Maklumat Penting Permohonan Hala Tuju Selepas PT3

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Peperiksaan PT3 telah berakhir dan kini pelajar PT3 perlu tahu hala tuju selepas PT3 supaya tidak ketinggalan permohonan penting. Umum mengetahui, pelajar secara automatik akan ditawarkan tingkatan 4 sekolah harian semasa. Namun demikian, ada hala tuju pendidikan lain selepas PT3 yang boleh pelajar rebut dan mohon.

Hala Tuju Selepas PT3
Hala Tuju Selepas PT3

Hala Tuju Selepas PT3

Pilihan 1 – Meneruskan pengajian tingkatan 4 sekolah harian biasa

Untuk pengetahuan, selepas PT3 seorang pelajar akan menyambung pengajian ke tingkatan 4 dengan mengambil pakej aliran yang ditetapkan sekolah. Pakej tersebut sebenarnya boleh dipilih oleh pelajar berdasarkan nasihat dari guru kaunseling atau guru penyelaras tingkatan 4.

Pakej pengajian tingkatan 4 sekolah harian biasa kebiasannya terdiri dari aliran :

  • Aliran Sains Tulin – Mengambil subjek antaranya seperti biologi, Kimia, fizik dan mat tambahan
  • Aliran Sains – Kebiasannya tidak mengambil salah satu subjek sains tulin contoh matematik tambahan
  • Aliran Perdagangan – mengambil subjek seperti ekonomi, perniagaan.
  • Aliran Kemanusiaan – mengambil geografi, sejarah
  • Aliran Sastera – pakej mengandungi subjek sastera
  • Aliran Sains Sukan – pakej mengandungi subjek sains sukan
  • Aliran Seni – pakej mengandungi subjek seni
  • Aliran Kemahiran – pakej terdiri dari subjek-subjek kemahiran

Hakikat sebenar, pakej adalah berbeza bagi setiap sekolah dan kandungan subjek tambahan lain juga berbeza. Apa yang digambarkan diatas adalah subjek utama untuk aliran tersebut dan kemungkinan ada lagi subjek lain yang ditambah dalam pakej yang disediakan sekolah.

Info Tambahan :  Kerja Freelance 2023: Kelebihan, Cabaran, dan Cara Memulakan

Pilihan 2 – Sekolah Berasrama penuh ( SBP )

Bagi pelajar yang mempunyai keputusan yang baik dan cemerlang, anda boleh memohon ke Sekolah Berasrama Penuh, untuk melayakkan diri ke SBP perlulah cemerlang keputusan PT3 dan mengisi borang online yang disediakan.

Kemasukan SBP adalah mengikut tapisan tertentu termasuk aktif kokurikulum. Dari segi kemudahan dan lokasi belajar tidak jauh beza dengan sekolah harian biasa. Perbezaan jelas untuk SBP ialah suasana positif pelajar lain kerana di SBP hanya pelajar terpilih sahaja yang diterima.

Pilihan 3 – Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM )

Konsep MRSM juga seakan sama dengan SBP iaitu memilih pelajar terbaik untuk diterima. Bezanya MRSM diuruskan oleh Majlis Amanah Rakyat sementara SBP dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Dari segi halatuju selepas SPM MRSM agak berbeza kerana MARA mempunyai institusi-institusi sendiri untuk lepasan pelajarnya.

Pilihan 4 – Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik

Sekolah ini perlu dimohon secara online apabila dibuka, konsep kedua-dua pengajian ini adalah berkonsep melahirkan tenaga mahir kemahiran. Pelajar juga dipilih untuk diterima ke institusi ini, tetapi syarat minimum adalah berbeza mengikut kursus pengajian yang ingin dimohon.

Info Tambahan :  3 Bidang Industri Kreatif: Seni, Rekaan, dan Hiburan

Pilihan 5 – Institusi Kemahiran lain

Jika masih berminat untuk menukar iklim pembelajaran, pelajar juga boleh memilih institusi kemahiran lain seperti Giat MARA, Kolej Komuniti. Institusi ini juga mengutamakan bidang kemahiran dengan mengambil tahap-tahap tertentu pengajian, selain itu juga pengajian Sijil Kemahiran juga ditawarkan.

Banyak lagi laluan dan peluang yang boleh lepasan PT3 pilih

Sebenarnya banyak lagi laluan dan peluang yang boleh lepasan PT3 pilih, apa yang disenaraikan diatas adalah pilihan popular pelajar selepas PT3.

Tarikh dan Makluman Penting Permohonan

Kami ada menerima banyak pertanyaan tentang permohonan institusi-institusi yang menerima calon lepasan PT3 ini. Oleh demikian, kami ringkaskan hala tuju PT3 dalam satu jadual. Kami sediakan tarikh tamat permohonan serta pautan pemohonan supaya pemohon tidak ketinggalan.

Hala Tuju PT3 Tarikh permohonan Permohonan Maklumat Lanjut
SBP 13 Nov – 24 Disember 2017

Sistem SSt4

 

MRSM Sebelum 31 Oktober 2017

Sistem MRSM

Permohonan MRSM
Kolej Vokasional & SM teknik 10 Oktober 2017 hingga 20 Disember 2017

Sistem SPTV

Permohonan Kolej Vokasional
Giat Mara Iklan Dikeluarkan GiatMara

 

Kesimpulannya, diharapkan maklumat yang disediakan berguna untuk perancangan dan permohonan selepas PT3 Pelajar. Pilihan diatas adalah pilihan popular pelajar selepas PT3 dan ada lagi pilihan lain untuk dipilih untuk hala tuju selepas PT3.

One thought on “Maklumat Penting Permohonan Hala Tuju Selepas PT3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *