Masa Anda Bersama Anak Anda

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Masa Anda Bersama Anak Anda 1

Anak adalah anugerah yang tak ternilai, ia tambah bernilai jika anak mampu berjaya dalam hidupnya tidak kira dalam aspek jasmani, emosi, rohani ataupun intelektual. Untuk mendapat anak yang berjaya ia perlu di asuh bermula dari rumah lagi. Namun demikian tanpa anda sedari mungkin terlalu kurang waktu anda bersamanya. Hal ini mungkin sesetengah ibu bapa yang terlalu asik mengejar nama, pangkat, serta wang sejajar dengan cabaran dunia yang semakin meningkat kini. Tidak mustahil akibat kurang masa ibu bapa bersama anaknya meningkatkan lagi masalah sosial akibat dari kurang perhatian ibu bapa.

Dengan mengambil kira sehari adalah 15 jam ( ditolak waktu tidur ), waktu bekerja 9 jam ( pukul 7 pagi – 4 petang ), waktu anak bersekolah 7 jam ( 7 pagi – 2 ptg ), waktu bermain anak 3 jam ( 4 ptg – 7 mlm ) Cuti seminggu ialah pada hari sabtu dan ahad, perkiraan ibu bapa bersama anak dan anak bersama ibu bapanya adalah seperti berikut :

Harian

10 jam kerja

Info Tambahan :  5 Tips Mudah Mengawal Stress Semasa belajar

4 jam bersama anak

9 jam bersama rakan

Mingguan

50 jam kerja

44 jam bersama anak

51 jam bersama rakan

bulanan

200 jam kerja

176 bersama anak

204 bersama raka n

Tahunan

2400 jam kerja = kerja 160 hari,6 bulan

2112 bersama anak

2448 bersama rakan

* beza 288 jam xbersama anak, beza 336 jam anak kita dipengaruhi oleh rakan

Dalam sehari :

  • Kita 10 jam bekerja
  • Kita 4 jam bersama anak
  • Anak 9 jam bersama rakan

Dalam seminggu

  • Kita 50 jam bekerja
  • Kita 44 jam bersama anak
  • Anak 51 jam bersama rakan

Dalam sebulan

  • Kita 200 jam bekerja
  • Kita 176 jam bersama anak
  • Anak 204 jam bersama rakan

Dalam setahun

  • Kita 2400 jam kerja bersamaan kerja 160 hari atau kerja meninggalkan anak selama 6 bulan
  • Kita 2112 jam bersama anak
  • Anak 2448 jam bersama rakan

* Beza 288 jam tidak bersama anak, beza 336 jam anak kita dipengaruhi oleh rakan

Kalau dilihat sebenarnya boleh tahan juga anak kita bersama dengan rakannya, dan kita pula lama betul bekerja tinggalkan mereka dirumah, jika dihimpunkan kita seolah bekerja meninggalkan rumah selama 6 bulan tanpa pulang ke rumah. Sehari 9 jam mereka bersama rakan-rakannya, apa yang mereka belajar? Dalam sehari hanya 4 jam sahaja kita bersamanya..apa pulak yang kita sempat ajarkan? nasib baik ada cuti sabtu dan ahad, tapi mungkin juga masa tu kita gunakan untuk keluar dengan rakan, kerja sampingan, mengadap komputer, chating, main permainan komputer, mungkin juga sesetengah ibu bapa yang bawa kerja ke rumah termasuk juga hadir kursus-kursus serta kerja lebih masa, masa terbuang dengan perjalanan jauh pergi dan balik ke rumah, Mungkin juga waktu seharian bersama anak berkurang sebab diri letih terlalu sibuk kerja dan mengambil keputusan untuk rehat dengan tido dan banyak lagi yang tidak diambil kira sehinggakan ada yang bukan sahaja tiada bersama dengan anak malahan mengorbankan waktu tidurnya. Mungkin perlu untuk kita fikirkan, masa depan sebenarnya perlu untuk kita rancang bermula dari hari ini.

Info Tambahan :  5 Tips Mudah Mengawal Stress Semasa belajar

 

Leave a Reply