

Lama tidak menulis cetusan sahabat ni, kebetulan hujung tahun ada sedikit kelapangan untuk menulis. Kalau dilihat tumbuhan yang tumbuh dicelah kayu mengingatkan tentang usaha. Walaupun permukaan kayu menutup pertumbuhan tumbuhan tersebut tanpa putus asa ia mencari celah dan lubang untuk meneruskan hidupnya.
Matlamat/tujuan akan berakhir jika usaha dihentikan
Begitulah lumrah hidup, setiap kejayaan pasti memerlukan usaha. Kerapkali kita akan dihujani ujian dan sesuatu yang menampakkan kebuntuan dalam menyelesaikan masalah. Ada kalanya sehingga menutup terus peluang untuk kita mencapai matlamat hidup. Namun demikian, setiap ujian yang ada pasti ada kelemahan sendiri, kelemahan yang ada sebenarnya adalah kunci kejayaan, Mereka yang bijak adalah dapat mengenalpasti dan menggunakan semaksima mungkin kunci kejayaan tersebut.
Mereka yang berjaya dapat mengenalpasti dan menggunakan semaksima mungkin kunci kejayaan
Sehinggakan mungkin apabila kita berjaya tanganinya pasti kita adalah insan terpilih itu, mekar dan segar walaupun ditengah celahan kayu. Walauapapun terjadi, jangan bersedih.. kerana anda adalah insan terpilih itu.. Mungkin apa yang anda akan capai luarbiasa dan lebih dari kejayaan orang lain.