Bulan Mac sudah kunjung tiba, maka bermulalah episode LHDN menjalankan tugas untuk menuntut pembayaran cukai bagi mereka yang layak membayar cukai. Hal ini disebabkan, pembayaran cukai merupakan satu tanggunjawab bagi mereka yang berkelayakkan.
Justeru itu, bagi mereka yang layak membayar cukai WAJIB ketahui pelepasan yang boleh dituntut dalam pengiraan cukai. Pelepasan ini bertujuan untuk meringankan bebanan pembayar cukai yang sedia ada terutamanya pada musim pandemik ini.
LHDN: Pelepasan Yang Boleh Dituntut Dalam Pengiraan Cukai
TAHUKAH ANDA!!!
Terdapat 17 tuntutan pelepasan cukai yang boleh anda lakukan sekiranya anda melepasa kriteria yang diperlukan.
Terdapat 17 tuntutan yang boleh dilakukan untuk pelepasan dalam pengiraan cukai. Walaupun terdapat 17 jenis tuntutan yang boleh dilakukan oleh pembayar cukai tetapi BUKAN semua tuntutan anda layak untuk mendapatkannya.
Setiap satu tuntutan pelepasan mempunyai syarat yang tersendiri agar pelepasan tuntutan cukai itu boleh diguna pakai oleh semua. Justeru itu, ikuti penulisan kami bagi ketahui beberapa syarat yang perlu ada untuk melakukan tuntutan pelepasan cukai ini.
Antara pelepasan cukai yang boleh dituntut dalam pengiraan cukai sebelum membuat pembayaran di kaunter LHDN adalah seperti berikut:-
1) Individu
- Individu dan saudara tanggungan
Pelepasan yang diberikan sehingga RM 9,000. ianya tertakluk akan terma dan syarat yang telah disediakan oleh pihak LHDN. Walaubagaimana sekalipun, pelepasan cukai bagi individu ini adalah automatiok setelah anda mengisi borang LHDN e-filing.
2) Individu OKU
Bagi individu OKU, mereka akan mendapat pengecualian cukai sebanyak RM6,000. Walaubagaimana sekalipun, kehilang upayaan mereka ini perlu DISAHKAN secara bertulis oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai salah satu orang yang kurang upaya.
“Mereka yang telah berdaftara dengan JKM akan mempunyai kad OKU. Kad tersebut adalah pengesahana bahawa anda adalah golongan OKU”
3) Ibu bapa
Bagi mereka yang masih mempunyai ibu bapa, mereka juga boleh melakukan tuntutan pelepasan cukai sekiranya mereka mengeluarkan perbelanjaan kepada kedua ibu bapa. Tuntutan pelepasan cukai yang boleh dituntut adalah seperti berikut:-
- Perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa
Bagi tuntutan ini, anda memerlukan pengesahan daripada pengamal perubatan yang berdaftar bagi mengesahkan taraf kesihatan ibu bapa anda. Pada masa yang sama, setiap PERBELANJAAN yang DIKELUARKAN WAJIB mempunyai bukti seperti dokumen atau RESIT pembayaran. Sekiranya ada, anda layak menuntut maksimum perlepasan sebanyak RM5,000
PERINGATAN!!!
Sekiranya terdapat adik beradik yang membayar cukai yang ingin memohon pelepasa diatas rawatan ibu bapa yang sama, anda perlu membahagikan RM5,000 pelepasan tersebut kepada adik beradik secara sama rata.
- Ibu bapa masih sihat
Syarat permohonan pelepasan cukai bagi ibu bapa yang sihat adlaah:-
- Ibu bapa berusia 60 tahun dan ke atas.
- Pendapatan tahunan kurang daripada RM 24,000 (TT2016 sehingga TT 2020)
Anda boleh menuntut pelepasan cukai sebanyak RM3,000. Pecahannya seperti ini:-
- RM1,500 ibu
- RM 1,500 bapa
“Pastikan TIADA adik beradik yang melakukan tuntutan pada masa yang sama”
4) Yuran Pengajian Diri sendiri
Sekiranya anda sedang menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dengan menggunakan wang sendiri. Maka anda layak menuntut pelepasan cukai MAKSIMUM sebanyak RM7,000. Walaubagaiamana sekalipun, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh pemohon.
Antara syaratnya adalah:-
- Pengajian di mana-mana badan profesional di Malaysia atau Institusi tempatan yang di iktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atau diluluskan oleh Kementerian Kewangan
- Bidang perakaunan, undang-undang dan kewang Islam perlu mendapat KELULUSAN BANK NEGARA MALAYSIA (BNM) atau SURUHANJAYA SEKURITI.
- Bidang lain seperti bidang vokasional, saintifik, teknikal, industri atau teknologi layak mendapatkan pelepasan cukai.
5) SSPN
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang dibuka bagi setiap anak untuk pengajian pada masa hadapa layak memohon pelepasan cukai sehingga RM8,000.
TAHUKAH ANDA!!!
Bagi pencarum SSPN-i plus, anda boleh menikmati pelepasan cukai sehingga RM 11,000 bagi sumbangan takaful (SSPN RM 8,000 & TAKAFUL RM 3,000).
Skim pendidikan ini TIDAK berisiko tinggi kerana ianya dijamin oleh pihak kerajaan serta patuh syariah. Hasil dividen bagi kedua-dua jenis akaun SSPN-i/ SSPN-i plus TIDAK akan dikenakan cukai.
Setiap satu tuntutan yang dipohon layak untuk mendapatkan syarat permohonan dahulu agar ianya tidak tersalah tuntutan. Hal ini ditakuti pembayar cukai tidak tahu jenis tututan apa yang layak untuk anda lakukan bagi menuntut pelepasan pembayaran cukai. Sekiranya anda mempunyai kelayakan memohon maka lakukanlah permohonan tersebut bagi meringakan beban anda membayar cukai.
Rujukan:-
1) http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=5&bt_skum=1&bt_posi=1&bt_unit=5000&bt_sequ=1
2) http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=5&bt_skum=1&bt_posi=3&bt_unit=1&bt_sequ=1
3) http://www.anm.gov.my/index.php/soalan-lazim/potongan-cukai-bulanan-pcb
One thought on “LHDN: Pelepasan Yang Boleh Dituntut Dalam Pengiraan Cukai”
Bagus pelepasan cukai ni…
DPT ringankan masalah rakyat