Matrikulasi Atau Diploma, Mana Menjadi Pilihan Hati

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Matrikulasi atau diploma

Kebanyakan pelajar lepasan SPM akan mengalami dilema dalam membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran diploma atau ke Matrikulasi. Justeru itu, sebelum membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke matrikulasi atau diploma anda perlu meneliti dahulu kelemahan dan kelebihan sesuatu institusi ini.

Sebelum membuat apa-apa keputusan lakukan 3 perkara ini dahulu:-

  • Lakukan solat sunat Istikarah

Tunaikan solat sunat Istikarah bagi memastikan pilihan yang dilakukan itu adalah pilihan yang terbaik. Pada masa yang sama, tidak salah untuk bertanya kepada ALLAH apa yang terbaik buat kita pada masa akan datang kerana sesungguhnya ALLAH adalah sebaik-baik perancang

  • Bertanya pendapat Ibu Bapa

Bertanyalah kepada ibu bapa apa yang terbaik buat kita. Hal ini disebabkan, ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dengan kita, justeru itu pasti mereka tahu apa yang terbaik buat anak mereka.

  • Bertanya kepada Kaunselor

Kaunselor merupakan mereka yang arif dalam pemilihan pembelajaran. Justeru itu, sekiranya anda berada di dalam dilema untuk memilih sama ada hendak menyambung pengajian ke peringkat Diploma atau Matrikulasi maka bertanyalah kepada kaunselor sekolah. Mereka akan membantu anda untuk memilih mengikut mata merit keputusan SPM anda.

Matrikulasi Atau Diploma, Mana Menjadi Pilihan Hati

Matrikulasi atau diploma

Bagi mereka yang sedang berada di dalam dilema untuk melakukan pemilihan, perkara penting yang perlu anda ketahui adalah apa yang hendak anda kecapi pada masa akan datang. Sekiranya anda sudah ketahui apa yang hendak anda kecapi maka lebih mudah untuk anda lakukan pilihan.

Info Tambahan :  Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) 2021

PERINGATAN!!!

ELAKKAN diri daripada mengikuti sahabat anda dalam pemilihan untuk menyambung pengajian. Hal ini disebabkan pemilihan sahabat anda dengan anda adalah 100% berbeza.

Matrikulasi

Di Matrikulasi bidang yang bakal di tawarkan adalah mengikut kesesuaian keputusan. Terdapat 3 Aliran kursus ditawarkan di Matrikulasi ini iaitu:-

  1. Aliran Sains
  2. Aliran Perakauan
  3. Aliran Kejuruteraan

Ramai calon lepasan SPM takut untuk menyambung pengajian ke peringkat Matrikulasi kerana mereka beranggapan masa pengajian di Matrikulasi terlalu pantas. Walaubagaimana sekalipun, masa yang pantas itu bukanlah suatu yang sukar tetapi ianya bakal mengajar kita erti menghargai masa.

Kelebihan untuk ke peringkat Matrikulasi adalah:-

  • Mendapat Elaun daripada kerajaan¬†
  • Kos penginapan dan pengajian ditanggug oleh pihak kerajaan. Calon hanya perlu membayar yuran pendaftraan sahaja
  • Program Matrikulasi ini diiktiraf oleh semua Universiti Awam Malaysia
  • Sijil Matrikulasi ini akan melayakan pelajar memohon untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam pada Gred 29 dalam 39 skim perkhidmatan
  • Fast track ke peringkat Universiti

Kelemahan Matrikulasi di pandangan umum adalah:- 

  • Proses pembelajaran yang terlalu cepat dan sylibus pembelajaran yang terlalu padat
  • Sijil Matrikulasi hanya boleh digunakan bagi menyambung pengajian ke peringkat IIjazah Sarjanna Muda sahaja
  • Wajib mengambil MUET untuk sambung ke peringkat Ijazah
  • Pesaingan sengit dengan pelajar lepasan Asasi dan Tingkatan Enam
    Diploma

Kemasukan ke diploma bergantung kepada kursus yang anda ambil. Hal ini disebabkan setiap kursus diploma mempunyai perbezaan masa dan pratikal. Justeru itu, ketahui apa yang anda mahu kecapi.

PERINGATAN!!!

JANGAN dipandang pada jangka masa akan sesuatu kursus itu tetapi pandanglah pada peluang pekerjaan yang bakal anda perolehi selepas tamat pengajian diploma itu.

Info Tambahan :  APDM KPM 2021: Cara Log Masuk Sistem Online

Terdapat bebberapa kelebihan sekiranya anda menyambung pengajian ke peringkat diploma. Antara kelebihanya adalah:-

  • Dalam peringkat diploma, sekiranya pointer semester anda jatuh anda masih boleh memperbaiki pointer anda. Hal ini disebabkan, anda boleh memperbaiki pointer pada semester akan datang. Dengan itu, anda mampu mendapatkan keputusan yang cemerlang pada tahun akhir pengajian
  • Pengajian pada peringkat Diploma ini lebih tertumpu kepada skop pekerjaan.
  • Pelajar Diploma akan di didik atau dilatih untuk mengendalikan sesuatu program besar yang melibatkan pelbagai insutri.
  • Memupuk nilai etika bersosial dalam kalangan orang awam

Kelemahan sekiranya anda menyambung pengajian ke peringkat

Diploma

  • Lambakan lepasan Diploma menyebabkan anda akan mengalami masalah dalam mendapatkan tempat untuk bekerja
  • Untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, anda memerlukan CGPA sekurang-kurangnya 3.0 ke atas
  • Hutang pelajaran semakin bertambah sekiranya anda mahu menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda
  • Pinjaman PTPTN akan digantung selama 1 semester sekiranya CGPA bawah daripada 2.0

Setelah anda ketahui kelebihan dan kelemahan kedua-dua ini maka anda boleh melakukan pilihan yang terbaik untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Pilihan adalah di tangan anda, dan anda layak untuk membuat pilihan untuk masa hadapan anda sendiri. Diharapan anda semua berjaya walaupun dimana anda berada dan apa jua pilihan yang anda buat. 

***TIADA ISTILAH PILIHAN ANDA SALAH SELAGI PILIHAN ANDA ITU ADALAH YANG TERBAIK BUAT ANDA INI***

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments