Maklumat Penting Permohonan PISMP dan Matrikulasi

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Permohonan PISMP dan Matrikulasi

Maklumat Penting Permohonan PISMP dan Matrikulasi lepasan SPM kini sudah dibuka. Justeru itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa warganegara Malaysia lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program ini agar memohon dan jangan pernah melepasakan segala peluang yang ada. 

“Capailah impian anda selagi anda mampu untuk mencapainya”

Permohonan PISMP dan Matrikulasi

Permohonan PISMP 2021

Permohonan Matrikulasi 2021

Video cara mohon matrikulasi 2021

https://youtu.be/m1OTn8nChLE

Maklumat Penting Permohonan PISMP dan Matrikulasi

Maklumat penting permohonan PISMP adalah seperti berikut:-

“PISMP bermaksud Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan”
  1. Permohonan dibuka secara atas talian di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  2. Permohonan sudah dibuka bermula pada 15 Mac 2021 sehingga 15 April 2021 (Jam 11.59 Malam).
  3. Daftar permohonan mengikut kelayakan 

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Permohonan PISMP dan Matrikulasi

1) Pengambilan calon guru tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (PISMP) Ambilan Jun 2021

Pengambilan calon guru tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) PISMP ambilan jun 2021 ini terdapat dua aliran. Dua aliran tersebut adalah:-

Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

A) Laluan perdana 

“Laluan perdana bermaksud, permohonan kemasukan bagi mereka yang sihat tubuh badan serta TIDAK mengalami sebarang kecacatan”

Menerusi program ini, calon perlulah:-

  • Mengikut program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selaam 12 bulan atau 3 semester di IPG berkenaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Permohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selamat 4 Tahun atau 12 Semester di IPG yang telah ditetapkan.
  • PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara MOD SEPENUH MASA

Syarat dan kelayakan Asas

  • Warganegara Malaysia
  • Umur TIDAK MELEBIHI 20 tahun pada 30 JUN 2021 iaitu lahir pada atau selepas 30 JUN 2001
  • Sihat tubuh badan
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred CEMERLANG dalam mana-mana lima mata pelajaran
  • Memperoleh gred sekurang-kurangnya KEPUJIAN dalam mata pelajaran yang berikut:-
    • Bahasa melayu
    • Sejarah
    • Bahasa Inggeris
  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan

B) Laluan Murid Berkeperluan Khas 

“Laluan murid berkeperluan khas (MBK) bermaksud mereka yang kurang upaya TETAPI boleh menguruskan diri sendiri tanpa bantuan daripada pihak ketiga”

* CALON WAJIB mengikuti program sama seperti calon laluan perdana 

Syarat dan kelayakan Asas

  • Warganegara Malaysia
  • Umur TIDAK MELEBIHI 22 tahun pada 30 Jun 2021 iaitu lahir pada atau selepasa 30 JUN 1999
  • Sihat tubuh badan (TIDAK termasuk konteks ketidakupayaan dan tertakluk kepada pekerliling suruhanjaya perkhidmatan pelajaran Bil 2/2017)
  • Boleh menguruskan diri sendiri
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Perolehi sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam mana-mana 6 mata pelajaran TERMASUK
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Serta LULUS Sejarah
    • Serta ambil kira syarat akademik yang telah ditetapkan
  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan
Info Tambahan :  Starlink Malaysia: 2 Pelan dan Harga Langganan

2) Program Penghantaran pelajar cemerlang ke luar negara Pendidikan Islam (PCC) ambilan Jun 2021

A) Laluan Perdana sahaja

Menerusi program ini pelajar perlulah:-

  • Pelajar akan mengikuti pengajian di universiti luar negara yang telah ditetapkan oleh KPM selama 4 tahun
  • Setelah tamat pengajian Ijazah pelajar akan mengikuti Program Diploma Pascasiswasah Pendidikan (PDPP) di Institusi Pendidikan Guru selama 1 tahun

Syarat dan kelayakan Asas

  • Warganegara Malaysia
  • Umur TIDAK MELEBIHI 20 tahun pafda 30 Jun 2021 iaitu lahir pada atau selepas 30 JUN 2001
  • Sihat tubuh badan
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • Calon SPM tahun 2020 SAHAJA 

Program Matrikulasi Ambilan Sesi Akademik 2021

Maklumat Penting Permohonan PISMP dan Matrikulasi 1

Program Matrikulasi ini mempunyai 3 pecahan program iaitu:-

1) Jurusan sains

  • Sains Hayat (Terdapat subjek biologi)
  • Sains Fizikal (Terdapat subjek fizik)
  • Sains Komputer

2) Jurusan Kejuruteraan

  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Kejuruteraan Awam
  • Kejuruteraan Asas

3) Jurusan Perakaunan

  • Perakuanan
  • Perakuanan Profesional

Setiap progrm mempunyai subjek kursus WAJIB yang perlu diambil untuk lulus. Walaubagaimana sekalipun, kursus WAJIB setiap program ikuti adalah :-

  • English
  • Pendidikan Islam
  • Moral Pengajian Am Matrikulasi
  • Kokurikulum 

Syarat dan kelayakan Asas kemasukan ke Matrikulasi adalah seperti berikut:-

  • Umur TIDAK MELEBIHI 20 tahun semasa memohon
  • Warganegara Malaysia
  • Calon SPM tahun semasa

Dibawah ini merupakan syarat MINIMUM SPM bagi melayakkan diri untuk memasuki program Matrikulasi ini.

Maklumat Penting Permohonan PISMP dan Matrikulasi 2

KLIK DISINI untuk maklumat lanjut.

Setiap program mempunyai kelebihan dan kekurangan. Justeru itu, ikutilah program yang anda layak serta sesuai dengan pencapaian akademik yang sedia ada. Jangan pernah kecewa sekiranya tidak dapat tawaraan pengajian di program ini kerana sesungguhnya terdapat banyak lagi platform untuk anda berjaya.

Rujukan:-
1) https://pismp.moe.gov.my
2) https://matrikulasi.moe.gov.my 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *