Maklumat Budget 2015

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Sekarang ni semua orang berbicara tentang Budget 2015 Malaysia. Ada yang mengharapkan Budget 2015 ini banyak berita gembira memandangkan perbelanjaan rakyat Malaysia kini makin meningkat ekoran kenaikan harga minyak seterusnya meningkatkan harga barang. Banyak yang diperkatakan oleh Perdana Menteri bekenaan budget ini, ada beberapa petikan menarik yang boleh kita kongsi bersama :

  • Petrol, Diesel & LPG tidak dikenakan GST
  • Golongan berkeluarga berpendapatan RM4,000 dan ke bawah sebulan tidak dikenakan cukai pendapatan
  • Rebat bayaran balik PTPTN sebanyak 10% diteruskan. Bayaran penuh rebat 20%
  • Program Bantuan Persekolahan sebanyak RM100 setiap pelajar sekolah rendah dan menengah mulai Januari 2015
  • Program Baucar Buku 1Malaysia sebanyak RM250 bagi tujuan pembelian buku-buku rujukan dan peralatan pengajian
  • BR1M akan dinaikkan daripada RM650 kepada RM950 dibayar 3 kali pada Januari (RM300) & Mei (RM300) & September (RM350) 2015
  • BR1M isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000-RM4,000 dinaikkan daripada RM450 kepada RM750 dibayar Januari, Mei & September 2015
  • BR1M golongan bujang berusia atas 21 tahun berpendapatan tidak lebih RM2,000 dinaikkan RM50 kepada RM350 dibayar awal tahun depan
  • Kakitangan awam akan mendapat bonus setengah bulan atau minimum RM500 manakala pesara kerajaan RM250 akan dibayar pada Januari 2015
  • Skim Perumahan Belia 20,000 unit rumah (RM500,000 maksimum). Belia berkahwin 25-40 tahun dengan RM10,000 maksimum pendapatan isi rumah serta maksimum pembiayaan 35 tahun diberikan 10% jaminan pinjamam oleh kerajaan.

Sebenarnya banyak lagi yang boleh dikongsi, mungkin anda boleh dapatkan akhbar pagi esok untuk dapatkan lebih lanjut Budget yang mungkin ada kaitan dengan anda. Semoga Budjet kali ini memberikan banyak kesan kepada kemajuan dan keselesaan rakyat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top