Masalah Pilihan Matrikulasi, Asasi, STPM, Diploma dan Kursus Kemahiran

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Apabila hendak melanjutkan pelajaran, pasti ada yang mengalami masalah ini. Banyak soalan yang diajukan hingga letih menaip untuk menjawabnya. Oleh itu Abe G rangkumkan sekali dalam penulisan kali ini. Diharap kawan-kawan dapat sedikit sebanyak informasi dari penulisan kali ini.

Kalau nak di tulis semua, pasti panjang huraiannya, untuk itu saya tuliskan serba sedikit ringkasannya. Sebenarnya soal pilihan ini, kawan2 perlu mengikut keperluan, kesesuaian, minat, keupayaan diri sendiri. Lain orang, maka lainlah keseuaian pilihannya. Anda yang boleh tentukan sebenarnya.Malah bukan itu sahaja, banyak lagi aspek yang perlu diambilkira dalam membuat pilihan ini. Oleh itu saya sediakan sedikit informasi supaya  kawan2 senang membuat pilihan.

Matrikulasi

Kebaikan

  • Untuk program satu tahun sudah tentu ia menjimatkan masa
  • Persekitaran baru dan kemudahan serta pembelajaran ala universiti
  • Banyak pilihan kursus yang boleh dipohon di Universiti kelak.
  • Bersaing dengan mereka yang mampu mempengaruhi corak pembelajaran yang membina.

Kelemahan

  • Jika jauh dari tempat asal boleh meningkatkan kos hidup walaupun ada biasiswa.
  • Lepas pengajian jika tidak mampu sambung universiti, sijil matrikulasi tidak boleh diguna..terpaksa guna sijil SPM untuk mohon kerja.
  • Agak sukar belajar terutama mereka yang diterima masuk dengan syarat hampir minima.
  • Perlu kerajinan, komitmen tinggi kerana perlu menghabiskan sukatan yang banyak dan pastinya sukar bagi yang malas.
Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Asasi di IPT

Kebaikan

  • Selepas pengajian mudah dan senang ditawarkan terus ke ijazah ( universiti bekenaan shj, jika keputusan baik )
  • Persekitaran baru dan kemudahan serta pembelajaran universiti
  • Bersaing dengan mereka yang mampu mempengaruhi corak pembelajaran yang membina.

Kelemahan

  • Jika jauh dari tempat asal boleh meningkatkan kos hidup walaupun ada biasiswa.
  • Agak sukar belajar terutama mereka yang diterima masuk dengan syarat hampir minima.
  • Perlu kerajinan, komitmen tinggi kerana perlu menghabiskan sukatan yang banyak dan pastinya sukar bagi yang malas.
  • Kekangan masa

Diploma

Kebaikan

  • Selepas tamat akan dapat diploma yang boleh digunakan untuk memohon kerja..biasanya jawatan pembantu pegawai. Gaji permulaan sekitar seribu lebih.
  • Persekitaran baru dan kemudahan universiti
  • Pembelajaran yang agak senang ( tidak semua ) kerana masa yang cukup.

Kelemahan

  • Perlu buat pinjaman sekitar belasan ribu lebih untuk pengajian ( yang tidak mampu )
  • Tempoh masa 3 tahun lambat untuk ke ijazah jika berbading dengan matrikulasi, asasi dan ting 6.
Info Tambahan :  Cara Memilih dan Kursus Popular Di Universiti

STPM/tingkatan 6

Kebaikan

  • Masa yang singkat jika dibanding denga diploma
  • Sijil STPM juga hampir setaraf diploma dan ada kelebihan jawatan jika memohon kerja.
  • Jimat kos kerana tempat belajar disekolah hampir dengan rumah. ( keadaan biasa )
  • Ada biasiswa  😀
  • Lebih senang bagi yang rajin dan pandai mengembangkan isi serta kreatif mengolah jawapan. kecuali aliran sains.
  • Boleh terus mohon Ijazah sarjana muda selepas tamat ting 6

Kelemahan

  • Persekitaran yang biasa disekolah
  • Lebih potensi bercampur dengan mereka yang cenderung mempengaruhi kearah keburukan. ( tidak semua )

Kursus kemahiran

Kebaikan

  • Belajar sesuatu kemahiran yang berharga dan tak ramai orang lain boleh buat.
  • Boleh digunakan serta sesuai untuk memulakan peniagaan
  • Peluang menjadi usahawan
  • Sesetengah pusat latihan memberikan elaun bulanan
  • Senang dapat kerja ( bukan pegawai, tidak memilih kerja )

Kelemahan

  • Lebih potensi bercampur dengan mereka yang cenderung mempengaruhi kearah keburukan. ( tidak semua )
  • Kebanyakannya peringkat sijil dan perlu sambung ke peringkat seterusnya.

Ada banyak lagi kelemahan dan kebaikan setiap diatas, tetapi itu sahaja setakat ini yang ingat untuk ditulis.  🙂 Harap membantu..

7 thoughts on “Masalah Pilihan Matrikulasi, Asasi, STPM, Diploma dan Kursus Kemahiran

  1. Salam, bgaimnakah utk sy mmbuat prmhonan asasi sains di UMS sedangkn prmhonan upu telah ditutup ? Harap membantu

  2. salam, agak-agak layak tak jika saya masuk form6 aliran sains dengan result SPM subjek C(fizik, biologi), D(kimia) dan B(add math)?. saya amat meminati form6 kerana form6 salah satu jalan untuk saya kejar cita2 dan tebus balik result spm. lagipun saya nak elak dari ptptn,… tapi saudara-mara suruh saya ambil U or poli lagipun kos yang ditawarkan mungkin bertentangan dengan minat saya… tolong lah menasihati saya apa yang perlu saya buat…

  3. Assalamualaikum…
    saya nak b’tanya, sekiranya saya m’ambil asasi sains hayat… apakah bidang yg saya boleh teruskan semasa di universiti nanti?? boleh tak beri tahu bidang apa yang berkaitan dengan biology.. tetapi saya tak nak medic.. thx!

  4. salam…nk tnye…biasiswa untk program asasi dan matrikulasi 2 perlu pemhonan atau pun pihak universit dan matrikulasi yg sediakn peruntkan untk kte?

    1. Salam..biasanya mase minggu asimilasi akan diterangkan..segala pendaftaran dan urusan akan dibuat mase minggu tersebut…nanti cuba tnya senior : )

Leave a Reply to imryana Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *