Matrikulasi Vs STPM, Mana Lebih Baik

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Terdapat pelbagai cabang pengajian yang boleh dipilih oleh pelajar lepasan SPM antaranya ialah Matrikulasi vs STPM . Matrikulasi merupakan satu bentuk pengajian pra-universiti dimana program pengajiannya yang ditawarkan adalah sama ada setahun atau dua tahun bergantung kepada jenis aliran yang diambil. Manakala STPM pula merupakan sijil tingkatan enam yang ditawarkan di sekolah-sekolah menengah harian. Kedua-dua pilihan tidak kurang hebatnya dan mempunyai kelebihan masing-masing bergantung kepada pelan masa hadapan anda. 

Matrikulasi vs STPM
Matrikulasi vs STPM

Matrikulasi VS STPM

Pemilihan aliran

Jika anda berminat untuk meneruskan pengajian di aliran sains, sains sosial dan agama, anda digalakkan untuk memilih meneruskan pengajian di peringkat STPM. Ianya kerana, ketiga-tiga aliran tersebut ditawarkan di peringkat STPM dengan tempoh pengajian hanya satu tahun setengah jika dibandingkan dengan Matrikulasi (program dua tahun). Jadi, anda telah dapat menjimatkan sedikit tahun pengajian anda.

Walaubagaimanapun, jika anda berminat untuk meneruskan pengajian dalam aliran perakaunan atau teknikal, anda disarankan untuk meneruskan pengajian ke Matrikulasi dimana tempoh pengajiannya adalah setahun.

Pengiktirafan sijil

Sijil STPM yang dikeluarkan merupakan sijil yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kerajaan Malaysia, dan Cambridge AssessmentEngland. Oleh yang demikian, anda boleh menggunakan sijil STPM ini untuk memohon jawatan kosong dalam perkhidmatan kerajaan jika anda berminat untuk terus bekerja selepas tamat pengajian di peringkat STPM.

Info Tambahan :  Pusat Tuisyen KAMI: Membangun Peluang Melalui Pendidikan Berkualiti

Peperiksaan ulangan

Gagal dalam peperiksaan merupakan satu mimpi ngeri buat pelajar-pelajar yang sedang meneruskan pengajian. Walaubagaimanapun, STPM membolehkan anda untuk mengambil peperiksaan ulangan dan memperbaiki keputusan peperiksaan anda ke arah yang lebih baik sebelum meneruskan pengajian keperingkat ijazah. Jadi anda akan diberi peluang kedua untuk memperbaiki cara pembelajaran anda agar lebih berkesan seterusnya memperolehi keputusan yang lebih cemerlang. Keputusan peperiksaan STPM boleh disemak di Portal Rasmi Majilis Peperiksaan Malaysia.

Bagi program Matrikulasi, jika anda gagal dalam peperiksaan, anda perlu menggunakan sijil SPM untuk memohon meneruskan pengajian ke peringkat diploma dahulu sebelum meneruskan lagi pengajian keperingkat yang lebih tinggi iaitu ijazah. Walaupun, tempoh pengajian lebih pendek, namun risikonya adalah lebih besar di peringkat Matrikulasi melainkan anda betul-betul yakin dengan pemilihan aliran anda. Jadi setahun atau dua tahun tempoh pengajian perlu digunakan sebaiknya agar anda memperolehi keputusan yang cemerlang untuk bersaing di peringkat UPU nanti memandangkan  jumlah kemasukan pelajar Matrikulasi kini makin meningkat.

Peluang ke IPT

Anda yang berfikiran jauh semestinya risau dengan tawaran ke IPT yang kini perlu bersaing hebat dengan pelajar-pelajar lain dari pelbagai cabang pengajian. Tidak dinafikan peringkat STPM merupakan cabaran hebat kerana dikatakan peperiksaanya adalah setaraf A-level dimana keputusan pelajar STPM mestilah melebihi pointer 2.8 sebelum begelar mahasiswa universiti. Namun, jika anda berhasil mendapatkan keputusan yang baik dalam STPM, potensi untuk anda menyambung pengajian ke peringkat ijazah adalah lebih tinggi dan nilai sijil STPM adalah berharga dan boleh digunakan untuk memohon pekerjaan.

Info Tambahan :  Belajar Seni Bina atau Kejuruteraan Pada Tahun 2023?

Struktur penilaian

STPM merukapan satu peringkat pembelajaran yang hampir sama seperti di sekolah menengah tingkatan 1 hingga 5 dimana pelajar dinilai melalui bukan sahaja peperiksaan STPM tetapi 10% dari pemarkahan adalah berdasarkan kokurikulum dimana penilaiannya lebih meluas dan dapat membantu sedikit sebanyak pelajar untuk meningkatkan markah. Struktur penilaian seperti ini dapat mendidik anda untuk bukan sahaja fokus kepada akedemik, malahan sukan, kelab/persatuan dan juga badan beruniform. Bagi anda yang sukakan aktif atau aktiviti-aktiviti kelab, STPM merupakan pilihan yang sesuai untuk anda menggunakan peluang yang ada untuk meneruskan pengajian.

Bagi Matrikulasi pula, penilaian dibuat bedasarkan penilaian berterusan dan peperiksaan setiap semester. Oleh yang demikian, anda perlu fokus kepada peperiksaan yang dijalankan setiap semester serta penilaian-penilaian dari tugasan yang diberikan di dalam kelas sama ada secara individu ataupun berkumpulan.

Pemohonan kemasukan

Pemohonan kemasukan ke tingkatan enam (STPM) tidak perlu dibuat kerana anda akan automatik ditawarkan ke tingkatan enam jika anda memenuhi syarat kemasukan yang dikehendaki. Walaubagaimanapun, pemohonan boleh dibuat jika anda gagal mendapatkan tawaran ke tingkatan enam. 

Bagi Matrikulasi, pemohonan perlu dibuat secara atas talian pada setiap tahun selepas tamatnya peperiksaan SPM. Pemohonan boleh dibuat di laman web yang disediakan.

Secara kesluruhannya, dapat dilihat STPM merupakan pilihan yang lebih baik bagi pelajar lepasan SPM. Namun, apa jua pilihan anda, usaha merupakan tunggak utama kepada kejayaan di masa hadapan. Anda perlulah membuat pilihan yang bijak dengan memilih aliran yang baik tanpa meluangkan tempoh pengajian yang panjang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *