Musim memilih pengajian datang lagi, permohonan UPU kini memberi banyak peluang pengajian tidak kira ke universiti, institut kemahiran dan termasuk politeknik. Mana yang lebih baik, memilih Politeknik vs Universiti. Itu soalan yang kami terima menerusi respon pertanyaan kami. Hari ini kami kupas isu ini dan diharapkan ia bermanfaat untuk membantu anda memilih pengajian.


Politeknik VS Universiti Ada Kelebihan dan Kekurangannya
Sebelum kami huraikan lebih lanjut tentang pilihan antara Politeknik dan Universiti terlebih dahulu anda perlu tahu apa itu Politeknik dan Universiti. Sebenarnya ada beberapa kemasukan utama untuk ke Politeknik dan Universiti ini. Kemasukan paling popular ialah lepasan SPM/ setaraf. Bagi lepasan SPM/ Setaraf calon hanya boleh mohon peringkat Diploma dan kebawah untuk kedua-dua institusi ini. Jika tidak layak memohon diploma, calon boleh juga memohon untuk kursus pra diploma, Asasi atau pun Sijil.
Politeknik
Mungkin biasa kita dengar politeknik ini, jika dahulu politeknik ini dikenali sebagai institut yang menawarkan kursus peringkat sijil dan diploma. Fokus pembelajaran adalah kemahiran melebihi teori. Politeknik kini lebih baik dengan bukan sahaja menawarkan pengajian peringkat sijil dan diploma, tetapi kini mula menawarkan pengajian peringkat ijazah melalui Politeknik premier.
Senarai Politeknik Premier
Ketika ini, terdapat 3 Politeknik Premier iaitu :
- Politeknik Ungku Omar
- Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
- Politeknik Ibrahim Sultan
Senarai Politeknik Konvensional
NO | Politeknik Konvensional |
1 | Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang |
2 | Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kedah |
3 | Politeknik Kota Bharu, Kelantan |
4 | Politeknik Kuching, Sarawak |
5 | Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan |
6 | Politeknik Kota Kinabalu, Sabah |
7 | Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang |
8 | Politeknik Melaka, Melaka |
9 | Politeknik Kuala Terengganu, Terengganu |
10 | Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu |
11 | Politeknik Merlimau, Melaka |
12 | Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah |
13 | Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak |
14 | Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor |
15 | Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis |
16 | Politeknik Muadzam Shah, Pahang |
17 | Politeknik Mukah, Sarawak |
18 | Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang |
19 | Politeknik Jeli, Kelantan |
20 | Politeknik Nilai, Negeri Sembilan |
21 | Politeknik Banting, Selangor |
22 | Politeknik Mersing, Johor |
23 | Politeknik Hulu Terengganu, Terengganu |
24 | Politeknik Sandakan, Sabah |
25 | Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Johor |
Politeknik METrO
Satu lagi kategori Politeknik ialah politeknik METrO, politeknik ini adalah pengajian mengikut keperluyan setempat. Jika sesuatu tempat mempunyai pelajar yang mahu diadakah kursus kemahiran ( Kebiasannya sukatan jangkamasa pendek ) politeknik akan menawarkan pengajian tersebut berdasarkankeperluan setempat. Terdapat 5 Politeknik METrO iaitu :
- Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL)
- Politeknik METrO Kuantan, Pahang (PMKU)
- Politeknik METrO Johor Bahru, Johor (PMJB)
- Politeknik METrO Betong, Sarawak (PMB)
- Politeknik METrO Tasek Gelugor, Pulau Pinang (PMTG)
Universiti
Sebut Universiti pastinya semua akan tahu dan kenal, universiti ini ialah institusi pengajian tinggi yang mempunyai pengajian sehingga ke Doktor Falsafah PHD. Kemudahan diuniversiti ialah baik kerana segala keperluan adalah disediakan untuk pengajian tinggi termasuk dewan kuliah yang kondusif bersama tenaga pengajar yang terpilih.
Senarai Universiti Malaysia
Politeknik VS Universiti, Pilihan Mana Terbaik
Untuk memberi gambaran memilih Politeknik dan Universiti, dibawah kami sediakan perbandingan kedua institusi ini.
Politeknik | Universiti | Rumusan |
Pengajian berkonsepkan kemahiran | Bukan semua | Ada juga universiti yang mengutamakan kemahiran |
Pengajian sehingga Ijazah | Pengajian sehingga PHD | Politeknik perlu sambung ke universiti untuk pengajian lanjut |
Kos pengajian murah | Kos bergantung lokasi | Politeknik lebih murah namun demikian ada UA yang ada kos rendah |
Sambung belajar ke 4 institusi | Mudah sambung peringkat selanjutnya di universiti semasa | Politeknik juga mudah sambung pengajian, tetapi mudah untuk sambung di 4 IPT iaitu UTEM, UTHM, UMP, UNIMAP |
Jangkamasa pengajian Diploma 2-3 tahun | Jangkamasa pengajian Diploma 2-3 tahun | Jika dahulu Diploma 3 tahun, namun kini ia dipendekkan ke 2 tahun. |
Kelebihan Kerja Sendiri | Kelebihan Kerja “ Makan Gaji “ | Kedua-dua institusi ada potensi kerja “ Makan gaji “ tetapi politeknik lebih mudah bekerja sendiri kerana ia mengutamakan kemahiran |
Praktikal yang menyeluruh | Praktikal separa | Bergantung pada dasar sesetengah IPTA, ada juga yang melebihkan praktikal berbanding teori. |
Masih kurang pendedahan | Institusi lebih terkenal | Masih ada majikan yang belum sedar kredibiliti politeknik dengan hanya menganggap geraduan IPTA lebih baik. |
Kebolehupayaan kemahiran tinggi | Kebolehupayaan kemahiran sederhana | Graduan politeknik lebih mempunyai kemahiran pelbagai, namun demikian ia bergantung pada pelajar sendiri dari kedua-dua institusi untuk mencari sebanyak mungkin ilmu kemahiran |
Kemudahan yang sederhana baik | Kemudahan yang lebih baik | IPTA lebih lama bertapak dan mempunyai kemudahan yang sentiasa ditambahbaik, bukan semua juga politeknik yang mempunyai kemudahan yang sederhana baik. |
Kesimpulan Memilih Politeknik vs Universiti
Sebagai kesimpulannya, kedua-dua pilihan adalah terbaik. Namun demikian, kelebihan kepada seseorang adalah subjektif berdasarkan target kerjaya seseorang. Untuk membuat pilihan lebih tepat, pastikan anda membuat pilihan berdasarkan keupayaan dan target anda sendiri. Bagaimana untuk buat target kerjaya akan kami huraikan untuk penulisan akan datang. Pastikan target yang anda buat lebih selamat dan mempunyai banyak plan supaya jika tidak berjaya seperti dirancang, ada altenatif lain yang boleh digunapakai. Untuk membuat target kerjaya mungkin soalan ini boleh ditanya kepada diri anda sendiri :
- Kos apa yang saya layak?
- Kos apa yang saya minat?
- Jika tidak berjaya kerja, adakah mudah untuk memulakan bisnes?
- Adakah kos ini akan memerlukan ramai pekerja akan datang?
- Adakah selepas pengajian saya dapat berdikari sendiri?
- Pengajian mana paling dekat dengan saya?
- Saya ingin belajar hingga peringkat apa?
Pastikan anda membuat pilihan berdasarkan keupayaan dan target anda sendiri
Segalanya adalah atas pilihan anda sendiri, jika sesuatu institusi ini memenuhi minat, kelayakan dan target anda, maka pilihlah ia. Tidak juga perlu anda pilih samaada politeknik atau universiti. Kerapkali kami selalu berpesan, sebelum anda membuat keputusan, pastikan anda bertanya dulu senior yang telah mengikuti pengajian tersebut untuk kedua-dua institusi yang ingin anda pilih.
ambil politeknik diploma ni ad istilah gagal tk? sbb sy pun tk brpa pndai sngt lgi2 course yg sy ambil ni lbih kpada maths.tlong sesiapa boleh jawab
ada
Pingback: Permohonan Kemasukan Ke Politeknik & Kolej Komuniti Sesi 2022/2023
Saya sekarang bekerja di sektor kerajaan di jabatan perikanan. Saya lulusan spm dan nak amik diploma akuakultur..adakah ia berbaloi untuk sya menaiktaraf jawatan saya..jika saya nak amik di politeknik..Jika saya amik di UMT mana yang lagi bagus..? Umt atau politeknik..Adakah ia memberi jaminan untuk saya seandainya saya sudah habis pengajian..?
Nak tanya…adakah pelajar politeknik boleh mudah sambung di universiti teknikal sahaja? Kalau universiti lain…adakah lebih susah masuk? Dan susah tu susah macam mana (kalau susahlah)
Sama ja skrg ni.. ada juga universiti lain wujudkan pengajian teknikal. Kna pandai pilih universiti dan teliti sebaiknya syarat kemasukannya.