Makluman Penting Bayaran Balik PTPTN Anda

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Kami ada menerima banyak persoalan berkaitan bayaran balik PTPTN ini. Sebenarnya banyak perkara penting yang perlu anda tahu berkaitan bayaran balik PTPTN ini. Menurut sumber web PTPTN mungkin soal jawab yang disediakan dibawah dapat memberikan jawapan kepada masalah anda berkaitan bayaran balik ini.

Bayaran Balik PTPTN
Bayaran Balik PTPTN

Perlukah saya menunggu Notis Arahan Bayaran Balik daripada PTPTN sebelum memulakan bayaran balik?

  • Tidak. Peminjam bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik mengikut tempoh yang ditetapkan tanpa perlu menunggu Notis Arahan Bayaran Balik daripada PTPTN. Tiada suatu peruntukan di dalam perjanjian yang menyebut bahawa peminjam hanya perlu membuat bayaran selepas mendapat notis daripada PTPTN.
  • Bayaran balik lebih awal adalah digalakkan kerana bayaran balik yang dibuat sebelum tarikh mula bayar tidak dikenakan kos upah.

Bilakah tarikh bayaran balik PTPTN sepatutnya dibayar setiap bulan?

  • Bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan untuk memastikan transaksi tersebut dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa. Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemas kini dalam penyata pada bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN/ Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa.

Bolehkah saya membayar balik kurang daripada jumlah ansuran asal?

  • Tidak boleh. Bayaran balik kurang daripada jumlah ansuran bulanan akan menyebabkan berlakunya tunggakan dan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan. Peminjam disarankan hadir berunding untuk mengurangkan ansuran bulanan dengan membuat penstrukturan semula pinjaman.

Bolehkah saya membayar balik lebih daripada jumlah ansuran asal?

  • Boleh. Pembayaran melebihi jumlah ansuran membolehkan peminjam menyelesaikan pinjaman lebih awal dan dapat menikmati penjimatan kos upah kerana kos upah dikenakan sehingga tarikh penyelesaian penuh dibuat.

Bagaimanakah cara bayaran balik secara dalam talian (online) boleh dilakukan?

Terdapat tiga (3) bayaran balik secara online iaitu:

  1. Melalui Portal Rasmi PTPTN (FPX)
  2. Melalui portal rasmi bank ejen pungutan bayaran balik pinjaman PTPTN.
  3. Melalui MypayPTPTN (www.mygovmobile.malaysia.gov.my)

Bagaimana caranya untuk menyemak baki pinjaman pendidikan?

  • Baki pinjaman pendidikan boleh disemak melalui menu e-Perkhidmatan > Bayaran Balik > Penyata Pinjaman Online di Portal Rasmi PTPTN.

Adakah PTPTN akan mengeluarkan resit rasmi bagi bayaran balik pinjaman pendidikan?

  • Ya. PTPTN hanya akan mengeluarkan resit rasmi bagi bayaran balik yang dibuat di kaunter PTPTN. Resit rasmi tidak akan dikeluarkan untuk transaksi melalui perbankan internet, kaunter bank dan ejen pungutan bayaran balik pinjaman PTPTN. Bukti bayaran melalui perbankan internet, kaunter bank dan ejen pungutan perlu dicetak dan disimpan untuk rujukan.

Bagaimanakah caranya untuk saya membuat penyelesaian sekaligus (full settlement) pinjaman pendidikan?

  • Peminjam perlu mengisi Borang Permohonan Pengesahan Baki Pinjaman yang boleh dimuat turun di Portal Rasmi PTPTN/ kaunter PTPTN atau menghubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN. Bayaran balik selain di kaunter PTPTN hendaklah dimaklumkan kepada PTPTN untuk pengeluaran Surat Pelepasan Hutang (SPH).

Sekiranya peminjam meninggal dunia dan mempunyai lebihan bayaran balik. Bagaimanakah tuntutan lebihan bayaran balik pinjaman boleh dibuat?

Bagi kes kematian peminjam, kaedah pemulangan lebihan bayaran balik pinjaman adalah seperti berikut:

  1. Bagi jumlah lebihan bayaran balik yang kurang daripada RM3,000 – Waris hendaklah mengisi dan menandatangani Bon Tanggung Rugi Lebihan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN serta dokumen yang berkaitan yang mengikat dari segi undang-undang; dan
  2. Bagi lebihan bayaran balik berjumlah RM3,000 dan ke atas – Waris hendaklah mengemukakan dokumen asal atau salinan dokumen berikut:

Sumber PTPTN

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here