Masalah Salah No Unik ID/pin UPU 2012

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Masalah Salah No Unik ID/pin UPU 2012 1
Logo KPT

Setelah banyak pertanyaan sebelum ini berkaitan salah No Unik ID atau Nombor Pin, akhirnya kemungkinan masalah tersebut dapat dikenalpasti puncanya. Di xpresi , lebih dari puluhan pelajar yang bertanya masalah yang sama melibatkan pin yang dibeli mereka tidak sah dan tidak diterima untuk mengakses permohonan.

Oleh kerana demikian, saya banyak menyarankan mereka untuk ke BSN terdekat untuk bertanya kerana masalah berkaitan kesalahan No Unik ID bukan bidang saya dan ianya diurus oleh pihak bank.

Pihak UPU juga menerima banyak pertanyaan dan akhirnya kemungkinan punca masalah tersebut telah dikenalpasti. Punca masalah tersebut dikenalpasti oleh pihak UPU apabila ada nombor tersebut dibeli sebelum tarikh sebenar pembeliannya.

Info Tambahan :  Pendidikan Jalan Keluar Daripada Kemiskinan 2.0

Pembelian nombor Unik ID sebelum pembeliannya adalah nombor untuk mengakses permohonan tahun 2011 dan pastinya ia tidak boleh digunakan untuk permohonan 2012.

Oleh demikian, pihak UPU telah mengemukankan penyataan di facebook mereka iaitu :

No Unik ID yang dibeli sebelum 7/11/2011 secara pukal oleh cikgu/kaunselor sekolah adalah salah. Anda boleh beli semula di kaunter bank BSN dengan harga RM10.60 atau menghubungi kami di 03-8870 6755/6766/6767/6777 untuk bantuan lanjut. โ€“UPU

Menurut penyataan diatas jelas menunjukkan ada pembelian sebelum tarikh yang ditetapkan, sehinggakan no pin yang dibeli tidak sah digunakan.

Pastikan Anda Menerima Maklumat Tepat

Untuk pastikan ianya tidak berulang lagi, pastikan sebelum ingin memohon merujuk laman rasmi UPU dan melihat tarikh โ€“tarikh penting yang disebarkan oleh xpresi sebelum ini Tarikh penting permohonan UPU Muat turun jadual tarikh penting KLIK SINI.

Info Tambahan :  Matapelajaran Wajib Skor Dalam SPM 2022

Semoga bagi mereka yang tersilap terus cekal dan tabah serta mengambil iktibar dari kesilapan yang dilakukan. Bagi calon yang memohon..selamat maju jaya diucapkan.

33 Comments

  1. mas
  2. ixxaty
  3. Jiha
  4. akif
  5. Noari
  6. fara
    • QStaff2
  7. anaille
  8. hanini
  9. nurul
  10. ernie
  11. ernie
  12. fatin nabila
  13. ayush
    • QStaff2
      • ayush
      • nur hafizah
  14. yuyu
    • QStaff2
  15. aishah
  16. Salmiah
    • QStaff2

Leave a Reply