Masalah Hilang dan Nombor Pin UPU Salah

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Kami menerima pertanyaan masalah nombor Pin/ Unik ID UPU salah dan hilang oleh pemohon. Nombor pin atau nombor Unik ID UPU adalah wajib ada untuk pemohon memohon menggunakan Online UPU 2013. Nombor pin/unik id tersebut boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional berdekatan dan harganya dibezakan mengikut tahap samaada SPM atau STPM/setaraf.

Sekiranya nombor pin/unik id yang dibeli tidak boleh diguna atau salah, mungkin pengguna boleh semak dan menaip berulangkali dan pastikan komputer tidak menggunakan capslock. Jika masih salah lagi kemungkinan anda telah salah membeli nombor pin/unik id. Kesalahan yang berlaku biasanya ialah dengan membeli pin tersebut sebelum 10 November 2012. Sepatutnya untuk permohonan tahun ini perlulah menggunakan pin/unik id yang dibeli selepas 10 November 2012. Jika anda boleh menggunakan nombor tersebut maka nombor anda adalah betul.

Info Tambahan :  Tingkatan Enam: Subjek, Mod dan Tips Berjaya 2023

Untuk mengenalpasti nombor anda adalah betul atau tidak, cuba lihat tarikh pembelian yang tercatat pada resit pembelian, Jika sebelum 10 November 2012 maka perlulah anda membeli semula di kaunter BSN ataupun menghubungi CIkgu/kaunselor untuk mendapatkan nombor yang betul.

Masalah Hilang Nombor Pin/ Unik ID UPU

Jika nombor yang telah dibeli hilang, mungkin akibat dari anda membuat kesilapan atau kecuaian sendiri. Anda perlu membelinya semula di Kaunter BSN terdekat dengan harga RM 10.60 bagi lepasan SPM& SKM dan RM 15.60 bagi lepasan STPM/STAM/Matrikulasi/Diplma/setaraf.

12 thoughts on “Masalah Hilang dan Nombor Pin UPU Salah

  1. Kenapa saya tidak dapat no pin saya . Selepas Saya bayar. Tidak ada sebarang maklumat mengenai no pin saya

  2. ASALAMUALAIKUM.. BOLEH SAYA TAU CARA UNTUK DAPATKAN KEMBALI SLIP PERMOHONAN UPU SAYA YANG TELAH SAYA MOHON…SEKIAN TERIMA KASIH

  3. saya dah beli no pin utk stpm awal,tapi bila dapat result kurang memberangsangkan,saya nak mohon balik upu untuk lepasan spm..perlukah saya beli no pin yang baru

  4. boleh tanya ? kalau resit yang diterima dari bank tercicir hilang ? tapi no. pin upu masih saya ingat ..masih boleh digunakan?

  5. Boleh tanya, kalau tersalah beli pin sebab saya masih mengambil stpm. bagaimana cara untuk menuntut balik duit beli pin upu? atau memang tak boleh dah? duit tu dibayar terus ke?

Leave a Reply to Syakir Sudin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *