Kejuruteraan mekanikal merupakan satu bidang yang berkaitan dengan reka bentuk, pembangunan dan pembuatan kelengkapan dan produk. Program ini bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja yang separa professional yang berkopemahiran dan cekap dalm bidang kejuuruteraan mekanikal ini. Selain itu kursus ini dirangka juga untuk melahirkan pelajar/ masyarakat yang berani dan berkebolehan dalam menjadikan malysia sebagai sebuah negara perindustrian.


Dalam bidang ini pelajar diberi penekanan dalam kerja-kerja makmal dan penggunaan teknologi reka bentuk berasaskan komputer. Graduasi dalam bidang ini mempunyai peluang yang besar dalam bidang pembuatan, pemasaran perundingan kejuruteraan mekanikal dan elektrik dan industri pembinaan. Pelajar yang berminat dalam bidang ini akan melalui 6 semester sepanjang tempoh pengajian.
Prospek Kerjaya Kejuruteraan Mekanikal
Graduasi dalam bidang kejuruteraan mekanikal ini mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan mereka untuk menyertai dalam pasaran kerja sebagai:
- Eksklusif jualan teknikal
- Tenaga pengajar teknikal atau pensyarah
- Pembantu teknik
- Penolong pengurus perkhidmatan
- Penasihat servis
- Penyelia
- Penolong jurutera
- Otomotif
- Seni konduktor
- Perubatan
- Pembuatan
- Tenaga dan kuasa
- Kerjaya lain yang berkaitan bidang kejuruteraan bahan.
Gaji Kejuruteraan Mekanikal ( lepasan Ijazah Sarjana Muda ) Sektor awam
Gaji Minimum | Gaji maksimum | Kadar kenaikan tahunan |
RM 2360 | RM 8743 | RM 225 |
Sumber SPA : http://www.spa.gov.my/deskripsi-tugas/ijazah/1215
Untuk Gaji pekerjaan sektor swasta mungkin berubah jumlahnya dengan pertambahan elaun-elaun lain dan peningkatan prestasi.
Syarat Kemasukan
- Syarat yang paling utama ialah warganeraga Malaysia
- Pelajar perlulah mempunyai sijil pelajaran Malaysia ( SPM ) atau yang setaraf dengannya contohnya seperti lulusan APEL, Selain itu lulus mata pelajaran sejarah dan Bahasa inggeris
- Mendapat 5 kepujian dalam mata pelajaran lain contohnya Bahasa melayu , matematik , biologi dan lain- lain mata pelajaran yang ada dalam SPM
- Mendapat sekurang kurangnya kepujian ( gred c ) dalam peringkat SPM dalam mata pelajaran physics dan chemistry
- Perkara lain yang paling diambil kira dalam adalah calon mestilah tidak cacat anggota badan yang boleh menyukarkan mereka untuk mengendalikan kerja-kerja amali yang memerlukan mereka untuk mengendalikan bahan-bahan yang berat ataupun yang berbahaya
Objektif Pendidikan Kejuruteraan Mekanilkal
Melahirkan individu yang mahir dan berpengetahuan dalam bidang kejuruteraan mekanikal selaras dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang mempunyai kemahiran dalam bidang kejuruteraan mekanikal
Seterusnya melahirkann individu yang beretika dalam mengendalikan masalah praktikal dalam bidang kejuru teraan mekanikal. Selain itu melahirkan individu yang mahir berkomunikasi dan bijak dalam menunjukkan sifat kepimpinan dengan rakan sepasukan.
Selain itu, individu dapat menunjukkan kemahiran keusahawanan
Kelebihan Graduasi Bidang Kejuruteraan Mekanikal
Graduasi dalam bidang ini boleh memanfaatkan ilmu pengetahuan , pengalaman , dan kepakaran yang mereka miliki untuk mendirikan perniagaan sendiri dan berpeluang memiliki gaji yang tinggi.
Secara keseluruhannya, semasa menuntut dalam bidang ini pastinya individu akan mendapat pelbagai pengalaman ilmu yang membolehkan mereka Berjaya dalam bidang yang mereka ingini.. dalam bidang ini juga individu/ pelajar akan menjadi tenaga kerja yang separa professional yang mana bidang ini merangkumi teori dan amali yang mantap serta latihan industry bagi menyediakan pelajar menghadapi bidang kerjaya yang berkaitan bidang teknologi mekanikal yang mantap pada masa hadapan
terbaik info…