Mungkin ramai yang masih tidak mengambil peduli dengan kepentingan socso. Anda perlu tahu maksud SOCSO serta faedah jika anda dibawahnya.
Maksud SOCSO
SOCSO merupakan singkatan kepada Social Security Organization dalam bahasa inggerisnya adalah pertubuhan yang ditubuh untuk melaksanakan dan mentadbir skim-skim keselamatan social di bawah akta keselamatan social pekerja. Perkerja mendapat perlindungan berkaitan bencana pekerjaan seperti kemalangan sewaktu menjalankan tugas kerja, penyakit khidmat dan juga kematian.
Faedah SOCSO Kepada Pekerja
Terdapat 2 faedah dalam skim ini iaitu skim bencana pekerjaan dan skim keilatan.
Kebaikan skim bencana pekerjaan
Skim ini memberikan perlindungan kepada semua pekerja jika mengalami kecederaan ataupun kemalangan semasa bekerja.
- Faedah hilang upaya sementara / kekal
- Elaun layanan sentiasa
- Program return to work
- Faedah pengiurusan mayat
- Faedah pendidikan
- Faedah perubatan
- Faedah orang tanggungan
Kebaikan skim keilatan
Skim ini memberikan perlindungan kepada pekrja yang hilang upaya mahupun meninggal dunia ataupun sebarang sebab yang tiada kaitan dengan pekerjaan mereka.
- Pencen ilat
- Bantuan ilat
- Pencen penakat
Terdapat beberapa fungsi di dalam socso. Antaranya adalah :
- Mendaftarkan majikan dan pekrja
- Memproses tuntutan dan bayaran faedah kepada pekerja yang ditimpa kemalangan dan di bawah tanggunggannya.
- Memberikan pemulihan jasmani dan vokasional
- Memupuk kesedaran tentang keselamatan dan kesihatan dalam pekerjaan.
Untuk pengetahuan anda, sumbangan socso adalah wajib kepada pekerja Malaysia yang berpendapatan bawah RM3,000. Jumlah sumbangan socso ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :
- Skim bencana pekerjaan
- Pekerja yang belum mencapai umur 60 tahu perlu dicarumkan di bawah kategori ini
- Sumbangan dalam kategori ini adalah hanya mengambil sebanyak 0.5 peratus syer pekerja daripada gaji bulanan pekerja. Jika mempunyai angka yang lebih tinggi perlu dilaporkan kepada pihak berkenaan.
- Skim bencana pekerjaan sahaja
- Perkerja yang berumur 60 tahun keatas.
- Orang berinsurans yang masih bekerja dan mendapat pencen ilat juga mendapat kurang 1/3 daripada gaji bulanan purata sebelum menghidapi keilatan.
- Syer majikan adalah sebanyak 1.2 peratus daripada gaji bulanan.
[…] ini merupakan salah satu program di bawah Kementerian Sumber Manusia atau PERKESO. Program ini bagi memberi peluang menambah pengalaman bekerja dlaam jangka masa pendek. Pengalaman […]
[…] itu, pihak PERKESO menyarankan pihak graduan atau lepasan sekolah yang sedang mencari pekerjaan untuk mendaftar di […]