Lokasi dan Tarikh Jom Masuk IPT 2018

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Setiap tahun BPKP JPT akan mula menganjurkan Karnival Pendidikan Tinggi Negara Jom Masuk IPT. Untuk terlibat sama, pastikan anda tahu tarikh Jom Masuk IPT 2018 ditempat anda. Anda tidak perlu untuk pergi jauh ke negeri lain untuk terlibat sama. Anda hanya perlu tahu bila tarikh Karnival Jom Masuk IPT dibuat ditempat anda.

Tarikh Jom Masuk IPT
Tarikh Jom Masuk IPT

Tarikh Jom Masuk IPT 2018

Sebenarnya ada banyak tarikh yang boleh dikongsi kerana setiap negeri mempunyai tarikh sendiri perlaksanaan :

NO. NEGERI TARIKH (2018) LOKASI / VENUE
1 Sabah (Tawau) 27 – 28 Januari Eastern Plaza
2 Sarawak (Miri) 27 – 28 Januari Permaisuri Imperial City Mall
3 Melaka 03 – 04 Februari Melaka International Trade Centre (MITC)
4 Kedah 10 – 11 Februari Universiti Utara Malaysia
5 Perlis 10 – 11 Februari Universiti Malaysia Perlis
6 Johor 24 – 25 Februari Persada Johor
7 Negeri Sembilan 24 – 25 Februari Politeknik Nilai
8 Pahang 03 – 04 Mac Universiti Malaysia Pahang
9 Terengganu 03 – 04 Mac Universiti Malaysia Terengganu
10 Pulau Pinang 10 – 11 Mac Politeknik Seberang Perai
11 Kelantan 10 – 11 Mac USM Kubang Kerian
12 Sabah (Kota Kinabalu) 17 – 18 Mac 1Borneo Hypermall
13 Labuan 17 – 18 Mac Kompleks Ujana Kewangan
14 Selangor 31 Mac – 01 April UiTM Shah Alam
15 Perak 07 – 08 April Amanjaya Convention Centre
16 Sarawak (Kuching) 07 – 08 April CityONE Megamall Exhibition Centre
Info Tambahan :  Applicant Tracking System: 4 Kelebihan dan Tips Tackle Dalam Resume

 

Apa yang ada di Karnival Jom Masuk IPT 2018

Kebiasaaanya pada tahun sebelumnya banyak faedah jika anda berkunjung seperti :

  • Pameran dan Infomasi dari Universiti awam & swasta
  • Pemeran dan informasi kemasukan dari politeknik dan institusi kemahiran lain
  • Penerangan pemohonan dari kakitangan
  • Penerangan dan nasihat kerjaya dari kaunselor institusi
  • Pendedahan kerjaya lain dan pembaharuan/ kepelbagaian dalam pemohonan dan halatuju
  • Aktiviti menarik/ promosi
  • Cenderahati
  • Pengambilan borang dan maklumat lanjut institusi
  • Penerangan PTPTN atau institusi lain

Kebanyakan pelajar yang mengalami masalah bagaimana ingin mohon UPU atau membuat pilihan memeohon UPU adalah disarankan untuk ke karnival yang dianjurkan kerana disana akan ada banyak pilihan dan tunjuk ajar berkaitan permohonan UPU.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *