Matrikulasi 2021 : Pakej Khusus Yang Ditawarkan Di Matrikulasi

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Matrikulasi 2021 : Pakej khusus yang di tawarkan di Matrikulasi adalah sama seperti tahun-tahun sebelum ini. Tetapi mungkin cara pembelajaran agak berbeza daripada dahulu kerana mereka akan mendapat pengajian secara hibrid BERBANDING pembelajaran secara bersemuka. Justeru itu, pelajar akan menghadapi satu proses pembelajaran yang sedikit berbeza daripada tahun sebelum COVID -19. 

TAHUKAH ANDA!!!

Pakej pembelajaran di Matrikulasi adalah berbeza mengikut modul yang anda ambil. Justeru itu, setiap modul akan memperolehi kursus yang berbeza.

Matrikulasi 2021 : Pakej Khusus Yang Ditawarkan Di Matrikulasi

Matrikulasi 2021

Antara pakej khusus yang ditawarkan di Matrikulasi 2021/2022 adalah seperti:-

1) Kursus Pengkhusuan Jurusan Sains (Modul I)

  • Matematik 1 & 2
  • Kimia 1 & 2
  • Fizik 1 & 2
  • Biologi 1 & 2

2) Kursus Pengkhususan Jurusan Sains (Modul II)

  • Matematik 1 & 2
  • Kimis 1 & 2
  • Fizik 1 & 2
  • Sains Komputer 1 & 2

3) Kursus Pengkhususan Jurusan Sains (MOdul III)

  • Matematik 1 & 2
  • Kimia 1 & 2
  • Biologi 1 & 2
  • Sains Komputer 1 & 2 

4) Kursus pengkhususan Jurusan Kejuruteraan

  • Matematik 1 & 2
  • Kimia 1 & 2
  • Fizik 1 & 2
  • Basic Kejuruteraan 1 & 2 

5) Kursus Pengkhusuan Jurusan Perakaunan. 

  • Matematik 1 & 2
  • Perakuanan 1 & 2
  • Ekonomi 1 & 2
  • Pengurusan Perniagaan 1 & 2

6) Kursus pengkhususan Jurusan Perakaunan Profesional

  • Matematik 1 & 2
  • Financial Accounting 1 & 2
  • Management Accounting 1 & 2
  • Accountant Bussiness 1 & 2 

Kusus WAJIB di Matrikulasi

Matrikulasi 2021

a) English 1 & 2

Kelas English 1 & 2 ini merupakan salah satu laluan untuk membantu memudahkan laluan pelajar memasuki ke alam Universiti. Menerusi Ujian Malaysia University English Test (MUET) merupakan salah satu ujian WAJIB untuk melayakkan diri ke univeristi. Justeru itu, semua pelajar Matrikulasi WAJIB menduduki peepriksaan ini. 

Info Tambahan :  110 Jawatan Kosong SPA9 Untuk Lulusan SPM/SVM

TAHUKAH ANDA!!!

Kurikulum English bertujuan membantu pelajar berkomunikasi secara berkesan dan cekap dalam konteks akademik dan sosial. Justeru itu, pelajar diwajibkan mengikuti kursus English untuk tempoh tiga jam seminggu pada Semester I dan II.

b) Pengajian Am Matrikulasi

Kurikulum Pengajian Am Matrikulasi digubal untuk melahirkan pelajar yang mampu berkomunikasi dengan yakin dan berkesan, patriotik, mendokong wawasan negara dan berpengetahuan dalam perkembangan isu-isu semasa. Justeru itu, pelajar diwajibkan mengikuti kursus Pengajian Am Matrikulasi untuk tempoh satu jam seminggu bagi satu semester. 

c) Pendidikan Islam/ Moral

Kukurikulum Pendidikan Islam yang digubal bertujuan membentuk insan beriman, beramal dan berperibadi mulia. Manakala, kurikulum Pendidikan Moral yang digubal bertujuan membentuk insan yaang mempunyai jati diri, bersemangat patriotik dan bertanggunjawab terhadap keluarga, masyarakat dan negara. Justeru itu, pelajar diwajibkan mengikuti kursus Pendidikan Islam/ Moral untuk tempoh satu jam seminggu bagi satu semester sahaja.

d) Kokurikulum

Matrikulasi 2021

Pelaksanaan kokurikulum Program Matrikulasi KPM merangkumi kokurikulum sebagai kursus wajib dan kokurikulum sebagai aktiviti. Kursus Kokurikulum mengguna pakai adalah menggunakan Spesifikasi Kurukulum yang berstruktur merangkumi tiga komponen berikut:-

  • Sukan dan Permainan
  • Kelab dan persatuan
  • Unit Beruniform 

Aktiviti kokurikulum pula merupakan aktiviti yang dilaksanakan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran kokurikulum secara formal dan pelajar DIGALAKKAN mengambil bahagian secara aktif. 

Info Tambahan :  2 Faedah Senaman Pagi dan Petang

PERINGATAN!!!

Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum akan di ambil kira sebagai merit penilaian bagi pemarkahan 10% kokurikulum Univeristi Awam (UA). pelajar DIWAJIBKAN mengikuti kursus Kokurikulum untuk 2 jam seminggu bagi satu semester sahaja.

Bolehkah pelajar yang sudah Mendaftar pembelajaran di Matrikulasi menarik diri?

Penarikan diri pelajar hanya di pertimbangkan atas sebab perubatan atau alasan munasabah yang dibenarkan. Justeru itu, pelajar perlu lakukan:-

  • Permohonan secara bertulis hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Kolej masing-masing. Perlu menyediakan beberapa dokumen:-
    • Sekiranya masalah perubatan, pelajar perlu menyediakan laporan perubatan lengkap yang mendapat pengesahan daripada pakar perubatan.
    • Dalam dokumen tersebut menjadi BUKTI bahawa pelajar TIDAK LAYAK untuk meneruskan pengajian di Matrikulasi

Sekiranya pelajar TIADA niat untuk menarik diri dalam pengajian di Matrikulasi tetapi hanya mahu menangguhkan pengajian sahaja pelajar perlu:-

    • Perlu mengemukan laporan perubatan kepada pihak Pengarah Kolej masing-masing
    • Pelajar yang telah mendapat kelulusan penanguhan pengajian hendaklah disahkan sihat sebelum meneruskan pengajian pada sesi berikutnya
    • Penanguhan hanya dibenarkan sekali sahaja dalam tempoh pengajian

Diharapkan dengan perkongsian pakej khusus yang ditawarkan di Matrikulasi 2021/2022 ini dapat memberikan sedikit gambaran kepada pelajar khusus yang bakal mereka ikuti.

Jangan takut untuk melangkah ke alam Matrikulasi, kerana ianya merupakan slaah satu cabaran yang sangat menyeronokkan. Keseronokan akan mudah untuk dirasai apabila kita menghargai setiap insan yang ada di dalam kehidupan kita. 

“Itulah Indahnya persahabatan yang bakal anda ukirkan” 

Rujukan :-

https://www.moe.gov.my/pendidikan/lepas-menengah/matrikulasi

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments