Rakyat Malaysia masih tidak dibenarkan untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin . Hal ini kerana ia antara langkah yang digariskan selepas kerajaan memutuskan untuk memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei ini. “Perjalanan rentas sempadan negeri tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain. Menyedari hal ini ,sukar untuk muslim muslimin yang ingin pulang ke kampung bertemu keluarga.Apatah lagi yang tinggal dirumah sewa berseorangan. Kami tahu dan sedar bagaimana rasanya beraya keseorangan sewaktu Pkp waktu ini. Jadi ,kami akan bariskan apa perkara yang anda boleh buat dihari raya berseorangan.
Cara – Cara Bersendirian Sewaktu PKP
1.Belajar Memasak Juadah Hari Raya
PKPB atau lebih tepat nya musim dimana anda dilarang beraya dikampung,adalah peluang anda untuk belajar memasak juadah seperti rendang,kuah kacang,nasi impit dan lain-lain. Pelbagai resepi hari raya ada di internet.Tinggal klik dan masak.Tapi ia tidak semudah bercakap.Praktik kan memasak telur dahulu sebelum pergi ke tahap yang seterusnya.Paling tidak pun belajar lah memanaskan rendang segera yang dibeli diluar.
2. Menganyam Ketupat
Mood untuk beraya sudah tentunya datang bila kita sibuk merewang didapur bersama sanak saudara.Menganyam ketupatlah antara aktiviti sinonim untuk persiapan hari raya.Sementara jalan raya masih belum sibuk,berusaha lah mendapatkan daun untuk menganyam ketupat .Waktu ini lah anda boleh mengubah suai seni kraftangan anyaman ketupat itu mengikut citarasa anda .Siapa tahu anda boleh menghasilkan anyaman ketupat berbentuk ekzotik dan unik .Mungkin tahun hadapan ada pertandingan menganyam ketupat dan dengan kreativiti anda boleh memenanginya.
3.Download Aplikasi Tik Tok
Aplikasi tik tok mampu menceriakan anda .Rakamkan video anda sedang menyanyi lagu raya dengan bertemakan sayu atau ceria beraya seorang diri .Pastinya anda akan mendapat populariti dalam masa yang singkat.
4.Teknologi diHari Raya
Hari raya tak sah kalau makan berkumpul bersama keluarga.Gunakan alat telekomunikasi pintar untuk membuat video call supaya anda boleh makan juadah hari raya sama waktu dengan mereka.Jadi,sempadan yang memisahkan anda dengan mereka cumalah kaca telefon bimbit.
5.Bersiap dan Solat Sunat Aidilfitri.
Bahagian paling besar dalam keceriaan hari raya ialah bersolat sunat aidilfitri.Bersiaplah memakai baju melayu atau pun baju kurung walaupun orang yang melihatnya diri sendiri.Jika ada kawan kawan tinggal bersama ajaklah bersolat sunat aidilfitri dan bermohon maaf walaupun baru kenal dalam seminggu.
6.Memasang tv
Siaran tv waktu hari raya selalu menayangkan rancangan hari raya.Pastikan tv anda terpasang untuk merasakan suasana dan persekitaran hari raya itu hidup sewaktu anda sedang menjamah juadah hari raya.
7.Panggil kawan kawan yang senasib
. Jika berseorangan buatkan anda terlalu sayu dan secara tiba tiba menyanyikan lagu Aishah “Termenung ku sendiri”,terus buat panggilan, berhubung dengan kawan kawan yang senasib dengan anda atau ajak mereka untuk beraya bersama.Jika tidak bersama keluarga kawan kawan pun boleh jadi pengubat duka.AMARAN:Ini adalah jalan terakhir.Memanggil mereka membawa kemungkinan anda juga menjemput COVID 19 juga beraya bersama.Pastikan anda mengambil langkah berjaga sebelum menjemput mereka masuk kerumah.Minta mereka mandi dengan sanitizer atau air sabun terlebih dahulu.Langkah ini amat berisiko memandangkan anda selama ini kuaretin secara solo.
Sebenarnya tidak kira dimana anda berada.Kita semua seharusnya gembira meraikan kemenangan setelah berpuasa sebulan.Sesungguhnya kita perlu bersyukur kerana kita diberi peluang untuk merasai hari raya walaupun dalam norma hidup yang baru.Serba kekurangan ditahun ini kita manfaatkan dengan baik dan ambil iktibar dibaliknya.Semoga anda dapat hilangkan rasa duka tak dapat beraya dikampung dan bertabahlah di waktu yang getir ini .Langkah pencegahan PKP ini untuk kebaikan kita semua.Mahukah kita membawa virus ini kepada ibu dan ayah kita yang sudah tua dikampung?
Itu saja cadangan yang anda boleh buat sewaktu hari raya di waktu pkp ini.
Jika anda sebarang cadangan untuk ditambah jangan berasa segan silu untuk menulis komen dibawah.
Semoga bulan puasa anda dirahmati Allah,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN