Untuk anda yang mengalami masalah low ink di printer anda pixma Ip 1980 atau Canon Ip 1900 saya ada nak kongsikan tips. Pernahkah terjadi pop up peringatan low ink ketika anda nak print? Lepastu anda tak boleh sambung print sebab hanya butang cancel printing sahaja yang dibenarkan. Sedangkan anda menggunakan dakwat refill. Ada banyak lagi refill yang anda baru beli tu..Bila anda refill dan print balik ia masih memberitahu low ink dan hanya butang cancel printing yg keluar. Hanya dengan membeli katrij baru sahaja penyelesaiannya.
Tetapi ada cara lain selain dari anda habiskan hampir RM 50 untuk beli katrij tu. Ini adalah hasil tunjuk ajar kawan saya. Dia ajarkan macam mana nak reset balik peringatan low ink tu hingga menyebabkan selepas sahaja kita refill anda akan boleh print seperti biasa. senang sahaja ini langkahnya :
- Tekan atau jangan lepas/ Hold butang Resume pada atas printer anda tu selama 1-2 minit..
- Buka cover printer anda.
- Cabut katrij dan pasang semula
- Tutup balik cover printer anda
- Turn off atau tutp printer anda…
- Biarkan selama 5 saat.
- On balik printer anda..
Lepas tu print lah seperti biasa..