MARA : Program Pembangunan Bakat Muda

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

MARA : Program Pembangunan Bakat Muda 1

Program pembangunan bakat muda (YTP) adalah program penajaan pinjaman pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah. Ianya dikelola dibawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar cemerlang lepasan SPM 2020 yang mahu menyambung pengajian bermula di peringkat persediaan sehinggalah ke peringkat Ijazah pertama di Institudi Pendidikan Tinggi terpilih di dalam dan luar negara.

MARA : Program Pembangunan Bakat Muda

Program Pembangunan Bakat muda

Cara permohonan Program Pembangunan Bakat Muda ini adalah menerusi Portal Rasmi MARA mulai 19 APRIL 2021 (Isnin) sehingga 6 MEI 2021 (Khamis). Permohonan dibuka selama 18 hari sahaja. 

PERINGATAN!!!

Pemohon hendaklah mendaftar dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan. Pemohon juga dikehendaki membaca dan memahami garis panduan yang telah disediakan nsebelum membuat permohonan.

Syarat Permohoan Program Pembangunan Bakat Muda

Syarat umum permohonan Program Pembangunan Bakat Muda ini adalah:-

1) Pemohon DAN salah satu ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia

2) Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK TERSENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA

3) Menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020 buat kali pertama

4) Pemohon TIDAK menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk penajaan penagjian dan peringkat yang sama.

Info Tambahan :  Biasiswa SPM dan Setaraf: 5 Senarai dan Tips

Syarat kelayakan Akademik bagi melayakan anda memohon Program ini adalah:-

A) Pemohon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya:-

  • Tiga (A) bagi mana-mana mata pelajaran dan kredit bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan Percubaan SPM 2020 ATAU
  • Tiga (A) bagi mana-mana mata pelajaran dan kredit bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Peperiksaan akhir tahun Tingkatan 4 2019 (bagi pemohon yang tiada keputusan percubaan)

B) Syarat KELAYAKAN Akademik bagi memastikan anda DITAWARKAN ke Program ini adalah:-

  • Pemohon hendaklah memperolehi SEKURANG-KURANGNYA 6A- BAGI KEPUTUSAN SEBENAR SPM 2020.
  • Perincian kelayakan boleh merujuk dalam senarai kursus dan syarat kelayakan program semasa permohonan dibuka

PERINGATAN!!!

Selain daripada calon WAJIB lepas syarat umum dan akademik untuk memohon kemasukan Program ini, calon juga perlu dinilai menerusi Ujian psikometrik dan penglibatan di dalam bidang kokurikulum.

Bagi calon yang TIDAK melelpasi syarat permohonan akademik sebelum keputusan SPM keluar tetapi setelah keputusan SPM 2020 keluar anda LAYAK dan lepas syarat kelayakkan penawaran. Anda boleh membuat permohonan dalam tempoh seminggu selepas keputusan SPM 2020 dikeluarkan.

Permohonan perlu dikemukakan berserta saliann dokumen seperti dibawah:-

  • Kad penegnalan pemohonan, ibu dan bapa
  • Sijil kelahiran pemohon, ibu dan bapa
  • Keputusan percubaan SPM 2020 DAN
  • Keputusan sebenar SPM 2020
Info Tambahan :  Pengalaman Belajar Luar Negara: 6 Kelebihan dan Kekangan

PERINGATAN!!!

Keputusan tawaran ke Program Pembangunan Bakat Muda (YTP) ini adalah menerusi keputusan SPM 2020 dan hanya calon SPM 2020 sahaja yang boleh melakukan permohoan dan layak ditawrakan ke dalam program ini.

Calon perlu memastikan maklumat lengkap sebelum permohonan atas talian dihantar. Antara maklumat yang perlu dilengkkapkan adalah:-

  • Maklumat peribadi dan keluarga
  • Cadangan pengajian
  • Ujian Psikometrik

Program Pembangunan Bakat muda

“Ujian ini dilakukan secara atas talian sebelum anda selesai menghantar permohonan”
  • Perakuan Keterangan

Pemilihan kursus adalah sebanyak 2 pilihan kursus dalam satu masa. Walaubagaimana sekalipun, pihak MARA boleh menawarkan kursus yang lain mengikut mata merit pemilihan serta jumlah kuota bagi sesuatu kursus. Sebarang permohonan dan pertukaran kursus adalah TIDAK DIBENARKAN. Kursus yang tertentu sahaja akan menduduki sesi temuduga dan bukan semua kursus perlu menduduki temuduga.

Menerusi program ini, anda akan ditawarkan pinjaman pelajar di peringkat persediaan merangkumi Yuran pengajian. Elaun sara diri serta Elaun Pengangkutan. Elaun pengangkutan hanya LAYAK ditawarkan kepada pelajar semenajung yang mendapat tawaran pengajian ke Sabah/ Sarawak atau pelajar Sabah/ Sarawak yang ke semenanjung. Tawaran ini akan diteruskan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama. 

INFO!!!

Bagi tawaran untuk sambung pengajian ke luar Negara, ianya tertakluk kepada arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pihak berkuasa negara berkaitan dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaa boleh menghubungi pihak MARA menerusi email http://[email protected].

Diharapakan perkongsiaan ini bermanfaat kepada calon lepasan SPM 2020. selamat memohon ke Program Pembangunan Bakat Muda (YTP) MARA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *