Masalah Hilang No pin UPU Permohonan 2013

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Masalah Hilang No pin UPU Permohonan 2013 1
Pin UPU

Kami menerima pertanyaan, pemohon UPU yang hilang no pin UPU yang telah dibeli di BSN berhampiran. Untuk memohon dan mengemaskini permohonan pemohon perlu menggunakan no Pin yang dibeli di Bank Simpanan Nasional tidak kira apa jua kategori permohonan seseorang itu.

Kebiasaanya no pin akan tertulis di resit pembelian no Pin UPU, adalah lebih baik jika nombor tersebut juga ditulis ditempat lain ataupun resit tersebut difotostat supaya masih ada lagi rujukan sekiranya berlaku kehilangan no Pin UPU yang dibeli.

Sekiranya no pin tersebut hilang sebelum selesai keseluruhan permohonan UPU. Masalah ini tidak dapat diselesaikan melainkan pemohon membeli semula nombor pin tersebut di kaunter BSN untuk mendapatkan nombor PIN permhonan UPU dan mengakses system permohonan. Berikut adalah harga pin BSN :

  • Lepasan SPM/SKM/Setaraf : RM10.60
  • Lepasan STPM/Setaraf : RM15.60
Info Tambahan :  BUDI Sabah 2023: Permohonan, Syarat dan Tunai

Sebagai peringatan penting, no pin dan permohonan hanya boleh digunakan 3 kali sahaja. Ini bermaksud, memasukkan no pin untuk kemaskini termasuk memohon UPU hanya boleh membukanya sebanyak 3 kali sahaja. Pemohon adalah dinasihatkan menggunakan dengan sebaiknya peluang yang ada dan meneliti sebaiknya ketika permohonan dan pengemaskinian yang dibuat semasa memohon.

Tips Penting : Untuk menggunakan sebaiknya peluang 3 kali kemaskini, calon lepasan SPM, STPM & STAM 2012 digalakkan melengkapkan permohonan dahulu kini dan mengemaskini semula permohonan selepas keputusan peperiksaan diumumkan nanti.

Diharapkan maklumat ini jelas bagi membantu pelajar yang mengalami masalah hilang pin UPU atau ingin maklumat bekenaan Pin UPU.

17 thoughts on “Masalah Hilang No pin UPU Permohonan 2013

  1. saya beli pin upu. tetapi tak sempat kemaskini permohonan upu saya. dan skg hujung bulai julai akan kluar result upu. dan sya juga kehilangan pin upu saya slps kejadian banjir d kg saya. saya ingin memohon permohonan upu yg di buka pada ogos bulan depan ini. apa paut saya buat ada kah saya perlu membeli semula pin?

  2. Macam mna nk beli no pin UPU?Boleh x klau sy beli no pin UPU pd tahun hadapan kerana saya tidak dpt mengambilnya?Apa yg perlu sy buat?

  3. puan tuan .mohon sangat bantu saya ni .kalau saya dah lengkap mohon upu .Then no pin upu sye hilang .Bagaimana saya nak umat semakan keputusan upu ?Bantu saya

    1. saya pun macam itu.Adakah saya gagal untuk check akaun upu saya?adakah saya gagal untuk pergi ke uni?tapi saya telah memohon?

  4. saya dah buat akaun upu dan bru ni sy kehilangan pin dan password yg sy masukkan utk log in tak diterima.mcmne nak buat yer?.perlu ke sy beli no pin bru dan bt akaun bru? sy dh cuba hubungi upu tetapi tiada balas

  5. Assalam…nie saya Hancs….sye nk tnya klau hilang pin upu sye….tpi sye blom mohon mana2 ipta lgi….macam mana nk dpt balik pin upu tu??? sye hilang slip upu tu …mohon penjelasan ????? sye bli tahun lepas 2015 bulan Mac

  6. saya nak tanya,,jika saya telah pon beli no pin upu pada tahun lepas iaitu pada 8 oct 2015 dan tarikh expired no pin upu tu 31 disember 2015 ,adakah perlu saya beli no pin upu yang baru?

  7. Assalam. Tumpang tanya, ada cara lainkah untuk mengetahui semula no pin matrik atau no siri permohonan yang telah hilang? Permohonan telah berjaya dihantar tetapi no siri permohonan terhilang atas kecuaian sendiri. Bagaimana caranya untuk menyemak semula permohonan tersebut?

    1. saya pun sama, harap dpt pencerahan secepat mungkin. adakah pin upu diperlukan untuk proses cek keputusan upu nnt.

  8. ny sya nk tanya,sya dah isi borang permohonan untuk ke politeknik konvensional di website UPU..adakah saya masih boleh lagi mengisi borang untuk ke ipta??~..adakah ia dikira 2 permohonan??

    1. Kalau sebelum2 ni boleh.. utk terbaru ni kami tak betul semak lagi..tapi biasanya boleh sebab politeknik dan IPTA ada bezanya.

Leave a Reply to Meyu Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *