- Permohonan UPU, Kementerian Pegajian Tinggi
Permohonan fasa 1 telahpun berakhir, terdapat banyak masalah dan pertanyaan diajukan bekenaan permohonan UPU ke IPTA dan Politeknik bagi tahun 2012 ini. Bagi membantu, saya sediakan sedikit maklumat tentang masalah yang selalu ditanya bekenaan permohonan ini dimana sumbernya diambil dari Buku Panduan permohonan yang diterbitkan oleh Jabatan Pengajian Tinggi.
Apa itu fasa 1 dan fasa 2 ?
Permohonan UPU ini mempunyai fasa 1 dan fasa 2,
- Fasa 1: Pendaftaran Maklumat Permohonan
- Fasa 2 : Pengesahan Permohonan Dan Pilihan Program Pengajian
Bila fasa 1 dan fasa 2 dibuka ?
- Fasa 1 : 15 November – 31 Disember 2011
- Fasa 2 : 9 Januari – 2 April 2012
Saya terlepas untuk permohonan fasa 1. Boleh mohon lagi tak?
Boleh, calon yang tidak berpeluang mohon semasa fasa 1 juga dibenarkan mengemukakan permohonan fasa 2 mengikut prosedur yang telah ditetapkan .
Penggunaan no Pin ?
No pin digunakan semasa permohonan fasa 2 nanti. No pin digunakan untuk kemudahan mengakses permohonan fasa 2, gagal membeli no pin membuatkan permohonan fasa 2 tidak boleh diakses.
Saya telah membeli no pin awal, no pin ada tarikh luput?
Tidak ada, simpan baik-baik no pin, gunakan semasa permohonan fasa 2 nanti. Namun demikian no pin UPU ini sah bagi permohonan tahun 2012 ini sahaja.
Boleh tak kemaskini dan berapa kali boleh kemaskini?
- Calon boleh kemaskini untuk fasa 1 dan lebih mudah untuk kemaskini semua maklumat bila fasa 2 nanti.
- Pemohon dibenar mengemukakan satu kali permohonan dan 3 kali proses kemaskini sehingga tarikh tutup permohonan.
Apa yang ada pada permohonan fasa 2 nanti ?
- Maklumat peribadi
- Maklumat pekerjaan & keluarga
- Mengisi maklumat akademik
- Maklumat kokurikulum
- Mengisi maklumat pilihan program, memilih 3 bidang mengikut keutamaan, memilih 8 program pengajian mengikut keutamaan.
- Lain-lain maklumat tambahan seperti pernyataan ya atau tidak setuju tawaran selain 8 pilihan yag dipilih, Setuju/tidak terima SMS maklumat, Setuju/tidak maklumat diberi pihak ke tiga, setuju/tidak terima wang pinjaman pendahuluan ( WPP ) PTPTN
Setakat ini, masalah diatas sahaja yang sempat saya ingat. Mungkin ada pertanyaan lain dan jika ada, saya akan update seterusnya nanti. Diharapkan jawapan kepada masalah permohonan UPU bagi kemasukan ke IPTA dan Politeknik primer 2012 ini membantu.
Salam. Fasa 2 nanti yg ad bertanda ‘#’ pun bley ubah ke nnti N adakah kita dapat ubah kesemua pilihan kita atau pilihan 1 – 4 dah xleh ubah? Mksh 🙂
saya dah daftar “Kemasukan Ke UA/ Politeknik Premier” kalau saya nk daftar “Kemasukan Ke Politeknik Konvensional/METrO,Kolej Komuniti & ILKA” pulak kenapa tak boleh???
assalamualaikum , saya nak tanye .
saya lpasan SPM 2014 . saya dah isi UPU ambil yg kemahiran (KK,IKBNdll) sbelum result keluar lagi , saya dah hantar dan print maklumat tuh . kawan-2 ade ckap suruh kemaskini balik isi result n markah koko . bile saya buka tu boleh , tapi tak ade pun suruh isi result n markah koko . saya takut saya da tersalah isi dan hantar . ape yg patut saye buat ? saya kene beli nom pin lain n isi pulak ke ?
Assalaamualaikum . saya nak tanya, saya dah isi borang permohonan kat upu yang buka pada januari 2015 … tapi saya tak boleh nak cetak borang permohonan tu.. sebab link untuk borang tu dah tak ada..macam mana nak buat? takpe ke kalau tak cetak borang tu?
harap dapat membantu :))
saya nak tanya, saya dah isi borang permohonan kat upu yang buka pada januari sampai april… untuk sarjana muda.. tapi saya tak boleh nak cetak borang permohonan tu.. sebab link untuk borang tu dah takde..macam mana nak buat? takpe ke klau tak cetak borang tu? please reply
ASsalamualaikum.Nak minta apa ni pandangan….
Saya lepasan SPTM 2014 dan masih menunggu keputusan ulangan …yg sedihnya
saya tersalah isi kursus yang patut saya pilih dengan betul…dan saya telah hantar yg
salah…apabila saya nk masuk dlm 2 tiga hari ini kenapa x dapat …saya cuba nk baiki
semula… agar sesuai dengan kelayakan yang saya ada..pohon petunjuk macam mana
cara nya untuk baiki balek borang yang telah hantar ke UPU…akibat x pandai maka
pakai isi dan hantar saja..
sekian.
salam.. kalo saya memohon ijazah dan diploma serentak adakah di bolehkan dengan menggunakan no pin upu yang berlainan bagi kategori yg berlainan ? terima kasih
saya juga ingin bertanya. mengapakah calon yang mengulang satu subjek pada bulan julai tidak dapat memohon uitm di dalam borang upu?
Assalamualaikum. saya tersilap memilih kategori. saya ingin mengisi semula tetapi setiap kali saya cuba isi semula di keluarkan kenyataan “anda telah memohon”. Tetapi saya telah tertekan/terpilih kategori saya. sya pengambil spm 2011 dan telah mengulang satu subjek pada 2012. bagaimana dgn permohonan saya?
saya dah isi borang permohonan upu ni tapi dia kata saya bukan kategori A dia suruh ke kategori c tak faham langsung , kekawan semua isi ok pulak . kenapa ?
Sya sudah Sah & hantar permohonon sya dan “Permohonan anda telah SELAMAT DITERIMA OLEH SISTEM”…tetapi Setelah sya kemaskini saya dapati “Permohonan belum DITERIMA OLEH SISTEM” tetapi sya x mmbuat sebarang prubahan hnya melihat shja…perlukah sya sah & hntar smula?
salam.
sy pelajar lepasan STPM,sy ingin tnya,
sy kemaskini upu sy, dan tiba2 bila sy click step seterusnya terus keluar maklumat tentang pelajar lain, apabila sy membuka emel sy, upu tlh mnghantar emel kpd sy dan megatakan sy telah membuat pengesahan walhal sy tidak langsung click pengesahan.. 2 kali sy terkena mcm ni.jadi, sy cuma ada sekali sahaja untuk mengemaskini borg tu. jika hal ini berlaku pd sy lagi semasa sy menggunakan peluang sekali tu nnt, apa yang patut sy lakukan? :'(
tlg lh..,sy sgt2 memerlukan jawapan..:'(
salam,
saya dh kemaskini upu melebihi 3x.. saya pnya pemohonan belum lengkap lagi dan ada maklumat yg tersalah.. perlukah saya membeli no pin ya baru?? bgaimna cara saya nk selesaikn msallh saya ni??
harap sudi berikan respond..
saya terlepas upu fasa 2..adakah sah permohonan saya?
assalamualaikum,jika saya tersalah isi pada ruangan PLKN,bagi permohonan stpm dan setaraf pada fasa satu,adakah saya boleh menukarnya pada fasa 2 nanti?
selamat sejahtera..macam mana nak cetak semula borang upu yg telah selamat hantar? salinan borang saya yang terdahulu hilang.
Assalamualaikum..
Saya dah mohon IPTA, Kemudian saya tak sempat mohon TEVT/ILKA untuk politeknik biasa (bukan premier). Prmohonan online dah tutup 2 April yang lalu. Saya tidak sempat membuat permohonan itu, adakah saya perlu membuat rayuan atau pergi sendiri ke politeknik?
salam..saya pelajar lepasan STPM.saya sudah apply UPU dan sudah tekan butang sah dan hantar..
hari ini saya cuba nak tengok balik slip stpm saya.apabila saya masukkan No.kadpengenalan saya sistem cakap permohonan belum dibuat..tetapi saya sudah pun membuat permohonan..saya amat perlukan bantuan atau advice..bolehkah saya contatc orang UPU atau saya perlu tungggu hingga sesi rayuan???
Salam, nak tanya kalau saya terlepas tarikh untuk pemohonan kemasukan ipta bagi lepasan diploma. nak buat macam mane ye?saya dah beli no pin awal dah. tapi masa saya cuba awal2 tu. dia tidak boleh nak teruskan jadi saya x tahu macam mane nak buat..dia ada lanjutkan pemohonan x?
assalamualaikum..
saya nak tanya,slip permohonan kemasukan ke ipta perlu di print atau tidak ?
salam..saya sudah buat permohonan ke ipta fasa 2, tapi saya ada mengalami masalah mengisi borang. dalam borang tu ada menyatakan kategori tempat tinggal anda sama ada luar bandar atau bandar, so saya tertulis kategori luar bandar. agak-agak borang saya di terima atau tidak?
Salam..rasanya tak apa..jangan bimbang..
TOLONG…….lanjutkan lagi tarikh pengambilan ….pada tarikh yang baru…..?????????
assalammualaikum ….mcm mna sudah terlepas pemohonan…..tarikh dah tutup…….mcm mna nak pohon ar…..tak kn tidak dah lagi pengambilan dengan tarikh yg baru……?help……
minta tanya tarikh last mohon upu ari ni tapi sye tak sempat mohon sebab masalah mengenai no pin .nleh tak saye membuat permohonan selepas tamat tarikh permohonan
Dah tentu tidak boleh..tapi mungkin ada rayuan nanti..
assalamualaikum..saya nak tanya..saya rasa saya da terguna melebihi 3x ..sebelum ni mmg saya tak tau pun pasal ade 3 pluang ni.. nak buat macam mana ni ? mestila dia ta terima yg latest kan ? ataupun die tk terime semua?? perlu ke saya beli no pin baru?? ade jual lg ke? ya allah !! tolong saya.. minta penjelasan untuk persoalan saya ni..saya minta tlg sgt.. tlg balas komen saya ni..
salam. saya dah buat kemaskini untuk upu sebanyak 3 kali. tapi saya perlu mengemas kini sekali lagi kerana ia penting. kalau saya buat permohonan sekali lagi menggunakan no pin yang baru boleh?
Assalamualaikum . sy nk tanye . kenape angka gilir spm dn thn spm sya xde ? adakah hal ini akn menjejaskan permohonan sy ?
cmane ea nak dapatkan salinan akredetasi mqa?? boleh bg link x…
saya telah mengisi borang upu sebanyak 3 kali…tetapi sewaktu saya menyemak borang tersebut, saya mendapati angka giliran & tahun spm kosong…tetapi pada kali kedua saya mengisi borang tersebut kai ke-2 ada angka giliran & tahun spm …apa yang perlu saya lakukan???
ia masalah biasa..cuba search di xpresi..ada kami buat info tu sebelum ni..
assalamualaikum. saya nak tahu apa yang boleh saya lakukan sekiranya saya dah melakukan kemaskini sbyk 3 kali. sbb saya telah apply awal sblm result keluar. pastu mungkin saya tersilap tekan sah dan hantar lebih 3kali. saya nak sgt tuka course skrg ni. sbb rselut saya berlainan dgn course yg telah saya pilih awl tu. adakah saya masih boleh mengubah sekiranya ada course yg saya ingin tukar ? please bantu saya.