LHDN : Perkhidmatan Pembayaran Pencukaian Melalui FPX

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

LHDN : Perkhidmatan Pembayaran Pencukaian Melalui FPX 1

LHDN telah menyediakan perkhidmatan pembayaran pencukaian melalui FPX. Kaedah ini bagi memudahkan lagi urusan pembayar cukai untuk melaksanakan tanggunjawab mereka kepada negara. Pembayaran cukai adalah WAJIB bagi mereka yang layak untuk membayar cukai.

LHDN : Perkhidmatan Pembayaran Pencukaian Melalui FPX

Perkhidmatan pembayaran pencukaian melalui FPX mempunyai beberapa cara. Antara caranya adalah:-

1) Bayaran di Kaunter

LHDN : Perkhidmatan Pembayaran Pencukaian Melalui FPX 2

TAHUKAH ANDA!!!

Bayaran cukai boleh dilakukan secara tunai, cek dan arahan debit akaun di kaunter bank bagi indidvidu dan syarikat. Pembayaran boleh dilaksanakan di semua cawangan bank berikut:-

  1. CIMB Bank
  2. Public Bank
  3. Maybank
  4. POS Malaysia (bayaran secara tunai sahaja)
  5. Affin Bank
  6. Bank Rakyat
  7. Bank Simpanan Malaysia (BSN)

Bank akan mengenakan caj tertentu bagi bayaran tunai dan cek di kaunter perkhidmatan seperti pada jadual di atas. Maklumat berikut perlu diisi ke dalam slip pembayaran di bank:-

  • Kod bayaran
  • Nama pembayar cukai/ majikan
  • No.Rujukan cukai/ No. Rujukan Majikan
  • No kad pengenalan
  • Tahun taksiran bagi bayaran yang dibuat/ tahun dan bulan potongan bagi bayaran PCB 
Info Tambahan :  AI Generator: 5 Langkah Tutorial Buat Gambar Professional Kerja

Bayaran PCB boleh dibuat di kaunter ejen cukai LHDNM seperti berikut:-

  • Secara tunai/ cek – CIMB Bank
  • Secara tunai – Pos Malaysia
  • Secara arahan debit akaun – semua kaunter Bank menggunakan nombor akaun PCB/CP39
  • Amaun bayaran

2) Bayaran melalui Internet

Bayaran boleh dilakukan menerusi portal perbankan internet bank. Kemudahan pembayaran CP, CKHT dan PCB turut disediakan melalui portal perbankan internet ejen kutipan LHDNM yang dilantik seperti berikut:-

LHDN

“Dunia kini hanya dihujung jari jadi pembayaran cukai juga boleh secara atas talian tanpa perlu ke kaunter LHDNM yang berdekatan”

3) Bayaran melalui mesin ATM Bank

Bayar cukai pendapatan dan Cukai Keuntangan Harta Tanah Individu boleh dilaksanakan melalui Auto Teller Machine (ATM) di bank berikut:-

  • Public Bank
  • Maybank
  • CIMB Bank
  • RHB Bank 

PERINGATAN!!!

Bagi membolehkan pembayaran melalui mesin ATM, pembayar cukai perlu memiliki kad ATM bagi bank berkenaan dan maklumat yang diperlukan untuk melaksanakan transaksi bayaran adalah nombor rujukan cukai.

4) Bayaran melalui Tele-Perbankan

Bayaran cukai pendapatan dan cukai Keuntungan Harta Tanah melalui perkhidmatan tele-perbankan disediakan melalui:-

  • Bayaran CP dan CKHT melalui perkhidmatan tele-perbankan disediakan melalui Maybank – kawanku phone banking (1 300-88-6688) – mohon pengesahan dari pihak bank kerana semakan statistik bulanan tiada terimaan melalui mod ini.
  • Bayaran CP melalui telefon bimbit disediakan melalui aplikasi Perbankan Mudah Alih-I atau TAP-I Mobile Banking Bank Islam (individu sahaja)
Info Tambahan :  Mass Com di Malaysia: Kursus, Kemahiran dan 9 Peluang Pekerjaan

5) Bayaran melalui Mesin Deposit Wang Tunai (Cash Deposit Machine)

 

Bayaran cukai pendapatan dan cukai Keuntungan Harta Tanah Individu hanya disediakan di Maybank. Justeru itu, bagi pembayar cukai yang mahu menggunakan pembayaran melalui mesin deposit wang tunai mereka perlu mempunyai akuan bank Maybank. Jadual kod bayaran adalah seperti berikut:-

LHDN


Ringkasan carta kategori perkhidmatan pembayaran cukai menerusi bank dan pejabat pos adalah seperti jadual di bawah ini. 

LHDN

NOTA RINGKAS!!!

  • IBG * (Hanya mereka yang menggunakan nombor akaun PCB/ CP39)
  • Tunai sahaja ** (pengisian data dibuat melalui e-Data atau e-PCB LHDNM)
  • Perbankan Internet *** (pengisian dan PCB pekerja dan bayaran dilakukan menerusi perbankan internet bank)

Mudah bukan perlaksanaan pembayaran pencukaian menerusi atas talian. Walaubagaimana sekalipun, sebagai pembayar cukai anda WAJIB ketahui semua cara ini bagi memudahkan lagi urusan anda pada masa akan datang sekiranya tidak mahu ke kaunter LHDN . Tidak salah untuk mempelajari sesuatu perkara yang baru kerana semua ini ilmu yang hanya boleh diperolehi sekiranya kita mahu belajar akan sesuatu yang baru. 

***Ilmu itu seluar lautan tetapi ilmu yang kita perolehi hanyalah setitik′ sahaja daripada lautan yang luas itu, jadi hargailah semua ilmu yang diperolehi***

Rujukan :-

http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=5&bt_skum=1&bt_posi=2&bt_unit=5000&bt_sequ=7

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *