SSDM KPM 2021: Login Sistem Sahsiah Diri Murid

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

SSDM KPM

SSDM KPM 2021 adalah salah satu sistem sahsiah diri murid. Ianya amat MEMENTINGKAN amalan baik sebagai usaha menggalakkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid yang bakal mencorakkan negara pada masa hadapan. Dengan memasukkan elemen mata (markah) dalam sistem sahsiah diri murid ini. Maka status sahsiah seseorang murid boleh dinilai dan dibantu ke arah kecemerlangan budi pekerti pelajar.

“Pelajar hari ini adalah bakal pemimpin negara pada masa akan datang”

Tujuan SSDM KPM 2021: Sistem Sahsiah Diri Murid

SSDM KPM

SSDM KPM 

Tujuan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan sistem ini bagi:-

1) Merekod pelanggaran disiplin pelajar untuk tindakan selanjutnya

2 ) Memberikan penarafan ganjaran kepada pelajar yang baik akhlak dan sebaliknya

3) Menyenarai pendek pelajar yang memerlukan intervensi

4) Menghubungkait tindakan disiplin dan tindakan kaunseling untuk rujukan panggilan sesi.

5) Membantu pihak sekolah dalam proses penentuan hukuman supaya selaras dengan surat pekeliling iktisas serta peraturan-peraturan sedia ada

6) Membantu pihak sekolah dalam memantapkan pengurusan disiplin selaras dengan perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi

7) Memastikan murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin dibantu sepenuhnya oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling

“Jangan pernah menyalahkan murid akan satu kesalahan yang dilakukan, pandang dari pelbagai sudut bagi membantu mereka menjadi murid yang cermerlang, gemilang dan terbilang”

8) Menjalankan rangkaian kerja yang jelas antara Guru-Guru, Ketua Guru Disiplin/ GPK HEM, Pengetua, Guru Bimbingan dan Kaunseling, murid-murid dan penjaga

9) Sebagai salah satu pangkalan data disiplin murid dengan penyediaan pelbagai bentuk laporan

Dalam setiap pangkalan data ini, para guru boleh mengetahui sahsiah murid walaupun mereka TIDAK pernah bersemuka dengan murid tersebut.

“Pangkalan data sahsiah ini merupakan salah satu sistem bagi memudahkan para guru untuk memilih cara terbaik untuk mendidik murid yang bermaslaah”

Proses kerja bagi sistem SSDM  ini mudah sekiranya para guru mengikut segala arahan yang diberikan. Proses kerja terdapat dua proses iaitu:-

Info Tambahan :  Pembelajaran Program Matrikulasi Semester 1 Sesi 2021/ 2022

1) Perekodan kes salah laku

Ssdm kpm

Proses kerja perekodan adalah seperti berikut:-

a) Guru melaporkan kes salah laku di sistem SSDM Online 

SSDM KPM

b) Ketua Guru Disiplin/ GPK HEM akan menjalankan siasatan dan jika benar laporan tersebut mereka akan mencadangkan hukuman

c) Pengetua mempunyai hak untuk menukar hukuman atau mengesahkan hukuman yang diberikan

d) Ketua Guru Disipllin/ GPK HEM mengambil tindakan terhadap hukuman yang telah disahkan

e) Pembantu pejabat menguruskan fail dan pengeposan surat 

f) Guru Bimbingan dan Kaunseling akan menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling terhadap murid-murid tersebut

“Menerusi proses ini ibu bapa/ penjaga boleh ketahui bukan mudah untuk menjatuhkan hukuman terhadap anak yang telah melakukan kesalahan”

Proses kerja perekodan ini bagi memastikan kesalahan yang murid lakukan adalah benar-benar dibawah tanggugjawab mereka. Selain itu, tujuan sebenar proses kerja perekodan ini dilakukan bagi memastikan setiap mereka yang bersalah mendapat hukuman yang sewajarnya.

“Perekodan kes salah laku ini merupakan salah satu bukti murid telah melakukan kesalahan dan guru sudah mengambil langkah penyiasatan terhadap laporan yang diberikan”

2) Perekodan Amalan Baik

Berbeza dengan perekodan amalan baik pelajar, perekodan ini bagi memberi markah tambahan kepada pelajar agar mereka bersemangat untuk melakukan kebaikan terhadap orang lain. Pada masa yang sama meningkatkan sahsiah diri murid.

Ciri-ciri Sistem Sahsiah Diri Murid SSDM 

SSDM KPM 2021: Login Sistem Sahsiah Diri Murid 1

Ciri-ciri sistem SSDM KPM 2021 ini adalah:-

1) Pangkalan data disiplin

SSDM ini merupakan salah satu pangkalan data tunggal para pelajar. SSDM ini akan menjadi RUJUKAN kepada pengurusan disiplin murid daripada peringkat sekolah sehingga peringkat nasional. Data-data dalam sistem ini akan dijadikan rujukan oleh semua pihak yang berkepentingan dengan pendidikan.

“Sistem ini berguna kepada pelajar masa kini dan masa hadapan”

2) Sistem pemantauan dan pengawalan

Data-data dalam sistem ini boleh dijadikan asas dalam memantau tahap disiplin dan sahsiah murid. Seterusnya, semua pihak boleh berganding bahu dalam usaha mmembantu murid yang bermasalah disiplin ke arah kecemerlangan sahsiah diri dan akademik.

“Murid pada hari ini adalah pemimpin pada masa akan datang”

3) Mengutamakan amalan baik

Sistem SSDM ini mengutamakan amalan baik sebagai satu proses pembentukan sahsiah. Murid-murid akan digalakan melakukan amalan baik untuk mengingatkan status sahsiah diri. Sistem ini mengajar murid agar mempunyai sahsiah diri yang baik sejak dari kecil lagi agar murid mampu berdisiplin pada masa akan datang.

“Sistem SSDM ini mengawal kecenderungan murid melakukan kesalahan disiplin dari semasa ke semasa”

4) Kawalan sistem

Sistem SSDM ini akan mengawal tindakan/ hukuman supaya selaras dengan Surat Perkeliling Iktisas serta peraturan-peraturan bagi mengelakkan ketidakpuasan hati masyarakat terhadap hukuman yang diberikan. Selain itu, sistem ini juga akan mengeluarkan ssurat-surat amaran dan makluman tindakan dalam bentuk yang seragam dan standard dan dicetak secara automatik.

“Bukan mudah untuk menjadi pendidik tetapi mudah untuk mengutuk pendidik maka jadilah warga yang snetiasa menghormati mereka yang mendidik”

Terdapat pelbagai lagi ciri-ciri kebaikan sistem SSDM ini terhadap institusi pendidikan dan juga pejaga. Tetapi dalam membentuk sahsiah murid bukanlah bermula di sekolah sahaja tetapi ianya bermula di rumah.

Info Tambahan :  UPUOnline : Kerjaya Seorang Ahli Farmasi

Justeru itu, selain di sekolah ibu bapa/ penjagalah yang perlu meneliti sahsiah anak-anak di rumah kerana ibu bapa/ penjaga adalah suri tauladan yang terbaik buat anak-anak.

Kebaikan Penggunakan Sistem SSDM

  1. Penyelarasan tindakan terhadap sesuatu kes disiplin
  2. Dokumentasi lengkap rekod proses tindakan dan kes berulang
  3. Catatan sejarah kes pelajar
  4. Maklumat lengkap pelajar untuk dihubungi
  5. Memberi ganjaran positif dan negatif kepada setiap perlakuan pelajar
  6. Akses mudah kepada guru dan pentadbir.
“Meluntur buluh biarlah dari rebungnya”

Rujukan:-

1) https://ssdm.moe.gov.my/

2) https://ssdm.moe.gov.my/panduan.cfm

[wp-review-visitor-rating id=”SSDM rating”]

Subscribe
Notify of
guest
4 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Mr.Reading
Mr.Reading
Guest
1 month ago

Sejauh mana yea ketelusan sistem ni?

ayub78
ayub78
Guest
5 months ago

Sebagai guru disiplin, memang meudahkan urusan simpan rekod disiplin, cuma report dari guru lain tak selalu..rata2 senang cakap dengan mulut shj

Mar_ani
Mar_ani
Guest
5 months ago

Data SSDM tu boleh delete tak? sbb kesian jugak anak2 kalau dah insaf.

fiziesss
Admin
Reply to  Mar_ani
5 months ago

Rekod akan dikekalkan. cuma ia adalah rahsia..boleh juga bincang dgn pentadbir sekolah bekenaan sikap anak..Sebaiknya dapatkan maklumat lanjut bekenaan semasa perbincangan tu nanti..

Admin
5 months ago

Visitor Rating: 5 Stars