

Permohonan Online UPU 2016, merupakan satu permohonan online yang ditunggu oleh calon. Permohonan Online UPU 2016 akan dibuka tidak lama lagi. UPU menguruskan pemohonan bagi kemasukan ke institusi-institusi pengajian tinggi. Kebiasanya pelawat akan bertanya bagaimana untuk memohon, siapa yang boleh mohon, bila permohonan dibuka, institusi apakah yang berkaitan dan banyak lagi persoalan yang timbul. Oleh demikian, menerusi FB rasmi UPU kami sebarkan maklumat penting untuk makluman calon :
Permohonan UPU 2016 untuk permohonan ke mana?
Untuk pengetahuan, permohonan UPU 2016 adalah untuk calon yang berminat untuk ke :
- Universiti awam – 19 universiti awam tidak termasuk UM & USM
- Politeknik – 34 buah institusi di seluruh Malaysia
- Institusi Latihan Kemahiran Awam ( ILKA ) – 93 Buah institusi di Seluruh Malaysia
- Kolej Komuniti – 93 buah Institusi di seluruh Malaysia
Siapa yang boleh Mohon/ Terlibat?
Permohonan UPU adalah bagi lepasan seperti yang dinyatakan dibawah :
- Lepasan SPM
- Lepasan Sijil SKM
- Lepasan Sijil ILKA
- Lepasan Sijil Kolej Komuniti
- Lepasan STPM
- Lepasan Matrikulasi KPM
- Lepasan STAM
- Lepasan Diploma/ Setaraf
- Lepasan Asasi UiTM
- Lepasan Asasi UM
Bila Permohonan UPU 2016 dibuka?
Permohonan online UPU 2016 dibuka pada 18 Januari 2016 dan permohonan ditutup pada 5 April 2016. Pembelian Unik ID pula ditutup sehari awal dari tarikh tutup sebenar iaiatu 4 April 2016.
Apa perlu dibuat sebelum memohon?
Sebelum membuat permohonan, anda perlu terlebih dahulu faham apa tujuan permohoanan UPU dan tahu Institusi apakah yang diinginkan. Paling penting anda perlu terlebih dahulu membeli Unik ID di Bank Simpanan Nasional BSN berdekatan anda. Unik ID berharga RM 15.64 .
Dimana nak buat permohonan Online UPU 2016?
Permohonan online UPU 2016 boleh dibuat secara online di http://upu.mohe.gov.my apabila ia dibuka kelak.


Maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut anda digalakkan untuk merujuk iklan penuh Permohonan Online UPU dan merujuk terus laman rasmi UPU.
Semoga maklumat permohonan UPU online 2016 ini menjadi peringatan kepada anda dan diharapkan anda bersedia dengan lebih informasi berkaitan pemilihan kursus dan UA sesuai dengan cita-cita dan perancangan masa depan anda.
assalamualaikum ,, maaf sye nak tanye kalau takde muet ta boleh sambung deg ke?
Waalaikumussalam, Kebanyakan institusi mensyaratkan Muet utk dapat ijazah..ada yg tetapkan kne ada muet dengan markah tetrtentu sebelum diterima masuk, ada juga yg memberikan kursus khas BI di Universiti utk melayakkan ijazah mereka.