Kami menerima pertanyaan masalah nombor Pin/ Unik ID UPU salah dan hilang oleh pemohon. Nombor pin atau nombor Unik ID UPU adalah wajib ada untuk pemohon memohon menggunakan Online UPU 2013. Nombor pin/unik id tersebut boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional berdekatan dan harganya dibezakan mengikut tahap samaada SPM atau STPM/setaraf.
Sekiranya nombor pin/unik id yang dibeli tidak boleh diguna atau salah, mungkin pengguna boleh semak dan menaip berulangkali dan pastikan komputer tidak menggunakan capslock. Jika masih salah lagi kemungkinan anda telah salah membeli nombor pin/unik id. Kesalahan yang berlaku biasanya ialah dengan membeli pin tersebut sebelum 10 November 2012. Sepatutnya untuk permohonan tahun ini perlulah menggunakan pin/unik id yang dibeli selepas 10 November 2012. Jika anda boleh menggunakan nombor tersebut maka nombor anda adalah betul.
Untuk mengenalpasti nombor anda adalah betul atau tidak, cuba lihat tarikh pembelian yang tercatat pada resit pembelian, Jika sebelum 10 November 2012 maka perlulah anda membeli semula di kaunter BSN ataupun menghubungi CIkgu/kaunselor untuk mendapatkan nombor yang betul.
Masalah Hilang Nombor Pin/ Unik ID UPU
Jika nombor yang telah dibeli hilang, mungkin akibat dari anda membuat kesilapan atau kecuaian sendiri. Anda perlu membelinya semula di Kaunter BSN terdekat dengan harga RM 10.60 bagi lepasan SPM& SKM dan RM 15.60 bagi lepasan STPM/STAM/Matrikulasi/Diplma/setaraf.
Kenapa saya tidak dapat no pin saya . Selepas Saya bayar. Tidak ada sebarang maklumat mengenai no pin saya
Assalamualaikum. Pin UPU boleh beli lagi tak sekarang di BSN bagi calon SPM.
ASALAMUALAIKUM.. BOLEH SAYA TAU CARA UNTUK DAPATKAN KEMBALI SLIP PERMOHONAN UPU SAYA YANG TELAH SAYA MOHON…SEKIAN TERIMA KASIH
Comment: jikalau pin ulangan stpm saya hilang ? bagaimana haruskah saya membeli pin tersebut semula ? atau minta semakkan semula ?
No pin upu tercicir selepas bsn tutup. Macam mana nak buat?
saya dah beli no pin utk stpm awal,tapi bila dapat result kurang memberangsangkan,saya nak mohon balik upu untuk lepasan spm..perlukah saya beli no pin yang baru
Soalan Yang sama juga dari saya
boleh tanya ? kalau resit yang diterima dari bank tercicir hilang ? tapi no. pin upu masih saya ingat ..masih boleh digunakan?
saye dah penah isi ,tapi waktu nak semak semula tu no pin hilang.
salam no pin saya ingat.tapi resit bsn tu hilang.jadi macam mane?
Sekiranya terlupa nombor pin tersebut?
Boleh tanya, kalau tersalah beli pin sebab saya masih mengambil stpm. bagaimana cara untuk menuntut balik duit beli pin upu? atau memang tak boleh dah? duit tu dibayar terus ke?