MARA : Program Pemulihan Kredit 2021

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

 

MARA

Program pemulihan kredit 2021 adalah satu program pemulihan kredit melalui Penjadualan dan Penstrukturan (R&R) semula bayaran balik Skim Pembiayaan Perniagaan. Ianya bagi membantu usahawan yang terkesan dapat meneruskan kelangsungan perniagaan dengan menyusun semula kaedah bayaran balik agar lebih tersusun dan munsabah. 

TAHUKAH ANDA!!!

Maksud Penjadualan dan Penstrukturan (R&R) bermaksud penyusunan semula bayaran balik ansuran pembiayaan dalam tempoh tertentu yng ditetapkan oleh pihak MARA. Walaubagaimana sekalipun, pelanggan tidak dapat membuat bayaran ansuran mengikut terma asal kerana masalah tertentu yang dihadapi di dalam perniagaannya.

Disebabkan pandemik COVID -19 ini terlalu banyak perniaga yang terkesan sehingga ada yang gulung tikar kerana tidak mampu untuk membaiyaan hutang yang banyak. Justeru itu, pihak MARA telah mengambil satu langkah kehadapan untuk membantu usahawan yang terkesan akan pandemik ini.

Sekiranya anda mengalami masalah seperti:-

  • Menghadapi kesukaran membayar balik pembiayaan perniagaan
  • Aliran tunai syarikat anda ketat
  • Pertukaran ansuran bulanan yang lebih rendah ketika ini
  • Perlukan peluang kedua untuk terus mendapatkan kemudahan MARA
  • Ingin memperbaiki skor kredit

Sekiranya anda mempunyai masalah seperti diatas, anda boleh mengikuti Program Pemulihan Kredit seperti yang dianjurkan oleh pihak MARA. Walaubagaimana sekalipun, ianya tertakluk kepada terma dan syarat yang telah diberikan oleh pihak MARA.

MARA : Program Pemulihan Kredit 2021

MARA

Program Pemulihan Kredit 2021 mempunyai dua kaedah seperti:-

a) Penjadualan semula dengan pemanjangan tempoh bayaran balik sehingga 36 BULAN

Info Tambahan :  110 Jawatan Kosong SPA9 Untuk Lulusan SPM/SVM

b) Penstrukturan semula bayaran balik dengan menukar kaedah bayaran balik daripada secara sekaligus kepada secara bulanan sehingga 120 BULAN.

Walaubagaimana sekalipun, Program Pemulihan Kredit ini tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak MARA. Justeru itu, pemohon WAJIB merujuk semula dengan pegawai yang berkaitan berkenaan dengan terma dan syarat yang ada.

Bagi mereka yang mahu mengikuti Program Pemulihan Kredit 2021 ini, pemohon WAJIB menyediakan dokumen seperti:-

  • Surat Permohonan R&R
  • Penyata Kewangan beraudit 2 tahun terkini
  • Akaun Pengurusan (6 bulan terkini)
  • Penyata bank 3 bulan terkini (untuk perniagaan )
  • Maklumat lain-lain pendapatan (SEKIRANYA ADA)
  • Surat kebenaran penjamin untuk memohon R&R

Cara untuk menghantar permohonan adalah seperti di bawah ini:-

Lengkapkan borang permohonan di pautan https://www.mara.gov.my/program-pemulihan-kredit/. Sebarang pertanyaan mengenali R&R juga boleh diajukan kepada Pentadbitan R&R Negeri masing-masing.

ATAU

Anda boleh mengimbas QR code ini bagi membuat permohonan R&R ini.

MARA


Anda boleh menghubungi :-
R&R Careline di talian 019-2445121/ 019-2710449
Email : [email protected]¬†

Kriteria Pemilihan PelanganPenjadualan dan Penstrukturan (R&R)

Menerusi Program Pemulihan Kredit, terdapat beberapa kriteria pemilihan pelangan yang perlu diambil kira oleh pihak MARA. Antara, kriteria pemilihan pelangan adalah seperti:-

i. Pelanggan masih menjalankan perniagaan dan berdaftar dengan SSM

ii. Umur peminjam dan penjamin TIDAK MELEBIHI 60 tahun ketika memohon R&R

iii. Pelanggan mempunyai keupayan untuk membayar ansuran bulanan tanpa gagal

Info Tambahan :  Cara Pendaftaran Dan Keistimewaan OKU Berdaftar

iv. Pelanggan perlu menjelaskan sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%) daripada jumlah tunggakan untuk penjadualan semula

v. Manakala, untuk penstrukturan semula, pelanggan perlu MENJELASKAN sekurang-kurangnya dua puluh peratusan (20%) daripada baki pembiayaan termasuk kadar keuntungan dan segala caj yang telah didebitkan di dalam akaun lama

vi. Walaubagaimana sekalipun, kadar bayaran komitmen yang lebih rendah tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Melulus

vii. Sekuriti dalam bentuk cagaran dan penjamin tidak melepaskan sehingga pembayaran balik diselesaikan

viii. Sekiranya berlaku keingkaran dalam membuat bayaran balik selepas kelulusan diberikan, Tindakan penguatkuasaan boleh diteruskan 

Syarat Kelayakan Penjadualan dan Penstrukturan (R&R)

Antara syarat kelayakan penjadualan dan penstrukturan (R&R) adalah seperti:-

  • Semua jenis pembiayaan layak diberi pertimbangan untuk R&R
  • Perniagaan pelanggan menghadapi SEKURANG-KURANGNYA salah satu situasi seperti berikut:-
    • Projek atau perniagaan ditimpa bencana seperti kebakaran, banjir, tanah runtuh, kecurian, rusuhan , pandemik (wabak penyakit yang merebak tanpa kawalan)
    • Pernigaan menerima impak di atas Kementerian/ pertumbuhan ekonomi
    • Pelangan menghidap penyakit kritikal atau ditimpa kemalangan yang mengambil masa untuk pulih.

Diharapakan dengan perkongsian ini dapat membantu perniagan yang sedang menghadapi masalah untuk terus teguh pada musim pandemik ini. Jangan pernah berputus asa akan setiap dugaan dengan dihadapi kerana setiap dugaan akan ada jalan penyelesaiannya.

***APA YANG PERLU DILAKUKAN ADALAH ANDA PERLU DOA, USAHA, IKTIAR DAN TAWAKAL KEPADA ALLAH SETELAH BERUSAHA***
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments