Maklumat Tarikh Baharu PKSK

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

PKSK


Semua sudah ketahui sebelum ini telah 2 kali Tarikh Perlaksanaa Pentafsiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) ditunda akibat pandemik COVID -19 ini. Walaubagaimana sekali pun, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan tarikh baharu bagi pelaksanaan Pentafsiran Kemasukan Sekolah Khusus ini bagi kemasukan 2021 bagi calon tingkatan 1 dan tingkatan 4 tahun 2020. Justeru itu, ibu bapa hanya perlu fokus pada tarikh yang melibatkan anak mereka sahaja. Alert untuk kelestarian masa hadapan anak-anak.  

“Jangan pernah menyalahi anak sekiranya mereka tidak layak untuk menduduki peperiksaan ini kerana sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-baik perancang”

Tarikh Baharu Pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)

PKSK

Tarikh baharu pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus PKSK bagi pelajar adalah :-

a) Tingkatan 1

Tarikh Perlaksanaan : 20 Januari 2021 sehingga 29 Januari 2021
Tarikh Semak PKSK : 8 Januari 2021 di pautan https://spskt1.moe.gov.my/

b) Tingkatan 2

Tarikh Perlaksanaan : 15 Februari 2021 sehingga 25 Februari 2021
Tarikh Semak PKSK : 8 Januari 2021 di pautan https://spskt4.moe.gov.my/

**Selamat Menjawab Soalan PKSK bagi calon tingkatan 1 dan tingkatan 4**

Oleh yang demikian, semua calon PKSK Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 yang masih belum menduduki ujian ini dimohon untuk membuat semakan semula PUSAT PERLAKSANAAN UJIAN. Tarikh semakan pusat perlaksanaan ujian mengikut tarikh yang telah di tetapkan.

Sebarang masalah berkenaan dengan perkara diatas ibu bapa/ penjaga boleh menghubungi nombor-nombor yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut:-

i) Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh: 03-8321 7400
ii) Bahagian Pendidikan Islam: 03-8321 7200
iii) Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional: 03-8884 5154
iv) Maktab Tentera Diraja: 03-8946 5562

PERKARA PENTING bagi mereka yang bakal menduduki Peperiksaan Pentafsiran Kemasukan Sekolah Khusus:-

  • ​Semak semula PUSAT peperiksaan
  • ​Cetak slip untuk menduduki Ujian PKSK
  • ​Patuhi TARIKH, MASA, SESI dan TEMPAT untuk menduduki PKSK
Info Tambahan :  5 Jawatan Kosong Di Majlis Peperiksaan Malaysia

“Sedang kita sibuk menyemak pusat perlaksanaan ujian, jangan kita lupa untuk membuat persediaan untuk menyiapkan diri bagi menduduki peperiksaan PKSK ini”

Selain daripada 3 perkara penting yang diatas. Pelajar yang bakal menduduki ujian Pentafsiran Kemasukan Sekolah Khusus. Ada lagi perkara penting yang ibu bapa WAJIB tekankan kepada anak-anak iaitu:-

1) Calon WAJIB mengikut Standard Operation Practice (SOP) yang telah diberikan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Antara SOP yang WAJIB diikuti adalah:-

  • Penggunaan pelitup hidung dan mulut
  • Penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter
  • ELAKKAN sembang dekat dengan orang ramai
2) Ibu Bapa calon tidak boleh berkumpul secara berapa-ramai ketika anak sedang menduduki peperiksaan

Ianya bagi mengelakkan perkumpulan secara beramai-ramai dalam satu masa.

***Mencegah lebih baik daripada merawat***

3) Persediaan fizikal dan mental buat calon

Persediaan fizikal dan mental disini bermaksud calon sudah bersiap sedia untuk menjawab soalan yang disediakan semasa ujian PKSK dilaksanakan. Baca semua berkenaan dengan pengetahuan am dan tajuk-tajuk pembelajaran yang berkaitan dengan soalan yang bakal di soal. Contoh soalan PKSK boleh KLIK DISINI. 

Info Tambahan :  Tawaran Pelan Internet SPM / STPM 15GB RM20/bulan

 

Tips Persediaan semasa menduduki ujian:- 
  • Bertenang dan mulakan menjawab soalan dengan bacaan doa
  • Fokus semasa menjawab dan JANGAN pandang calon lain bagi mengelakkan diri hilang fokus dan gementar
  • ELAKKAN menjawab satu soalan terlalu lama, skip dahulu sekiranya tidak tahu jawapan bagi mengelakkan kekurangan masa untuk menjawab soalan yang mudah
  • Tenangkan diri sekiranya hilang fokus. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan bagi mendapatkan semula fokus. 

Calon juga WAJIB bersedia secara mental berkenaan dengan keputusan yang bakal keluar sama ada mereka layak atau tidak bagi pemilihan kemasukan ke asrama penuh kali ini.

“Sekiranya calon tidak layak untuk memasuki ke sekolah berasrama penuh, jangan kecewa kerana sesungguhnya bukan sekolah yang membuatkan anda cemerlang TETAPI GURU yang bakal membantu anda menjadi cemerlang kerana guru adalah penerang bagi cahaya kegelapan murid”

Akhir sekali, setiap perjuangan yang bermula dengan keteguhan akan memudahkan lagi diri untuk berjaya. Perjuangan yang dimulakan dengan kata kegagalan akan melahirkan keputusan yang gagal. Justeru itu, sebagai ibu bapa calon termasuklah calon jangan pernah berputus asa untuk mencuba melayakkan diri mendapatkan tempat di asrama penuh ini.

***Usaha tangga kejayaan, tiada usaha bagaimana hendak melihat kejayaan***

PERINGATAN!!!

Tidak semestinya kita cemerlang dalam bidang akademik kita akan cemerlang dalam bahagian sahsiah. Biar kita cemerlang kedua-duanya supaya kita tidak meletakkan kejayaan akademik adalah segala-galanya. 

Rujukan:-
1) https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman/makluman-tarikh-baharu-pelaksanaan-pksk-khas-tingkatan-1-dan-tingkatan-4-tahun-2020
2) https://www.moe.gov.my/

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments