Perkara utama yang perlu kita ketahui ialah pendedahan. Pendedahan ini penting kerana jika tidak ada pendedahan maka remaja tidak akan maklum. Penggunaan internet kini amat meluas dan tanpa batas sehingga perkara negatif ini mudah tersebar dengan hanya berada di dalam bilik yang kecil. Seorang remaja mampu melihat perkara negatif hanya dengan klik sahaja. Kata kunci yang sesuai untuk mengelakkanya ialah kenalpasti dan cegah. Apabila kita kenalpasti dan mencegah maka segala bahan-bahan negatif itu akan sukar untuk masuk menyelinap ke dalam sistem pemikiran dan pengetahuan kita.
Perkara kedua ialah peluang, peluang ini juga merupakan pencetus perkara negatif dari terus berlaku. Sesuatu perkara itu tidak akan mempengaruhi kita sekiranya ia tidak berada di depan mata. Contoh mudah sekiranya kita hendak berdiet jauhilah hidangan makanan yang lazat dari berada di depan mata. Begitu juga masalah sosial ini, penting untuk kita jauhi persekitaran yang mendedah aurat, sunyi dan sejuk.
Galakan juga sesuatu yang sukar untuk ditangani. Hal ini kerana diri mangsa pemikirannya semakin hampir pada pemikiran dibawah sedar. Pada peringkat ini pasangan akan mula mempengaruhi supaya diri tersilap langkah. Oleh kerana pasangan telahpun terangsang dan hilang pertimbangan, pasangan akan mengerahkan segala taktik yang terbaik untuk mempengaruhi mangsa. Oleh itu, penting untuk diri cegah dari mula lagi pencetusnya perasaan itu, hanya diri sahaja mampu mengelaknya, kerana kita yang mengawal diri, jangan diri yang mengawal kita.