Ad Blocker Detected
Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.
Anda pasti dilema memilih Matrikulasi vs Tingkatan 6 serta apa kelebihan dan kekurangan memilih kedua-dua pengajian ini. Selepas menamatkan sijil pelajaran malaysia ( SPM) pasti ramai pelajar yang buntu untuk menentukan tempat bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Artikel ini akan membandingkan perbezaaan antara STPM dan juga matrikulasi bagi memudahkan para lepasan SPM untuk membuat pilihan yang tepat.
STPM
Tempoh pengajian yang singkat iaitu satu tahun setengah
- Penggal pertama biasanya bermula dari bulan mei sehingga bulan November tahun yang sama.
- Penggal kedua bermula pada bulan januari sehinggah bulan mei
- Akhir sekali, penggal ketiga akan bermula pada bulan mei hinggah November.
Tiada yuran pengajian
- Pelajaran ke tingkatan 6 yang melanjutkan pelajaran di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan penuh kerajaan tidak perlu membayar yuran pengajian kecuali yuran PIBG sekolah
- Pelajar STPM yang melanjutkan pelajaran ke sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan juga diberikan biasiswa. Pelajar boleh memohon biasiswa di sekolah masing-masing selepas menerima tawaran belajar di tingkaktan 6
Peluang melanjutkan pengajian tinggi
Pelajar lepasan STPM mempunyai peluang yang tinggi untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas menamatkan pengajian di tingkatan 6 walaupun hanya mendapat keputusan pointer sebanyak 2.00. hal ini kerana STPM merupakan sijil pendidikan yang mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai antara peperiksaan yang paling sukar di dunia. menjadi peluang untuk pelajar lepasan STPM untuk melanjutkan pelajaran adalah luas.
Permohonan yang mudah
Kepada pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di tingkatan 6 anda tidak perlu membuat permohonan melainkan jika gagal ditawarkan. Kemasukan ke tingkatan adalah secara automatik kepada pelajar yang layak melalui keputusan SPM iaitu lulus Bahasa melayu dengan mendapat kepujian.
MATRIKULASI
Tempoh pengajian.
Tempoh pengajian bagi pelajar yang melanjutkan pengajian ke matrikulasi adalah seperti berikut.
- Program pengajian satu tahun bagi (2 semester)
- Program pengajian 4 tahun bagi (4 semester)
Yuran pengajian
Pelajar program matrikulasi adalah dibiayai oleh kementerian pelajaran Malaysia permohonan adalah melalui matrikulasi masing-masing selepas menerima tawaran kemasukan ke mana-mana matrikulasi.
Peluang untuk melanjutkan pengajian
Bagi lepasan SPM peluang untuk masuk ke peringkat pengajian matrikulasi adalah sama dengan pelajar lepasan STPM namun begitu persaingan bagi lepasan matrikulasi adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan pelajar lepasan STPM. Hal ini kerana kebanyakan pelajar lepasan SPM memilih untuk memasuki matrikulasi berbanding tingkatan6. Hal ini menyebabkan ramai pelajar yang gagal merebut tempat di matrikulasi terutamanya kepada pelajar yang kurang cemerlang dalam peperiksaan SPM. kerana kuota kemasukan ke matrikulasi tidak dapat menampung kemasukan pelajar berbanding kemasukan ke tingkatan6.
Permohonan
Kepada pelajar yang berkeinginan untuk melanjutkan pelajaran ke matrikulasi. Permohonan adalah dibuka pada bulan oktober-november setiap tahun. Berikut merupakan syarat kelayakan kemasukan ke matrikulasi mengikut jurusan yang dipilih.
JURUSAN SAINS | JURUSAN PERAKAUNAN | ALIRAN TEKNIKAL | |||
Bahasa melayu | C | Bahasa melayu | C | Bahasa melayu | C |
Bahasa inggeris | C | Bahasa inggeris | C | Bahasa inggeris | C |
matematik | B | Matematik | C | Matematik | B |
Matematik
tambahan |
C
C |
Matematik tambahan | C | Matematik tambahan | C |
Kimia | C | Prinsip akaun/ ekonomi asas/
Perdagangan/sains/sains tambahan/pengurusan keusahawanan/fizik/kimia/ biologi/ /PKA/PKE/PKM/TK/LK ( dua subjek terbaik) |
C
|
Fizik | C |
Fizik/ biologi | PKA/PKE/PKM/TK/LK/Reka cipta/sains pertanian/PA/EA/PL/PG/Biologi
/asas kelestarian/TMK/ sains komputer/ grafik/ kominikasi teknikal/pengajian agro teknologi (salah satu) |
C | |||
Kimia | D | ||||
sejarah | lulus | sejarah | lulus | sejarah | lulus |
Dengan perbandingan yang dibuat antara tingkatan 6 dan matrikulasi dalam artikel kali ini diharap para pelajar dapat membuat pilihan yang tepat bagi menjamin masa depan yang lebih cerah.
[…] pakej tersendiri untuk dipilih oleh pelajar. Kebiasaanya pihak sekolah akan sedia menetapkan pakej subjek tingkatan 6 yang boleh dipilih oleh pelajar. Namun demikian, setiap tawaran pakej mempunyai syarat tersendiri […]
support nik😘
support nik😘😘😘
maniq harapan😍 thank u for this article. its help me a lot😙😙