Matrikulasi Atau Universiti Awam : Mana Lagi Bagus.

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Jika anda buat perbandingan matrikulasi atau universiti pasti perlukan lebih maklumat. Matrikulasi merupakan satu peringkat pra-universiti (program satu tahun atau dua tahun) bagi pelajar lepasan SPM sebelum mereka meneruskan pengajian ke universiti pilihan di peringkat ijazah. Asasi juga merupakan peringkat pra-universiti tetapi ditawarkan oleh pihak universiti awam itu sendiri dibawah Kementerian Pengajian Tinggi. Antara universiti yang menawarkan pengajian peringkat asasi adalah UKM, UPM, UiTM, UM, UMT, UNISZA, UMS, UUM, UNIMAS, UIAM, USIM dan UPNM. Kedua-dua pilihan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing bergantung kepada jurusan yang anda ingin pilih.

Matrikulasi Atau Universiti
Matrikulasi Atau Universiti

Matrikulasi Atau Universiti

Adalah disarankan untuk membuat kajian terlebih dahulu mengenai kos-kos yang ditawarkan di matrikulasi dan universiti awam sebelum membuat pilihan. Pemilihan kos yang diminati dan boleh dibawa adalah lebih penting bagi menjamin kesenangan semasa program pengajian nanti. Antara kelebihan menyambung pengajian di universiti awam peringkat asasi adalah :-

Berpeluang menyambung pelajaran di peringkat ijazah di universiti yang sama.

Kebanyakkan universiti telah menyediakan kuota bagi pelajar  lepasan asasi mereka untuk menyambung pelajaran peringkat ijazah tanpa perlu bersaing di peringkat UPU dengan pelajar-pelajar lain. Namun lain kesnya bagi lepasan asasi sains untuk UITM dan UM. Mereka dibenarkan untuk menyambung ijazah di universiti awam yang lain.

Struktur pelajaran yang lebih familiar.

Anda yang menyambung pelajaran di peringkat ijazah akan lebih terbiasa dengan struktur pelajaran jika anda belajar asasi di universiti yang sama. Sesetengah matapelajaran yang diajar di matrikulasi diajar menggunakan bahasa melayu. Apabila anda sambung pelajaran diperingkat ijazah, anda berkemungkinan menghadapi kesukaran membiasakan diri dengan terma-terma bahasa inggeris walaupun anda mempelajari subjek yang sama. Walaubagaimanapun, ianya juga bergantung kepada kebolehan anda dalam membiasakan diri. 

Pemilihan jangka masa panjang

Asasi merupakan salah satu pilihan untuk jangka masa panjang dimana anda boleh melihat sendiri aliran kos yang dipilih bermula dari peringkat asasi sehingga ke ijazah. Sebagai contoh :

Asasi perakaunan : Ijazah Sarjana Muda perakaunan dalam Fakulti Ekonomi.

Beberapa subjek yang diajar di peringkat asasi juga adalah sama dengan peringkat ijazah untuk tahun pertama. Oleh itu, ianya akan memudahkan anda untuk lebih memahami pelajaran bagi peringkat ijazah nanti. Boleh dikatakan anda sudah mempunyai asas yang agak kukuh sebagai persediaan di peringkat ijazah. Jika anda tidak berminat menyambung aliran yang sama, anda boleh menukar aliran yang lain tetapi masih di dalam bidang yang  sama. Sebagai contoh :

Asasi perakaunan : Ijazah Sarjana Muda Perbankan dalam Fakulti Ekonomi.

Pemilihan matrikulasi juga tidak kurang hebatnya dan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat tawaran kemasukan (90% bumiputera). Namun, diingatkan bahawa anda akan perlu bersaing di UPU untuk peringkat ijazah dan anda perlu meneliti secara terperinci subjek atau kos yang anda pilih di asasi agar tidak terpesong dengan matlamat anda di peringkat ijazah nanti. Berikut merupakan kelebihan matrikulasi :

Mempunyai peluang tinggi untuk mendapat tawaran.

Seperti yang diketahui umum, matrikulasi kebanyakkannya didominasi oleh bumiputera dan kuotanya lebih meluas dibandingkan dengan asasi di universiti awam. Terdapat 17 matrikulasi di seluruh Malaysia yang menawarkan pelbagai kos dan aliran. Rujuk di senarai matrikulasi dan laman web

Pengalaman yang lebih meluas.

Anda akan mendapat mengalaman yang lebih meluas kerana dapat menyambung pelajaran di tempat yang berbeza dengan peringkat ijazah anda dimana struktuk pengajian, persekitaran, kawan dan lain-lain adalah berbeza sama sekali. Bagi anda yang sukakan pengalaman baru, kenalan yang lebih meluas dan mudah menyesuaikan diri di tempat baru, matrikulasi merupakan salah satu pilihan yang tepat untuk anda. Anda akan meluangkan setahun atau dua tahun di asasi sebelum berpindah ke universiti yang lain.

Walaubagaimanapun, kedua-dua pilihan mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Anda perlu melihat sendiri potensi diri anda sebelum membuat pilihan. Universiti awam lebih menjamin kemudahan anda untuk masa yang akan datang dari segi kemudahan menyambung peringkat ijazah dan struktur pelajaran yang lebih konsisten. Apa pun pilihan yang anda buat, semuanya bergantung kepada usaha yang kita curahkan.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Komen/ Pertanyaan Anda?

avatar
  Subscribe  
Notify of