Gaji merupakan satu indikator penting bagi memastikan tangga gaji seseorang. Walaubagaimana sekalipun, masih ramai lagi yang tidak ketahui perbezaan gaji pokok, gaji kasar dan gaji bersih. Hal ini disebabkan masih ramai diluar sana yang masih tidak fahami maksud sebenar ketiga-tiga gaji ini. Justeru itu, untuk mengetahui berapa banyak gaji seseorang itu, biasanya kita melihat pada gaji Bersih seseorang itu.
Maksud gaji yang sebenar adalah PENDAPATAN TETAP yang dibayar oleh majikan kepada pekerja setiap bulan. Gaji merupakan sumber pendapatan pekerja yang bakal pekerja perolehi setiap akhir bulan ATAU awal bulan bergantung kepada syarikat yang anda bekerja. Walaubagaimana sekalipun, gaji boleh diperolehi selewat-lewatnya SEBELUM 7 haribulan setiap awal bulan.
Perbezaan Gaji Pokok, Gaji Kasar Dan Gaji Bersih
“Gaji bersih bermaksud Gaji berserta elaun yang telah DITOLAK beberapa potongan seperti cukai, caruman KWSP dan sebagainya”
Dalam erti kata mudah, Gaji Pokok ditambah dengan Elaun. Setelah itu, di potong dengan cukai, caruman KWSP dan sebagainya. Gaji bersih ini merupakan gaji yang anda dapat dan yang anda tunggu-tunggu selama ini.
“Gaji pokok adalah gaji TETAP yang diberi dan TIDAK termasuk sebarang wang tambahan seperti elaun, pertambahan gaji lebih masa”
Gaji pokok merupakan gaji yang biasa ditawarkan di dalam surat tawaran permulaan pekerjaan. Ianya merupakan gaji yang TIDAK termasuk wang tambahan atau sebarang elaun. Justeru itu, sebagai pekerja anda WAJIB ketahui perbezaan gaji pokok dan bersih.
“Gaji Kasar adalah Gaji Pokok yang sudah DITAMBAH dengan Elaun TIDAKKIRA Elaun sara hidup, Elaun Perumahan dan sebagainya. Tetapi perlu DIINGATKAN Gaji Kasar TIDAK ditolak sebarang potongan”
Gaji kasar ini merupakan gaji yang anda dapat lihat di slip gaji SAHAJA. Biasanya gaji kasar ini bukanlah gaji yang anda akan dapat tetapi ianya hanyalah gaji keseluruhan yang BELUM DITOLAK dengan apa-apa lagi.
“Penting untuk ketahui perbezaan gaji ini agar anda boleh membuat kira-kira akan pembelanjaan anda pada masa akan datang”
Kebanyakan anda yang berkerja pastinya menanti hari yang paling ditunggu-tunggu iaitu kemasukan gaji. Pembayaran gaji ada dua iaitu samada gaji dimasukkan ke dalam akaun bank atau diberi secara terus oleh majikan.
Walaubagaiman sekalipun, kebanyakan pekerja di dalam sektor kerajaan mendapat gaji di akhir bulan sementara pekerja sektor swasta akan memperoleh gaji pada awal/ akhir bulan. Ianya bergantung kepada HR yang menguruskan pembayaran gaji bagi pekerja yang bekerja di sektor swasta.
Pandemik COVID -19 ini memberi impak yang besar kepada semua. Justeru itu, dengan hanya memakan gaji sahaja TIDAK mencukupi untuk membiayai kehidupan seharian. Hal ini disebabkan, segalanya dihujung jari sehinggakan pembelajaran anak-anak juga menerusi alam maya sehinggakan setiap 1 rumah WAJIB mempunyai satu gadjet. Gadjet ini bagi memudahkan urusan anak-anak belajar menggunakan Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR).
Disebabkan oleh itu, sekiranya ibu bapa bukanlah berasal dari kategori M40/ T40 mereka perlu bekerja lebih agar anak-anak mempu mendapatkan pembelajaran secara atas talian ini. Justeru itu, alternatif lain perlu ada bagi memastikan mereka mempunyai wang yang cukup untuk kegunaan anak dan keluarga.
Antara alternatif yang boleh ibu bapa amalkan adalah:-
1) Simpan Kemudian Belanja
Kita sering mendengar belanja dahulu baru simpan TETAPI konsep itu sebenarnya salah, anda perlu simpan dahulu duit anda baru belanja agar kita tidak belanja secara berlebih-lebihan. Contoh terbaik adalah simpan 5-10% daripada gaji bersih sebelum pecahkan segala kewangan ke bahagian yang lain. Ianya bagi memudahkan kita untuk berbelanja tanpa memikirkan simpang kemudian hari.
Sekiranya masih TIDAK mampu membuat simpanan 5-10% daripada gaji bersih maka simpan yang termampu sahaja TETAPI perlu ada simpanan untuk hari susah kemudian hari.
2) Cari pendapatan tambahan
PERINGATAN!!!
PASTIKAN/ ELAKKAN pencarian pendapatan tambahan yang TIDAK menganggu fokus semasa bekerja yang mempunyai gaji tetap. Hal ini disebabkan pendapatan tambahan ini BUKAN punca gaji utama kepada seseorang individu itu.
“Carilah pendapatan tambahan yang mudah TANPA menganggu pekerjaan hakiki. Pastikan punca rezeki kepada kedua-dua bahagian adalah halal untuk dijadikan darah daging ahli keluarga”
Contoh pendapatan tambahan yang sering dilakukan oleh orang ramai adalah perniagaan online. Musim pandemik ini ramai yang gemar berbelanja secara atas talian tanpa keluar ke rumah justeru itu, perniagaan online merupakan sumber pendapatan tambahan yang mudah untuk dilaksanakan.
“Perniagaan online ini hanya memerlukan anda rajin untuk update berkenaan dengan barang yang anda jual dan rajin melayan kerenah pelanggan”
*** Anda buat anda dapat ***
3) Amalkan rutin menyimpan duit mengikut warna
Rutin menyimpan duit mengikut warna ini sangat EFEKTIF bagi mereka yang mahu menyimpan wang. Hal ini disebabkan amalan menyimpan duit mengikut warna mampu menjadi satu rutin atau tabiat terbaik untuk memastikan kita mempunyai simpan tambahan ketika susah. Sekiranya kita mengamalakan rutin ini maka semakin mudahlah anda untuk memperoleh sesuatu yang anda inginkan.
Contoh amalan menyimpan duit berwarna hijau, sekiranya anda memperolehi wang baki berwarna hijau secara automatik anda akan terus menyimpannya. Amalan ini seumpama sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Rutin ini bukan sahaja DIGALAKKAN kepada ibu bapa malahan anak-anak juga DIGALKKAN untuk menyimpan wang berwarna ini. Agar kita mampu memupuk semangat menyimpan dari kecil lagi.
“Meluntur buluh biarlah dari rebungnya”
Duit bukan segalanya TETAPI tanpa duit apa yang mampu kita lakukan. Justeru itu, berjimatlah selagi termampu agar kita dapat memudahkan kehidupan pada masa akan datang.
One thought on “Maksud Dan Perbezaan Gaji Pokok,Gaji Bersih Dan Gaji Kasar”
Cara kira gaji dah jelas.. Tapi sy masih keliru dengan potongan2 dia.