Matapelajaran Wajib Skor Dalam SPM 2022

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Matapelajaran WAJIB skor dalam peperiksaan SPM 2022. Hal ini disebabkan, matapelajaran ini mudah untuk dikuasai oleh semua pelajar Tingkatan 5 kerana ianya merupakan matapelajaran teras. Justeru itu, kebanyakan guru akan memerikan fokus yang lebih dalam matapelajaran ini bagi memudahkan para pelajar memperolehi keputusan yang baik dan mampu melayakan diri ke peringkat yang lebih tinggi selepas tamat pengajian SPM.

TAHUKAH ANDA!!!

Alam Universiti merupakan salah satu alam dambaan para pelajar lepasan SPM. Walaubagaimana sekalipun, untuk meraih impian tersebut anda perlu bijak dalam memberikan fokus sesetengah matapelajaran.

***REZEKI DATANG DARIPADA ALLAH TETAPI KITA PELRU BERUSAHA UNTUK MENDAPATKANNYA***

Matapelajaran Wajib Skor Dalam SPM 2022

Matapelajaran wajib skor

Antara matapelajaran wajib skor dalam SPM 2022 yang dimaksudkan ini adalah 5 matapelajaran teras iaitu:-

  • Bahasa Melayu
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam

Maksud skor disini adalah, anda WAJIB memperolehi SEKURANG-KURANGNYA B+ untuk memudahkan atau melayakkan diri untuk menjejakkan kaki ke alam universiti. Skor bermaksud anda perlu KUASAI 200% matapelajaran tersebut. Ianya bagi memudahkan anda cover semula matapelajaran elektif yang anda tidak dapat skor dengan baik.

Kelima-lima matapelajaran ini mudah untuk anda skor kerana ianya merupakan matapeljaran yang mudah berbanding matapelajaran elektif. Justeru itu, anda perlu fokus untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam kelima-lima matapelajaran ini.

Tips mudah untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam 5 matapelajaran wajib skor ini adalah seperti:-

  • Kerap melakukan Latih tubi (soalan peperiksaan tahun lepas) bagi matapelajaran sains dan matematik.
  • Lakarkan setiap satu kisah sejarah dalam bentuk format yang mudah untuk di ingati atau di fahami.
Info Tambahan :  Proses Pemilihan Pelajar Jurusan Perakuanan Profesional (JPPro) 2021

Matapelajaran Wajib skor

  • Contoh yang paling mudah pelpajar boleh melakar sejarah dalam betuk gambar rajah/ peta/ penggunaan keyword untuk mengingati tahun dll
  • Sentiasa berfikiran kreatif semasa hendak menulis karangan Bhasa Melayu. Jadikan penceritaan di dalam karangan tersebut menarik dengan menggunkan kosa kata yang indah.

TAHUKAH ANDA!!!

Matapelajaran wajib skor ini TERMASUK di dalam kiraan markah mata merit bagi kemasukan ke IPTA. Ianya menjadi salah satu kayu ukur untuk membuat pemilihan pelajar sebelum anda mendapat tawaran ke bidang yang menjadi pilihan hati.

Justeru itu, bagi pelajar yang sangat sukar untuk memperolehi skor yang terbaik di dalam matapeljaran elektif maka anda perlu BIJAK mengatur strategik agar mata merit anda TIDAK jatuh terlalu jauh. Persediaan awal amatlah penting bagi memudahkan pelajar skor dalam setiap matapelajaran yang mereka lemah.

PERINGATAN!!!

Walaupun anda perlu fokus 200% dalam 5 matapelajaran ini JANGAN sampai matapelajaran elektif anda abaikan. Hal ini akan menyebabkan kelayakan anda menjadi tipis kerana subjek elektif juga WAJIB mendapat SEKURANG-KURANGNYA C+ BUKAN GAGAL.
***5 MATAPELAJARAN WAJIB SKOR INI BUKAN SOALAN BOCOR UNTUK MEMASUKI UNIVERSITI TETAPI TIPS BOCOR KEPADA CALON SPM***

Contoh Pengiraan Mata Merit Pelajar Lepasan SPM

PERINGATAN!!!
Pengiraan yang dilakukan ini adalah salah satu cara pengiraan manual dan TIDAK 100% sama dengan pihak UPU lakukan. Walaubagaimana sekalipun, pengiraan ini merupakan salah satu cara mudah untuk memastikan pelajar ketahui serba sedikit berkenaan dengan mata merit yang melayakkan mereka ke Universiti.

[KLIK SINI] untuk kalkulator-merit UPU

Info Tambahan :  7 Biasiswa Tajaan JPA Dalam dan Luar Negara

Bagi melayakkan diri anda untuk memasuki univerisiiti, skor atau pengiraan marakah mata merit adalah 90% akademik dan 10% adalah kokurikulum. Justeru itu, cara pengiraan 90% daripada markah mata merit adalah seperti berikut:-

  • 90 markah bagi matapelajaran Utama/ teras
  • 30 markah bagi 3 matapelajaran TERBAIK

Contoh pengiraan mata merit adalah seeprti berikut:-

1) Keputusan matapelajaran UTAMA/ TERAS (90 markah)

  • Bahasa Melayu A+ (18)
  • Matematik A (16)
  • Sejarah B+ (12)
  • Sains A (16)
  • Pendidikan Islam/ Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Pengetahuan Moral A- (14)

Total = 76

Markah matapelajaran UTAMA/ TERAS = (76 x 90) / 90 = 76

Nota kaki : 90 adalah jumlah 5 matapelajaran teras (18 x 5 = 90)

2) Keputusan matapelajaran 3 TERBAIK (30 markah)

Contoh 3 matapelajaran terbaik adalah seperti:-

  • Ekonomi Rumah Tangga B (10)
  • Geografi C+ (8)
  • Pendidikan Seni Visual A+ (18)

Total = 36

Markah matapelajran 3 TERBAIK : (36 X 30) / 54 = 20

Nota kaki : 54 adalah jumlah 3 matapelajaran terbaik (18 x 3 = 54)

3) Pengiraan mata merit

  • Markah akademik = markah matapelajaran + markah pelajaran aliran utama terbaik
  • Jumlah Markah Akademik
    (Markah matapelajaran utama + matapelajran 3 terbaik / 120 x 90)
    = (76 + 20) /120 x 90
    = 72

Markah akademik menjadi 72% sekiranya anda berjaya skor 5 matapelajaran teras dengan baik. Justeru itu, sebagai pelajar anda perlu sentiasa fokus semasa mengikuti kelas yang ada agar anda mampu melayakkan diri ke alam univeristi seperti yang anda inginkan.

Diharapkan perkongsian ini akan memberikan anda manfaat dalam menempuh alam peperiksaan SPM yang bakal berlangsung. Kejayaan itu manis sekiranya di iringin dengan usaha dan doa yang tidak putus-putus.

Matapelajaran wajib skor

***SELAMAT MAJU JAYA CALON SPM 2022***
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments