lakukan tuntutan pelepasan cukai sehingga RM 5,000

  • Ibu bapa yang masih sihat

Manakala, bagi ibu bapa yang sihat anak boleh menuntut tuntutan pelepasan cukai sebanyak RM 3,000 (ibu RM1,500 dan bapa RM 1,500)

4) Peralatan sokongan asas

Tuntutan bagi alatan sokongan ini adlaah sebanyak RM 6,000. Tuntutan boleh dilakukan keatas anak, isteri, suami, ibu bapa OKU/ individu.

5) Yuran Pendidikan

LHDN

Bagi mereka yang mempunyai hasrat untuk emnyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, anak boleh melakukan tuntutan pelepasan cukai pendidikan sebanyak RM 7,000. Kebiasaanya, yuran pendidikan ini bagi menaik taraf gaya hidup seseorang itu.

6) Pebelanjaan perubatan sakit yang sukar untuk diubati

LHDN

Bagi tuntutan ini anda boleh mendapatkan tuntutan sehingga RM 6,000. Pebelanjaan ini termasuklah isteri/ anak/ suami/ individu.

“Pemeriksaan perubatan penuh TERHAD kepada RM500”

7) Gaya Hidup

Kemahiran masa hadapan

Bagi pelepasan cukai menerusi gaya hidup pula adalah sebanyak RM 2,500. dengan pembelian bahan bacaan, bayaran tunggakan internet, peralatan sukan dan gymnasium atau pembelian telefon pintar dan tablet boleh lakukan tuntutan pelepasan cukai.

8) SSPN

Tabung simpanan pendidikan juga boleh menjadi satu asbab ibu bapa mendapat pelepasan cukai sebanyak RM 8,000. Justeru itu, amatlah DIGALAKKAN ibu bapa membuka akaun ini bagi mendapat pelepasan pembayarn cukai.

9) Suami/ isteri/ alimoni kepada bekas isteri

 

“Alimoni adalah bayaraan saraan bagi bekas isteri atau sebaliknya ketika mereka sudah berpisah tetapi belum bercerai secara sah”

Sekiranya anda ada melakukan pembayaran tersebut maka anda boleh mendapat pelepasan pembayaran cukai sebanyak RM 4,000

Info Tambahan :  Upwork vs Fiverr: Mana Best Untuk Freelancer

10) Pasangan yang OKU

Bagi pasangan OKU, mereka layak untuk mendapat pelepasan cukai sebanyak RM 3,500. pelepasan cukai ini menunjukkan pihak kerajaan sangat prihatin akan keperluan rakyat.

11) Pendidikan anak

  • RM 2,000 (Anak < 18 tahun)
  • RM 2,000 (Anak > 18 tahun yang masih belajar sepenuh masa pra ijazah/ matrikulasi/ sijil
  • RM 6,000 bagi jagaan anak kurang upaya
  • RM 8,000 bagi anak > 18 tahun yang belajar pada peringkat Ijazah
  • RM 8,000 tambahan bagi anak kurang upaya yang menyambung pengajian di peringkat diploma dan ke atas

12) Pembelian peralatan penyusuan

Peralatan penyusuan bagi pembayar cukai WANITA sahaja dan tuntutan boleh dilakukan setiap dua tahun sekali tahun cukai taksiran. Tuntutan sebanyak RM 1,000.

13) Yuran taman asuhan kanak-kanak/ tadika

LHDN : Pelepasan Cukai Taksiran Tahun 2020 1

Yuran tuntutan asuhan ini boleh dilakukan samaada suami/ isteri sebanyak RM 2,000

14) Insuran nyawa & KWSP

  • Individu penjawat awam berpencen insuran nyawa TERHAD kepada RM 7,000

ATAU

  • Individu selain penjawat awam berpencen insuran nyawa TERHAD kepada RM 3,000.
  • Manakala, bagi KWSP/ Skim yang DILULUSKAN boleh mendapat pelepasan cukai TERHAD kepada RM 4,000.

15) Insuran perubatan dan pendidikan

Tuntutan bagi bagahagian ini hanya melibatkan individu/ pasangan/ anak SAHAJA. Tuntutan pelepasan cukai sehingga RM 3,000.

16) Skim persaraan swasta dan anuiti tertunda

Tuntutan bagi pekerja swasta mengambil skim ini boleh mendapat pelepasan cukai sebanyak RM 3,000.

17) PERKESO

Bagi mereka yang mempunyai caruman di PERKESO boleh mendapat pelepasan cukai sebanyak RM 250.

Justeru itu, sebagai pembayar cukai anda WAJIB ketahui semua ini agar anda mampu mengurangkan pembayaran cukai anda. Walaubagaimana sekalipun ELAKKAN daripada melakukan sebarang penipuan semasa melakukan tuntutan pelepasan ini. Sekiranya ketahuan padah menanti anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top