Logo Baru Kementerian Pendidikan Malaysia KPM

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Tahukah anda, awal November 2013 ini Kementerian Pendidikan Malaysia KPM telah mengeluarkan logo baru yang digunakan untuk semua urusan rasmi berkaitan Kementerian Pendidikan. Logo baru ini lebih moden dan mencerminkan identiti baru KPM dalam arus moden. Logo baru ini adalah hasil rekabentuk Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad (Majlis Rekabentuk Malaysia)

Logo Baru Kementerian Pendidikan Malaysia KPM 1
Logo lama

 

Logo Baru Kementerian Pendidikan Malaysia KPM 2
Logo Baru KPM

Rasional

Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan. Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.

Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

p/s : lepas ini segala berkaitan KPM termasuk surat, kad, pengangkutan dan segalanya akan berubah logonya. Bagi kakitangan pendidikan perlu maklum supaya tidak ketinggalan. Apa pendapat anda tentang logo baru ini?

One thought on “Logo Baru Kementerian Pendidikan Malaysia KPM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *